Bab 36 - Missing You Wishing That I Realize What I Had When You Were Mine

1.5K 72 12
                                    

Koma. Tak habis-habis koma. Ryan rindukan isterinya. Khayla tak habis-habis mengacau hidupnya. Ryan memikirkan, jika dia tidak layan Khayla perempuan plastik nama panjang tu, mungkin Eryn tidak akan menjadi begini.

"It's been 6 months bro. Why won't she wake up? I miss her like crazy!" Kata Ryan kepada Farish.

Mereka berada di sebuah restoran. Ryan mengusutkan rambutnya.

"Yes, I miss her too", balas  Farish.

"It's not funny!" Ryan sudah berang.

"Apa? Aku kata aku pun rindu bini aku, lah. " Kata Farish.

Ryan mengeluh kasar.

"Bro, I am afraid to lose her. She was in critical. I don't want to lose her." Farish menganggukkan kepalanya tanda memahami situasi adik iparnya itu.

"Aku pun minta maaf juga. Khayla tu. Dah lama suka kau tapi aku tak nak kau kahwin dengan dia. Dia cuma saja permainkan perasaan kau. Hope kau tak terpedaya." Farish kecewa atas kelakuan adiknya itu.

Ryan berharap supaya Eryn berada di sisinya. Kenapalah dia tidak menghargai Eryn dahulu? Kini, dia sedar betapa pentingnya Eryn.

________________________________________

Kegelapan di sekeliling Eryn. Eryn menangkap cahaya di hadapannya. Namun, cahaya itu semakin pudar. Eryn mengejar. Semakin pudar lagi. Terasa seseorang mengejarnya.

Kaki semakin lenguh. Cahaya semakin jauh. Psiko itu semakin mendekati. Eryn tertanya apa yang lelaki itu hendak lakukan kepadanya.

Dia berharap Ryan ada di situ dan menolongnya. Dengan kaki yang lenguh Eryn lari, Eryn terus menangis terkenangkan Ryan lelaki yang dia cintai.

Akhirnya, Eryn jatuh ke tanah. Tiada cahaya, tiada sesiapa. Eryn bersendirian di dalam kegelapan. Dia terasa amat sedih sehingga mengalirkan air mata. Ke manakah orang yang dia sayangi?

______________________________________

"RYAN!!!!!!"
 
Teriak Eryn. Ryan di sebelahnya mula terkejut.

"Sayang! Sayang! Sayang kenapa ni?!" Soal Ryan. Ryan memanggil jururawat. Eryn terus memeluk Ryan sambil menangis. Jururawat memberinya ubat penenang. Akhirnya, Eryn tertidur.

Ryan pergi ke bilik doktor.

"Doktor, macam mana dengan isteri saya?" Soal Ryan.

"Isteri awak semakin pulih. Dalam dua minggu saya rasa dah boleh balik ni." Balas Doktor Irfan.

"Terima kasih, doktor." Kata Ryan. Dia berasa amat bersyukur. Ryan berjabat tangan dengan Doktor Irfan.

"Dia tak perlu jalan apa-apa rawatan ke? untuk pastikan dia pulih." Soal Ryan. Doktor Irfan menggelengkan kepala.

"Dia dah pulih cuma dua minggu tu masa pantau kesihatan dia. Dan, awak kenal tak perempuan yang paksa?" Soal Doktor Irfan.

"Perempuan mana pulak ni?" Ryan semakin pelik.

"Jururawat saya kata, masa Eryn pengsan ni ada dua orang bersamanya. Satu lelaki, gaya rambut kebelakang dan satu lagi perempuan, free hair."

"Tak pelah, doktor. Saya akan cuba cari mereka." Balas Ryan.

Ryan pun kembali ke wad Eryn.

"Awak, saya nak balik kejap. Nak tukar baju." Ryan meminta izin dahulu takut tiba-tiba Eryn ni mengamuk pula.

"Awak nak tinggalkan saya kan? Terus terang je la. Dah berapa kali saya mimpi awak tinggalkan saya. I think it's true." Kata Eryn dia membelakangkan Ryan. Sayu hatinya. Ryan terkejut.

"Sayang, apa yang awak cakap ni? Saya nak balik rumah bukannya berfoya-foya dengan mana-mana perempuan." Ryan mengubah posisinya. Ryan duduk di atas katil.

"Mimpi hanya mainan tidur. Saya janji saya takkan tinggalkan awak. Saya cuma nak balik rumah je. Please." Rayu Ryan.

"Tak nak. Jangan tinggalkan saya." Eryn mula menangis. Lagi sekali.

"Awak, awak nak saya pujuk awak macam mana lagi? Awak nak saya buat teh boh. Lepastu cakap, hanya kaw untuk ku?" Soal Ryan lalu ketawa.

"Tak kelakar." Balas Eryn berang.

"Alaa.... Sayang, please."

"No. Nanti Batrisya datang lagi, saya takut." Kata Eryn.

"What do you mean?" Soal Ryan pelik.

Eryn terdiam.

"Dia ke orang yang paksa awak?" Masih berdiam diri.

"Saya akan cari dia." Ryan bertekad.

"Jangan tinggalkan saya."

"Ya, saya tak tinggalkan awak."

Ryan mencapai telefon dan tangannya ralit mencari nombor seseorang. Nombor di dail.

"Farish, kau datang sini. Kalau boleh bawa Along sekali." Kata Ryan. Tidak lama selepas itu, talian diputuskan.

____________________________________

"Actually,  I dah pilih."

______________________________________

Jeng! Jeng! Jeng! Siapa yang cakap? Btw, korang nak alya pilih siapa? The mysterious guy (yg korang masih tertanya-tanya) or the Aniq? Batrisya tu macam mana pulak? Nak dia mati tak? Nak suggest apa-apa? Sila comment. Stay tuned!

Vote <3

Comment ~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now