BAB 22

4.9K 208 17
                                    

Aku menyandar disofa. Mataku memandang tepat kearah tv yang sedang menayangkan drama tengah hari. Namun fikiranku jauh melayang.

Aku merindukan seseorang. Insan yang menjadi ibuku sejak kecil. Nek Sha adalah insan yang banyak membantu aku dalam banyak hal. Jasanya terlampau tinggi. Sungguh aku merindukan pelukannya. Pelukan hangat seorang ibu.

Andai sahaja Nek Sha ada bersamaku sekarang, pasti dia akan tersenyum senang melihatku yang hidup dalam keadaan baik.

Aku mengeluh.

Nek Sha. Semoga sahaja kita dapat bertemu. Sungguh aku merindukanmu, ibu. Aku memerlukan kata kata nasihatmu yang selalu menjadi pembakar semangatku untuk terus berjuang dalam menghadapi hidup ini.

Tidak terasa air mata menitis melalui pipiku. Segera aku mencapai Telefonku dan terus mendail nombor Hakimi.

"assalammualaikum.." sapaku.

"waalaikum sayang.." jawabnya berbisik. "kejap eh saya keluar rumah kejap. Kat sini ada papa and Yusof."

Aku tersenyum. "okay."

Selang beberapa saat Hakimi menyambung semula perbualan. "hai sayang... Assalamualaikum."

"waalikumsalam." balasku.

"ade apa sayang call? Rindu ke?"

Aku tersenyum mendengarkan suara ketawanya.

"takdelah. Saya cuma telefon sebab nak tanya. Kalau petang ni kita pergi jumpa Irwan boleh? Sebab semalam pun saya rasa tak puas lagi jumpa kawan saya."

"hmm ingatkan rindu kita. Rupanya dia rindu orang lain.." ujar Hakimi dengan nada merajuk.

"tak. Saya rindu jugak dekat awak. Cuma Irwan dah lama sangat saya tak jumpa dia."

"okay. Saya pun dah nak gerak ke tempat awak ni. Kan nak beli barang dapur. Sayang siap siap dulu nanti saya sampai kejap lagi."

"oh okay."

"siap siap bagi wangi and smart tau. Hari ni kita dating."

Aku tersenyum malu mendengarkan itu."Arman ada sekali?" soalku.

"ada."

Aku mengangguk kecil. "okay. Saya siap siap dululah. Assalamualaikum."

Belum pun sempat aku mematikan panggilan Hakimi menjerit.

"eh kejap sayang."

"ya.."

"saya sayangkan awak sangat sangat tau."

Aku ketawa kecil. Aku dapat rasa kejujuran dari kata katanya. "samalah. Saya pun sayangkan awak."

Aku terus mematikan panggilan.

--

Aku menunggu kedatangan Hakimi sambil mengelap rambutku yang basah dihadapan cermin ruang tamu itu.

Aku membuka laci di rak tersebut untuk mencari sikat rambuat namun niatku terhenti disaat aku terpandang bingkai gambar yang terbalik.

Perlahan lahan aku mencapai bingkai tersebut sebelum melihatnya.

Ianya adalah gambar perkahwinan Hakimi. Aku tersenyum kecil. Dia kelihatan sungguh bahagia bersama wanita disebelahnya itu. Kelihatan sungguh mesra.

Hakimi mesti mencintai wanita ini setulus hatinya. Namun sayang, cinta yang diberinya hanya terbalas sementara.

Aku meletakkan kembali bingkai tersebut kedalam laci sebelum menutupnya.

Aku mengeluh. Terus sahaja aku teringat akan kata kata Yusof. Kata kata yang ada benar dan baiknya. Apakah keputusan yang aku lakukan ini adalah benar dan baik?

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now