Bab 23 - Secret Admire

2.6K 116 8
                                    

"Haikal, cakap dengan doktor saya tak nak duduk hospital." Kata Ryan.

"Tapi saya rasa tak boleh lah boss. Kecederaan yang boss alami teruk." Haikal masih cuba memujuk bossnya.

"Kalau macam tu awak tolong panggil kan Eryn." Kata Ryan.

Haikal keluar lalu memanggil Eryn.

"Cik Eryn, boss nak jumpa."

"Ha? Ok." Terus Eryn masuk dan Haikal keluar.

"Awak macam mana?" Tanya Eryn.

"Mungkin saya kena tahan dalam dua atau tiga hari. Awak nak duduk rumah ke nak teman saya?" Ryan memandang Eryn. Eryn seperti masih memikirkan sesuatu.

"Saya tak nak duduk rumah. Tak pelah. Saya balik ambil baju saya dengan awak nanti saya datang balik." Kata Eryn.

"Suruh Haikal hantar dan bawa Kak Lyn balik. Lagi satu, jaga rumah baik-baik." Pesan Ryan. Eryn mengangguk. Eryn pun keluar.

"Haikal, boss suruh hantar Kak Lyn dan saya balik. Nanti saya nak datang hospital balik sebab nak ambil baju Ryan. Saya dan Ryan tidur hospital, awak tolong jaga rumah dengan Kak Lyn." Terang Eryn.

"Jom la." Langkah Haikal diikuti langkah Eryn dan Kak Lyn.

Apabila sampai di rumah, Eryn membuka seribu langkah untuk ke bilik. Kak Lyn hanya sambung mengemas barangnya yang tertangguh sebelum masuk rumah.

"Eh, Kak Lyn. Kemas baju, tak masak bubur ke apa ke untuk boss?" Tanya Haikal.

"Eryn tak suruh pun." Jawab Kak Lyn bersahaja.

"Kak Lyn, saya rasa saya dah jatuh cinta la..." Kata Haikal berderet sambil senyum dan mendongakkan kepalanya. Kak Lyn berhenti dari melipat kain.

"Laa... Jatuh cinta dengan siapa pula? Kak Lyn tak tahu pun dan jangan jatuh cinta dengan Eryn sudah." Sengaja Kak Lyn memberi amaran walau tak tahu cerita sebenar. Haikal tersentak.

"Kenapa tak boleh pula? Dengan dia la saya jatuh cinta." Haikal mengerutkan dahi.

"Mana tahu Eryn tu isteri boss. Naya kamu." Kata Kak Lyn.

"Boss tak bagitahu pun dia dah kahwin. Dah-dah jangan pandai-pandai reka cerita. Saya rasa diorang tak ada apa-apa. Saya nak naik atas. Tengok Eryn." Terus Haikal hilang dari pandangan.

"Pandai-pandai lah kau Haikal. Kalau tak kahwin takkan adik beradik sampai nak berteman dekat hospital." Gumam Kak Lyn.

Haikal terus naik dan pada masa yang sama Eryn turun dengan kelam kabut.
Eryn tergelincir di tepi tangga sebelum jatuh sempat Haikal memegang lengannya. Setelah keadaan menjadi ok, Eryn menarik kembali lengannya.

' Aku tahula kau hensem. Kalau senyum pun hensem tapi kau lambat la. Aku dah kahwin dengan Ryan. Mesti Ryan tak bagitahu ni. Eishh Eryn apa kau merepek?! Kau dah kahwin laaa... ' Eryn berkata dalam hati.

"Jom!" Kata Eryn lalu pergi. Eryn sudah menunggu di dalam kereta manakala Haikal hilang entah ke mana. Haikal terus masuk dalam kereta di tempat pemandu.

"Nak pergi mana-mana tak?" Haikal mula bersuara setelah mereka keluar dari perkarangan rumah.

"Singgah kedai depan tu. Nak beli bubur." Jawab Eryn. Haikal hanya mengangguk dan terus ke kedai tersebut.

Semasa Eryn keluar, dia hanya membawa dompet dan tinggalkan beg tangan. Mula idea timbul di pemikiran Haikal. Haikal mengambil sehelai sticky note lalu tulis:

Salam perkenalan, saya suka awak. Saya mula sayang awak. Saya tak berani ingin berterus terang. Biarlah awak kenal saya sebagai secret admire. 

-Secret Admire-

Haikal meletakkan sticky note di dalam beg tangan Eryn di tepi. Diselitkan. Dia cepat-cepat menggapai phone dan pura-pura sedang menelefon orang apabila ternampak Eryn sedang berjalan menujunya sambil membawa plastik bubur dan air botol.

Eryn masuk dan Haikal pura-pura meletak telefon.

"Dah?" Tanya Haikal sambil melihat Eryn yang meletakkan dompetnya. Dalam hati dia berdoa agar Eryn tidak jumpa sticky note itu lagi. Mungkin jumpa kemudian. Tetapi Eryn jumpa juga.

"Apa ni?" Tanya Eryn sambil memegang sticky note yang kemas dilipat.

"Entah." Jawab Haikal sambil mengangkat bahu. Tergelak Eryn membaca kertas itu. Haikal sudah tahan malu apabila Eryn membuat lawak ke atas kertas itu. Haikal hanya terus memandu kereta dengan senyap hingga sampai di destinasi. Eryn masih ketawa.

' Berhentilah ketawa. Aku betul suka kau la. Kenapa kau gelak? Lawak ke? ' kata hati Haikal.

"Dahlah. Saya naik dulu." Kata Eryn dengan sisa ketawa. Haikal pun memandu untuk balik ke rumah Ryan.

_____________________________________

Guysss!!! I'm back sorry for make you keep waiting...😟 This time ramainya nak rampas Eryn. Ryan apa kurangnya juga. Love you guys yang selalu vote n keep waiting this story.😘 K lah. Di sini saja. Comment lah apa2 je. No comment negative please.

Keep voting★
Keep comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now