Bab 42 - Next Plan

1.1K 47 12
                                    

Farish melonggarkan tali leher yang dipakai dilehernya. Langkah diatur untuk masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat milik Tengku Rashid. Sebaik sahaja masuk, Farish diserbu.

"Ya Allah, awak kenapa ni?" Tanya Tengku Arrys sambil cuba memegang luka di tepi bibir Farish.

"Aduh!" Farish duduk perlahan-lahan di atas sofa.

"Sikit je ni." Kata Farish. Padahal perit tak tertahan. Pergh, boleh tahan padu tumbukan Ryan tadi. Tengku Rina dan Tengku Rashid juga pelik.

"Ni bukan sikit, Farish. Teruk sangat ni." Kata Tengku Rina lalu terus ke dapur.

"Siapa yang buat kamu sampai jadi macam ni?" Soal Tengku Rashid pula.

"Tak patut kesiankan saya. Saya balas balik kat dia lagi teruk." Balas Farish. Tengku Rina datang membawa minuman dan ais yang dibaluti kain lalu diserahkan kepada Tengku Arrys.

"Siapa yang kamu maksudkan ni?" Soal Tengku Rashid lagi. Tengku Arrys tekun meletakkan ais pada muka suaminya yang lebam.

"Dah sampai dah." Kata Farish. Tepat pada waktu itu Ryan masuk. Boleh dikatakan muka Ryan dua kali ganda lagi teruk daripada Farish.

"Ya Allah. Kenapa dengan kamu berdua ni?" Tanya Tengku Rashid.

"Balik lebam-lebam. Berdarah sana sini. Bertumbuk eh?" Sambung Tengku Rashid. Farish dan Ryan diam tidak berkata apa-apa.

"Sebelahkanlah menantu kesayangan papa tu." Ryan terus menaiki tangga dan menuju ke biliknya. Ketiga-tiga orang memandang Farish dengan muka yang meminta penjelasan.

"Biasalah kalau orang tak boleh terima hakikat bini dia mati." Saja Farish berkata dengan kuat.

"Shut up, you!" Ryan menjerit dari tingkat atas.

"Gaduh macam budak kecik." Kata Tengku Rashid. Tengku Rina telah mengangkat kaki untuk melihat keadaan anaknya itu. Tengku Arrys hanya mendiamkan diri.

"Dia yang mula dulu, pa. Dia salahkan kita sebab tak jaga Eryn betul-betul. Dia tuding jari dekat kita, pa. Semua dia salahkan kita."

"Diamlah! Memekak kau tau tak! Kau nak satu taman dengar eh?! Kau tak pernah rasa mati isteri kau boleh cerita lah! Bangang jangan tunjuk!" Balas Ryan.

"Sudahlah, Ryan! Memang salah Ryan kan?! Tak payah salahkan orang lain pula!" Tengku Rashid terus membuka langkah ke pintu utama rumah. Dia membuka pintu lalu keluar dan menghempas pintu itu. Terhenjut bahu Tengku Arrys semasa Tengku Rashid menghempas pintu.

___________________________

"Eh, Rashid. Masuklah. Kenapa datang? Ryan mana?" Soal Dato' Ahmad.

"Ryan takde." Dato' Ahmad hanya diam.

"Teruk sangat dah Ryan tu. Rindu kat bini dia." Tengku Rashid mengambil tempat di sebelah Dato' Ahmad di atas sofa kulit.

"Takkan sebab dia rindu bini dia, Rashid datang jumpa saya?" Soal Dato' Ahmad lalu tertawa.

"Sebab dia dah melampau saya datang sini." Dato' Ahmad terkejut. Hirupannya pada teh o panas yang dihidangkan oleh orang gajinya terhenti.

"Dia bertumbuk dengan Farish. Lebam teruk. Ryan salahkan kitorang. Dia kata kitorang tak jaga dia elok-elok. Saya tak tahu nak cakap apa dah. Diam aje mampu."

"Tak ape. Dia perlu belajar menghargai orang bukan meninggalkan mereka. Orang yang dah pergi tak akan kembali." Tengku Rashid mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Dato' Ahmad.

___________________________

Pemandangan dari atas bukit sungguh indah. Menara KLCC teguh berdiri mengingatkan Ryan tentang janjinya kepada Eryn bahawa tanpanya, Ryan juga akan tumbang.

Suamiku Mr. RomanticTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon