Bab 17 - Romantik

2.9K 137 6
                                    

"Kenapa menangis ni?" Soal Ryan prihatin.

"Saya tak tahu betul ke tidak apa yang saya buat ni.Lepasni,hidup saya akan berubah. Saya tak tahu boleh ke saya percayakan awak.Saya tak kenal awak, Ryan. Saya takut nak letak kepercayaan saya pada orang lain buat kali kedua. Saya takut terluka lagi." Jawab Eryn. Air mata masih lagi turun. 

"Ya, saya mengaku. Semua tu betul. Tetapi, awak boleh benci saya kalau saya langgar janji saya. Saya tak boleh tengok awak nangis. OK lah. Saya nak mandi dulu. Bila saya keluar, saya tak nak tengok awak nangis lagi." Kata Ryan lalu ambil tuala yang berada di tepi katil dan masuk ke dalam bilik air. Memandangkan Eryn sudah mandi dia hanya mahu baring. Dia baring sehingga tertidur.

 Ryan keluar dari bilik mandi dengan tuala paras pinggang. Dia memanggil  Eryn dengan sengaja. Hancur harapannya apabila melihat Eryn sudah tidur. Dia berasa kasihan jadi, dia tidak mengejutkan isterinya.

Keesokan paginya, Eryn bangun di waktu subuh, tetapi Ryan tiada di sisinya. Dia melihat Ryan mahu solat. Kerana dia tak boleh solat, dia bangun  dan turun untuk membuat sarapan.

"Nak pergi mana tu?" Tanya Ryan sebelum solat.

"Turun bawah buat sarapan." Jawab Eryn terus turun tanpa menunggu soalan lain daripada Ryan. Eryn turun dan terus ke dapur untuk membuat nasi goreng sebagai sarapan. 

Selepas solat, Ryan melihat ke arah tempat tidur yang Eryn lupa untuk kemas. Dia pun kemas sementara Eryn sedang mandi. Eryn keluar dengan sudah pakai baju sambil mengelap rambutnya yang masih basah. Dia terpaku melihat Ryan mengemas tempat tidur dengan bersih sekali.

"Awak. Sorry. Saya lupa nak kemas katil tadi." Kata Eryn. Dia pelik apabila Ryan tidak memarahnya tetapi senyum.

"Awak tak marah ke? Kalau mama saya, dah bising dah." Kata Eryn lagi.

"Marah? Buat apa nak marah? Bukan salah awak pun. Bagi saya tak semua benda perempuan perlu buat." Jawab Ryan.

"Berapa lama cuti?" Tanya Ryan.

"Tak tahu lagilah." Jawab Ryan. Ryan cuma mengangguk.

"Awak... Hari ni, saya nak pergi shopping. Boleh tak awak teman saya?" Tanya Eryn sambil mengukir senyuman dibibir. Ryan duduk di atas katil sambil senyum. 

"Boleh, sayang." Jawab Ryan sambil senyum. Senyuman Eryn terus mati apabila Ryan memanggil dia 'sayang'.

"Tolong jangan panggil saya macam tu dulu." Kata Eryn.

"Ya lah. Dah, siap cepat." Ryan mengambil seluar jeans dan baju-t yang sesuai lalu masuk ke dalam bilik air untuk menukar baju. Dia dah mandi awal pagi tadi. Eryn hanya ingin memakai tudung sahaja. Eryn memilih shawl. 

Apabila Ryan keluar dari bilik air, dia melihat Eryn memilih warna shawl yang tidak sesuai pada pakaiannya dan shawl yang di pakai senget.

"Awak,saya rasakan awak kena tukar shawl warna pink. Kalau warna hitam, macam tak sesuai sangatlah." Ryan memberi pendapat sambil meletakkan jari di dagu seperti berfikir.

"Hmm? Warna pink? Serious? Awak pandai ke pilih shawl untuk perempuan?" Sengaja Eryn memerli Ryan.

"Tak percaya? Sini saya tolong. Cuba awak buka tudung tu." Kata Ryan. Eryn menanggalkan shawl warna hitam. Sementara, Ryan mencari shawl yang sesuai buat isterinya. Shawl yang berwarna pink. Ryan cuba untuk memakaikan shawl di kepala Eryn tetapi Eryn menolak.

"Awak mana pandai pakaikan saya shawl." Eryn masih menolak.

"Janganlah degil. Sini saya pakaikan." Kata Ryan. Suaranya kedengaran sedikit tegas. Ryan pun memakaikan. Sangat cantik.

"Kan elok tu." Kata Ryan.

"Cantiknya..... Kenapa awak ni terlebih romantik pula ni?" Tanya Eryn.

***********************
Vote★
Comment~

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now