BAB 6

9K 348 58
                                    













                  

Aku memakai tali pinggang ditempat duduk hadapan.

"arman. Arman behave okay kat belakang. Papa nak bawak pergi jalan jalan. Arman nak pergi mana?" tanya Arman, menoleh kebelakang melihat anaknya,  sebelum memandu.

"mainan.."

Hakimi tersenyum melihat anaknya yang tersenyum lebar.

Aku turut tersenyum mendengarkan jawaban itu. budak budak. Mainan adalah barang wajib mereka yang dianggap menghiburkan mereka.

Aku mengimbau kembali bagaimana ketika kecil, mainan yang diberikan kepada aku hanyalah anak patung yang dikutip dari tong sampah oleh ibu bapa aku. mereka tidak mahu membelikanku yang baru kerana mereka tahu tiada bagusnya mereka memanjakan aku. pabila aku dibawah jagaan Nek Sha, Nek Sha selalu memanjakan aku dengan mainan. Mainan kecil yang baru dan bersih. Nek Sha tahu bahawa sebagai seorang anak yang masih kecil, aku harus dibelai dan dimanjakan. Namun sayangnya, ibu bapa aku tidak melihat itu sebagai satu keperluan. Mungkin bagi mereka, dengan lahirnya aku didunia ini, adalah sebuah kesilapan. Kesilapan kerana mereka membiarkan aku hidup didalam dunia ini.

"Aizat.. kenapa termenung?" tanya Hakimi menghentikan lamunanku. Aku memandang kearahnya yang sedang memandu dan tersenyum.

"tak ada apalah. Saya lebih sukakan suasana diam sunyi dan sepi. Lebih tenang." Jawab aku ringkas.

"apa yang awak selalu fikirkan?"

Aku menghela nafas sebelum menjawab pertanyaannya.

"saya terfikirkan pasal saya. tentang saya dan sebuah kehidupan yang perit namun menggembirakan."

Hakimi tertawa kecil. "macam mana kehidupan perit masih membuat awak gembira?"

Aku mengangkat bahu. "perit untuk dijalani, namun, kalau kita fikirkan yang manis sahaja, itu sudah cukup menggembirakan. Saya rindukan seseorang yang banyak mengajar saya betapa kita tak perlu bersedih dengan nasib yang buruk. Bersedihlah kerana kita sendiri yang tidak mampu untuk tersenyum. senyuman itu ibarat pemanis dan gula didalam cokelat hitam yang pahit."

Kali ini Hakimi ketawa besar. "awak ni bila bercakap memang power. saya rasa awak patut dapat doctor falsafah."

"manusia tak mejadi doktor falsafah untuk memahami dunia yang rumit ini. saya hanya berfikir seperti saya. saya tidak sehandal doktor falsafah. Belajar pun setakat spm je."

Hakimi menganggukkan kepala. "Aizat... awak sangat kuat. Saya rasa awak lebih kuat dari saya."

"saya hanya mampu buat apa yang saya termampu abang Kimi. Hidup ini kalau nak bersedih pun, janganlah lama. Hujan pun ada masanya berhenti. Nikan manusia yang air matanya tidaklah setanding air laut.."

"awak memang hebat. Sebabkan itu, hari ni, saya nak bagi awak satu hadiah."

Aku memandang Hakimi yang sedang memandu dengan pandangan pelik. "hadiah?"

"haah" Hakimi menganggukkan kepalanya. "hadiah. Well anggap je hadiah sebagai hadiah persahabatan kita."

Aku tersenyum. Hakimi melayan aku dengan baik sekali. Aku jadi teringat akan Irwan. Dialah salah satunya sahabat baik yang aku ada. Bagaimanalah keadaan dia sekarang? aku pula tiada telefon bimbit nak menghubungi dia.

"terima kasih.." ucap aku, menundukan kepala.

"awak nak makan ape hari ni? awak jangan risau, awak tak perlu keluarkan duit awak pun hari ini. semua saya tanggung."

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now