Bab 40 - Kembali

1.2K 58 5
                                    

"Along." Sebut Eryn setelah ternampak Tengku Arrys yang khusyuk membaca novel. Tengku Arrys dengan pantas menutup bukunya.

"Kat mana ni?" Eryn melihat sekeliling. Seperti familiar.

"Kat rumahlah." Jawab Tengku Arrys seperti menyampah. Eryn cuba untuk duduk terapi setiap kali dia menggerakkan lengan kanannya, rasa pedih yang teramat.

"Jangan banyak gerak. Awak tu sakit." Kata Tengku Arrys seperti marah.

"Sorry." Eryn membelakangkan Tengku Arrys. Tiba-tiba sahaja Tengku Arrys terdengar Eryn menangis.

"Eryn." Tengku Arrys menarik lengan kirinya. Eryn memandang Tengku Arrys.

"Tak payahlah menangis bagai. Eryn yang nak sangat bunuh diri kan? Mati sekarang pun along tak kesah." Eryn tergamam. Terus Tengku Arrys mengangkat kaki meninggalkan Eryn.

Selepas Tengku Arrys keluar, Farish pula masuk ke dalam bilik yang menempatkan Eryn.

"Sorry, Ryn. Along awak tu sensitive dan moody sikit sejak berisi. Tiba-tiba tu macam bukan diri dia pulak. Sabar eh kalau kena marah." Eryn hanya mengangguk apabila mendengar kata-kata Farish.

"Ok. Saya pergi dulu." Baru selangkah Farish bergerak. Eryn memegang lengan baju Farish. Farish menoleh.

"Congrats! Berapa bulan dah?"

"12 minggu bersamaan tiga bulan." Tangan Eryn masih belum dilepaskan. Eryn perlu perlahan-lahan menggerakkan lengannya.

"Hm... Eryn, along nak...." Tengku Arrys masuk dan terkejut. Eryn menarik tangannya perlahan-lahan. Tengku Arrys memandang Farish dan Eryn secara bergilir-gilir.

"Sorry." Tengku Arrys keluar.

"Rys!" Panggil Farish. Farish lari keluar mengejar Tengku Arrys.

Akhirnya, Farish dapat menghalang Tengku Arrys dari lari. Dari dalam bilik, Eryn terdengar Farish dan Tengku Arrys bercakap.

"Awak, semua ni salah faham." Farish cuba berlembut.

"Takpe saya ok."

"Tak. Awak tak ok. Biar saya explain dulu."

"Hm....ok."

"Sebenarnya saya masuk tadi sebab...." kata-kata Farish tergantung.

"Sebab apa? See? Awak sendiri tak boleh explain apa yang jadi."

"Tapi apa yang awak nampak tadi bukan seperti yang awak faham. Saya dengan dia tak ada apa-apa." Nada Farish semakin meninggi.

"Habistu kenapa awak masuk bilik dia?! Mesti ade something kan?" Tengku Arrys memarahi Farish.

"Ya. Memang ada!" Eryn terkejut. Apa pula yang bakal terjadi nanti.

"Saya dah kata." Eryn semakin takut. Dia tak nak rosakkan hubungan kakak dan abang iparnya.

"Awak tak tahu ke dia terasa bila awak tengking dia tadi? Satu rumah dengar apa yang awak cakap. Lepastu awak kata tak ada apa-apa. Awak nak orang kesah pasal awak, perasaan awak, tapi awak tak kesah pasal perasaan orang lain."

__________________________

Ryan memastikan barangnya cukup dan tiada yang tertinggal. Dia dah mempunyai keputusan. Ryan berharap Eryn akan terima keputusannya walau sudah hampir tiga tahun.

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now