BAB 37

2.4K 152 46
                                    

"Hakimi..." Gumamku perlahan.

Kain di tanganku terlepas jatuh kelantai. Jantungku berdetak laju. Aku hanya berdiri kaku.

Mataku tepat memandang susuk tubuh lelaki yang sangat aku rindukan selama ini.

Hakimi hanya terdiam kaku melihatku. Matanya terbeliak melihatku yang berdiri di hadapannya. Aku membuang pandanganku ke lantai. Matanya berkelip beberapa kali sebelum dia melepaskan batuk yang dibuat-buat.

"E-En. Hak-"

Aku tergagap gagap untuk memulakan ucapan ku.

"En-Encik Hakimi.. A-Arman ada dekat dalam. Masuklah."

Aku mengutip kain yang terjatuh di atas lantai sebentar tadi. Aku memusingkan badanku sambil menunjukkan arah bilik di mana Arman sedang berehat.

Kain di tanganku aku genggam sekuat mungkin. Aku masih tidak percaya. Pertemuan aku dengan Hakimi akan terjadi seperti apa yang berlaku di hadapanku.

Hakimi tidak mengendahkanku. Dia terus masuk ke dalam bilik yang aku tunjukkan. Aku ditinggalkan di ruangan itu dengan perasaan yang bercampur baur. Pelbagai soalan mula bermain di fikiranku.

Hakimi keluar sambil mendukung Arman di pangkuannya. Langkahnya mati sebelum sempat dia tiba di pintu dapur setelah mendengarku memanggil namanya.

"Hakimi..."

Dia berdiri kaku di tempatnya. Untung saja Arman masih lena.

"Terima kasihlah saudara, sebab tumpangkan anak saya berehat."

Selepas itu dia terus menyambung langkahnya. Seliparnya disarungkan. Dia berjalan pergi tanpa melihat aku yang mula menitiskan air mataku.

Deras, tanpa aku mampu mengawalnya, air mata itu terus mengalir, menghangatkan pipiku. Aku masih kaku di tempatku berdiri, menahan rasa sebak yang menusuk hati.

Tak ku sangka, pertemuan aku dengan Hakimi akan terjadi sebegini rupa. Sudah kuduga, kemunculan Yusof ini lambat laun akan menemukan aku dengan Hakimi juga. Semuanya sudah terjawab.

Aku berjalan ke sinki sebelum mengesat air mataku. Aku harus kuat. Bukan masanya sekarang untuk aku menangis. Di luar masih ramai orang. Majlis masih berlangsung.

Meskipun banyak tanda tanya yang mengisi ruang fikiranku, aku yakin aku tidak akan peroleh jawapan itu melihat keadaan Hakimi yang dingin melayaniku.


-



Kentang yang sudah siapku kupas kulitnya, aku hantar ke rumah Makcik Su. Di bawah kemah, kelihatan ramai orang yang mula merewang. Aku meletakkan bakul berisi kentang di bawah kemah itu.

"Ha Aizat. Terima kasihlah sebab tolong kupaskan. Ni kamu kalau penat rehatlah dulu. Kesian makcik tengok kamu dari pagi tadi tak henti tolong ha."

Aku tersenyum mendengarkan itu. "takpelah makcik Su. Saya okay je. Lagipun saya suka. Kalau kita suka buat satu hal tu, benda tu tak jadi memenatkan sangat pun."

Makcik Su turut tersenyum. "ha yalah."

"ada apa-apa lagi ke yang belum dibuat? Meh saya tolong."

Makcik Su mengangguk sebelum menghulurkan bakul yang berisi kelapa yang sudah siap diparut. "ni ha Aizat, kelapa ni belum diperah lagi santannya. Aizat perahkan separuh dulu boleh? Kami ni masih mengupas bawang."

Aku mengangguk. Segera aku melabuhkan punggunggku di atas tikar getah. Aku di bantu oleh seorang lagi anak teruna yang ditugaskan untuk mengisi air ke dalam besen besar.

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now