Bab 35 - Datang Lagi

1.4K 71 3
                                    

Apabila terasa sesuatu di sebelahnya, Eryn terus bangun dari posisi baring. Kelihatan Batrisya sedang melayan telefonnya. Apabila Batrisya tersedar dengan perlakuan Eryn terus dia menutup telefon nya.

"Penat aku tunggu kau bangun!" Batrisya mengeluh.

"Nak apa datang?" Tanya Eryn masih dalam keadaan duduk.

"Kau tak nak tahu ke pasal suami kau?" Tanya Batrisya. Eryn sedikit rasa ragu-ragu. Betul ke? Eryn menggigit bibir bawahnya. Tanpa menunggu jawapan Eryn terus seorang lelaki muncul di depan pintu wad. Lelaki tersebut membetulkan rambutnya kebelakang.

"Tak." Kata Eryn. Dia tahu lelaki ini bukan suaminya.

"Apa yang tak? Ni suami kau, Haikal." Batrisya mengeluh perlahan.

"Tak. Ni bukan suami aku!" Jerit Eryn menyebabkan Batrisya menekup muka Eryn. Jururawat berpusu-pusu masuk. Kelihatan seorang lelaki yang tercegat di depan tanpa menolong pesakit yang mulutnya ditutup oleh seorang perempuan.

Akhirnya Eryn pengsan. Security guard dipanggil untuk menghalau Batrisya dan Haikal. Walaupun mereka berkeras, pengawal keselamatan itu tetap menarik mereka keluar dari hospital sehingga berjaya.

Dalam keadaan pengsan, Eryn sempat bermimpi tentang segalanya. Dari A sampai Y. Tetapi dia tidak tahu kenapa dan bagaimana dia kena langgar. Sebab ia seperti telah dikejutkan oleh sesuatu. Itu menyebabkan dia membuka mata tanpa tahu akhirnya.

___________________________________

"Alya!" Seorang lelaki memanggil Alya. Alya lari tetapi di sebelahnya muncul Aniq. Alya terperangkap di antara mereka berdua.

"Kenapa you lari dari I?" Tanya lelaki itu.

"I tak tahu! Aniq lamar I. You lamar I. Which one that I should choose? I am tired of this." Kata Alya lalu pergi meninggalkan mereka di tengah tengah pusat beli-belah itu.

"May the best man win." Ucap Aniq sebelum meninggalkan lelaki itu.

_______________________________________

Haikal balik rumah lalu mengeliat kecil dan mengeluh kasar. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Masuklah, tak kunci!" Jerit Haikal. Terus sahaja Batrisya masuk.

"Bang, aku ada plan baru! Baik punya!" Kata Batrisya. Haikal seperti sudah mengantuk. Letih dengan perangai Batrisya yang tidak reti mengalah. Ibubapa mereka outstation.

"Dah lah dik, aku dah penat." Kata Haikal sambil memejamkan kedua matanya.

"Jom la bang. Confirm kali ni mesti jadi!" Pujuk Batrisya.

"Aku dah ada pilihan hati. Aku dah tak terhegeh dah dekat Eryn. Aku terima hakikat yang dia dah kahwin." Balas Haikal. Matanya masih terpejam rapat.

"Aku tak kesah pun! Yang penting kau kena terlibat sekali. Tolonglah!" Rengek Batrisya.

"Eh! Dah lah! Keluar! Siapa ajar kau biadap sangat?!" Marah Haikal lalu tarik Batrisya hingga keluar pintu biliknya.

"Kalau rancangan kau tu berniat baik tak apa lah juga. Hadap juga aku nak dengar. Tapi bila kau nak hancurkan hidup orang lain memang kau dapat 0% sokongan aku. Aku bagi kau last warning. Kalau kau kacau diorang berdua siap kau!" Kata Haikal lalu menghempas pintu. Batrisya berpeluk tubuh lalu membuat mimik muka Haikal dan mengejeknya.

________________________________________

"I fed up! I tak tahu mana satu!" Ngadu Alya.

"Alaa.. buat je solat istikharah. You pun susah sangat. Better ikut cakap hati. Tapi jangan ikut sangat. I pun bab ni I tak pandai sangat lah. Eryn dengan you pun lain so its hard." Balas Ryan.

"I tahu dulu you ego. Then, you sweet. You okay apa. Untung Eryn dapat suami macam you." Kata Alya sehingga tidak perasan bahawa tangannya telah menyentuh jari-jemari Ryan. Pantas Ryan menarik.

"Ops.. sorry." Balas Alya.

"It's okay." Kata Ryan.

"By the way, I think I should go. I nak jumpa Eryn. Ok?" Sambung Ryan.

"Yes, and thanks." Kata Alya sambil senyum.

Ryan terus ke wad hospital. Alangkah terkejutnya melihat wayar-wayar yang membelit Eryn di ICU. Ryan terus ke kaunter.

"Nurse, kenapa isteri saya di ICU?" Soal Ryan kepada salah seorang nurse di kaunter.

"Oh.... Isteri encik berada di ICU kerana pengsan. Kepalanya pula seakan terhantuk kerana seseorang telah memaksanya untuk mengingat kembali ingatannya." Ryan tersentak. Doktor yang berada di belakang Ryan, dipandang.

"So, she need to rest. Tolong jangan memaksa dia. Kepalanya terlampau sakit dan keadaannya masih belum stabil.

_________________________________________

Sorry lama x update..... And sorry bab ni pendex..... In shaa allah will do more longer and more chapters..... See ya!

Vote 💕
Comment 💭

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now