Bab 11 - Get Back

3K 143 3
                                    

"Ok. Memang tak marah. Memang tak nangis. So, Ryan dah tahu semuanya. Apa yang Ryan nak?" Tanya Tengku Rina.

"Ryan nak kahwin dengan Eryn. As soon as possible." Jawab Ryan lalu menutup laptopnya dan pergi ke biliknya.

"What?! Ryan! Ryan! Muhammad Ryan!" Panggil Tengku Rina namun panggilannya tidak disahut. Tepat pada masanya Eryn balik. Terkejut Eryn melihat muka tidak puas Tengku Rina.

"Aunty!" Panggil Eryn. Tengku Rina memandang Eryn dengan muka yang series.

"Why so serious?" Tanya Eryn. "Eryn, we need to talk." Kata Tengku Rina. Mukanya sangatlah series berharap Eryn akan terima cadangannya. Eryn duduk di atas sofa diikuti Tengku Rina.

"About what, aunty?" Tanya Eryn.

"Eryn, Eryn nak tak terima Ryan?" Tanya Tengku Rina. Ryan di tepi tangga juga mendengar segala galanya dari mulut mamanya. Eryn yang duduk di sebelah Tengku Rina, terpaku seketika.

"Boleh tak bagi Eryn ruang dan masa untuk fikirkan? Eryn tak nak Ryan kecewa buat kali kedua. Cukuplah Ryan kecewa teruk pada hari kejadian." Eryn terus menjawab. Masa itu dia hanya mahu menjawab. Yes. Yes. Yes. Tapi, berilah dia masa dahulu untuk fikirkan semua itu.

Keesokan harinya, awal pagi lagi Eryn sudah keluar untuk berjumpa sahabat sejatinya. Semasa keluar, Ryan dan Tengku Rina baru turun bersama.

"Eh, Eryn. Tak breakfast sekali ke?" Tanya Tengku Rina.

"Tak. Eryn dah janji nak jumpa kawan dan breakfast sama sama dengan dia. Eryn pergi dulu Assalamualaikum." Terus Eryn keluar. Gementar tak habis bila berjumpa dengan Ryan. Entah apa yang ditakutkan.

Sesampainya Eryn di cafe yang dijanjikan oleh sahabatnya iaitu Batrisya.

"Babe, sorry lambat. Kena tahan tadi." Kata Eryn kepada kawannya lalu duduk di depan Batrisya.

"Kau memang macam ni kan. Selalu lambat bila nak jumpa aku, bila jumpa Aniq, bukan main awalnya." kata Batrisya.

"Babe! Please stop it, okay! Tolonglah!" Marah Eryn.

"Relakslah weyh! Suara kau, macam nak satu cafe tengok kita." Perli Batrisya.

"Kau tahu aku tak suka dia, yang kau cakap pasal dia apahal? Cari nahas betul." Kata Eryn seolah berbisik.

"Ok. Fine! Sorry." Balas Batrisya. Gaya tak ikhlas, tapi tak tahu lah kalau ikhlas pun.

Sedang mereka berbual, tiba tiba Aniq datang menyapa,

"Eh, Hai Eryn, Batrisya. Boleh saya join sekali?" Tanya Aniq. Eryn sudah membuat muka menyampah.

"Bat, jom pergi." Ajak Eryn. Ryan yang kebetulan sedang lalu di situ, memberhentikan kereta dan melihat apa yang terjadi.

"Eryn, saya nak sarapan dengan awak. Please..." pinta Aniq.

"Saya bukan isteri awak yang awak boleh arah sesuka hati. Nak makan sangat, pergi makan dengan Alya tu. Menyemak dekat sini kenapa?" Tanya Eryn. Aniq mula pegang tangan Eryn untuk  halang Eryn pergi. Eryn cepat cepat menarik kembali tangannya. Teringat pula peristiwa Aniq dan Alya. Ryan tidak boleh tahan lagi. Ryan keluar dari kereta dan menuju ke arah Eryn.

"Bro, orang dah tak nak, jangan kacau lah." Tegur Ryan tenang.

"Kau siapa?" Tanya Aniq. Ryan membuka cermin mata hitam yang menampakkan gayanya itu. Ryan tersenyum.

"Ingat aku lagi tak? Kalau tak ingat, biar aku ingatkan. Aku lah bakal suami Eryn. Dulu perkahwinan kami ditangguhkan atas sebab untuk menunggu adik aku balik dari outstation." Kata Ryan.

****************************

Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now