"Seperti yang kau orang berdua tau , saya cuma lakukan tugas yang diberi Tuan Park dengan penuh tanggungjawab tanla menukarkan apa-apa dokumen pun. Jimin , memang tau kan yang kau tak dapat syarikat Tuan Park sebab apa?" Jimin menganggukkan saja sambil memegang tangan Eunbi. Pandangannya dialihkan pada Rachel.

"Well , at least I have Eunbi." Ucap Jimin dengan senyumannya yang melebar.

"Dan kontrak tu berterusan untuk Rachel kalau Rachel berjaya berkahwin baru dapat sepenuhnya syarikat Tuan Park. Tuan Park nak sangat korang berdua bahagia , dan aku pun dah anggap anak-anak arwah Tuan Park macam anak aku sendiri. Jimin , dibenarkan ambil alih syarikat Tuan Park bersama Rachel. Jadi syarikat tu , ada dua nama iaitu nama korang berdua , Rachel dan Jim--"

"Kenapa Encik Jung tak bagitau kami awal tentang papa? At least boleh pergi tengok dia sebelum dia dikuburkan." Rachel memotong ayat Encik Jung. Encik Jung memandang Rachel dengan keluhan kesal.

"Dalam wasiat dia , dia taknak anak-anak dia tengok dia sampai ke kubur. Sebab tu dia sakit , pergi hospital sampai ke London. Sebab dia tahu korang beruda sibuk." Rachel terus bangun dari duduknya membuatkan semua di dalam bilik itu terkejut termasuk Taehyung.

Taehyung terus bangun. Kedua belah bahu Rache dipegangnya agar Rachel bersabar.

"Wasiat yang sangat bodoh pernah aku dengar. Eh, aku taknak lah syarikat tu. Kau menang ! Berhenti kacau hidup aku lagi. Berambus! Mulai sekarang , syarikat tu bukan lagi atas nama aku. Aku takde kena mengena lagi dengan syarikat tu. Puas hati kau?" Jimin mengerutkan dahinya apabil Rachel naik angin tidak tentu pasal sambil menatapnya. Sungguh Jimin tak faham dengan adiknya yang seorang ni.

"Kau kenapa Rachel? Aku taknak gaduh dengan kau tau tak."

"I'm not talking to you , but I'm talking to your whore."

Jimin terus bangun dari duduknya , menatap Rachel tajam. Taehyung terus menarik Rachel ke belakangnya agar Jimin tidak mengapa-apakan isterinya lagi. Dia tidak mahu gagal kali ini. Pandangan tajam dialihkan pada Taehyung pula. Eunbi sudah memegang lengan Jimin , naik cuak pula dia bila wajah Jimin sudah menyinga.

"Ajar isteri kau cara nak bercakap dengan beradab, Kim Taehyung. Kalau tak , memang lepas ni muka dia pun aku dah taknak tengok." Taehyung terdiam dengan ayat Jimin yang seperti berbaur amaran.

"Jom balik, Tae." Kata Rachel lalu tangan Taehyung terus ditariknya keluar dari bilik VIP tersebut.

Taehyung sekadar menurutkan saja kaki Rachel yang membawanya keluar dari restaurant tersebut. Sudah sesampai sahaja di kereta , Rachel mencebikkan bibirnya dan bersandar pada kereta sambil memeluk tubuhnya.

"Sayang , sayang tak patut cakap macam tu tau. Tae tak suka , jangan cakap macam tu lagi ok?" Rachel mendongak memandang Taehyung. Lalu dia merengus kasar dan memandang ke arah lain.

Taehyung mengeluh kecil. Terus tangannya naik untuk memegang kedua belah pipi Rachel.

"Sayang..." Perlahan matanya memandang ke arah Taehyung. Dia mencebikkan bibirnya.

"Okay , maaf." Ucap Taehyung. Taehyung tersenyum nipis.

"Jadi sayang tak payah lah pergi pejabat lagi kan? Sebab dah bagi Jimin syarikat tu. Finally ! Ini yang Tae nak! Sayang tunggu Tae masuk kerja balik erk?"

"Eh , saya ada dua syarikatlah. Awak taktau ke?" Senyuman Taehyung terus mati. Rachel tertawa kecil.

"Sebab tu saya selalu balik lambat dan saya langsung tak kisah bagi syarikat tu dekat Jimin. Saya ada dua cafe milik saya sendiri, satu lagi syarikat saya nama RC Holding iaitu syarikat cetakan majalah. Dan syrikat saya tu sangat popular dekat jepun. And one more thing--"

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now