Bab 34 - Pandai Menipu

2.2K 86 27
                                    

"Assalamualaikum...." Seseorang memasuki wad Eryn.

"Waalaikumsalam." Serentak Ryan dan Eryn menjawab salam.

"Batrisya..." Nama itu terkeluar dari mulut Ryan.

"Siapa awak?" Tanya Eryn. Hatinya rasa tidak senang atas kehadiran perempuan di depannya.

"Bat, Batrisya.... Your bestfriend." Kata Batrisya sambil tersenyum sinis.

"Ryan, saya nak cakap dengan Eryn sekejap." Kata Batrisya dengan gaya gediknya. Ryan menganggukkan kepalanya lalu bangun menuju ke pintu. Sempat dia menoleh ke arah Eryn dan Batrisya. Dia berasa ragu-ragu. Tetapi dia terus keluar dari wad tersebut.

Batrisya terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang Ryan duduk tadi.

"Banyak benda yang aku nak cerita dan kau tak tahu." Mula Batrisya. Eryn sudah mengerutkan keningnya. Tadi awak saya, tiba-tiba aku kau.

"Kau kena tahu yang Ryan tu berlakon je." Terkejut Eryn sambil membulatkan matanya.

"Iya! Dia gunakan pelbagai kata-kata cinta. Nak buktikan dia suami kau. Tapi sebenarnya dia tergila-gilakan kau! Ni sebenarnya suami kau!" Bohong Batrisya sambil menunjukkan gambar seorang lelaki. Perlahan Eryn meneliti muka lelaki tersebut.

"Habistu awak ni siapa?" Tanya Eryn.

"Aku isteri dia." Jawab Batrisya selamba bertemankan senyuman sinis. Terus sahaja riak wajah Eryn berubah. Dia terkejut dan tidak menyangka.

"Jadi, apa motif Ryan nak ngaku dia suami saya?" Tanya Eryn. Sengaja dia psiko Batrisya. Adakah dia dah sediakan jawapan?

"Motif dia....menipu kau la! Sebab dulu dia tergila-gilakan kau! Sampai dia nak langgar suami kau. Tapi, terlanggar kau! Senang dia ngaku dia suami kau! Kau pun bodoh sebab percaya." Kata Batrisya. Di dalam hatinya, dia bersorak gembira melihat wajah Eryn yang seperti sedih dan marah.

"Dah, aku tak nak cerita banyak. Aku nak keluar. Nanti aku datang cerita lagi. Bai!" Dengan gediknya Batrisya keluar dari wad itu. Tepat pada Ryan masuk.

"Bai, sayang." Kata Batrisya dengan gaya menggoda. Ryan tidak mempedulikan Batrisya.

"Kenapa ni?" Tanya Ryan apabila melihat Eryn baring membelakangkannya. Ternyata soalannya tidak dijawab. Ryan menjadi kusut dan pelik. Dia terus keluar dari wad sambil menggaru kepalanya.

"Dah? Itu je? Memang betul kut cakap Batrisya." Kata Eryn sambil melihat ke arah pintu wad. Malas dia ingin ambil tahu. Terus saja dia menutup matanya dan tertidur.

_______________________________________

Ryan melepaskan nafasnya dengan berat.

"Kau tak boleh macam ni, Yan. Kau kena slow talk dengan dia." Nasihat Farish. Lagi 2 bulan Farish akan berkahwin dengan Arrys.

"Macam mana? Aku baru tanya dah membelakangkan aku." Ryan mula menceritakan masalahnya.

Ryan sudah buntu.

"Look, aku tak pandai bab perempuan ni. Apa kata kau tanya...... Umi." Farish memberi cadangan sambil memetik jari. Memandangkan mereka di sebuah restoran.

"Great idea. Lama juga aku tak jumpa umi. Nak ikut?" Tanya Ryan.

"No, no! Aku tak nak kacau daun." Sengaja Farish memberi alasan. Selepas ini, dia ada date dengan Arrys sebenarnya.

"Kau dah berapa tahun tak pergi jenguk umi? Tak baik. Berdosa nanti weyh. Kesian umi ada anak yang tak tahu hargai dia." Saja Ryan mengenakan Farish. Bukan dia tak tahu. Date dia tu.

"Ye la." Farish mula mengikut langkah Ryan.

"Weyh... Aku rasa tak sedap hati lah." Kata Farish semasa menuju ke kereta.

"Alasan lah kau! Nak ngelat lah tu." Balas Ryan. Farish terlihat sebuah adegan di depannya. Farish terus menuju ke wanita tersebut. Ryan mula tersedar lalu mengikut Farish.

"F... Farisha." Nama itu disebut oleh Farish. Perempuan itu terus melepaskan pelukannya dari lelaki itu.

"A...a...abang." Perempuan itu turut terkejut.

"Jadi ini apa yang kau buat?" tanya Farish perlahan.

"Eh, no!" Dalih perempuan itu.

"Oh, ya? Kenapa peluk lelaki tu? Siapa tu?" Tanya Farish lagi.

"No, abang! Abang salah faham ni. Mana ada Rish peluk dia." Kata Farisha. Eyan hanya menjadi penonton.

"Stop berlakon Nur Khayla Diana Farisha Imani Binti Tan Sri Fazril Shah!"

________________________________________

Flashback

"Nak pergi mana?" Tanya Alya dengan malas. Kalau boleh memang tak nak ikut pun si Aniq ni.

Aniq membisu.

"Woi, dah pekak?! Ke bisu?!" Marah Alya.

Aniq masih diam.

Alya pun duduk bersandar sehinga terlelap

Beberapa minit kemudian...

"Alya, bangun lah. Dah sampai." kejut Aniq. Kerana terlalu susah, Aniq membuka tali pinggangnya dan tali pinggang Alya lalu kepala Alya jatuh di atas lengan Aniq. Aniq menyandarkan kepala Alya di tempat duduk sandar. Aniq keluar dari kereta menuju ke pintu penumpang.

Aniq membuka pintu penumpang lalu bermain main dengan hidung Alya. Aniq mendekati Alya dengan duduk di sebelah Alya di atas tempat duduk lalu mendekatkan mukanya dengan muka Alya. Dengan secara spontan, Alya bangun lalu menolak Aniq hingga terjatuh lalu memeluk tubuh.

"Kau buat apa, hah?!" Tengking Alya.

"I kejut you lah. Aduhaii. Jom! Dah lah tidur mati." Ngomel Aniq sambil berjalan meninggalkan Alya. Alya pula mengikut sambil tersenyum kelat.

Mereka ke sebuah restoran terkemuka dan termahal di Kuala Lumpur. Laluan masuknya yang romantik. Dengan karpet merah. Dengan sekejap saja, Aniq menghilangkan diri. Restoran itu ditempah khas oleh Aniq. Jadi, tiada pelanggan di situ.

Lampu restoran dengan secara tiba-tiba, tertutup. Restoran itu diterangi dengan lilin disekeliling Alya yang membentuk 'love'.

Terdengar suara Aniq.

"Will you marry me?" Tanya Aniq. Alya diam di situ. Dia rasa dia mahu saja lari. Alya terus mengangkat kaki. Dia tertanya kenapa dia juga? Kenapa saat semuanya kusut ada-ada saja kejutan buatnya. Alya lari daripada Aniq buat kali kedua.

_________________________________________

Sorry bab ni lebih kepada Aniq dan Alya. Siapa nak Eryn percayakan Batrisya??😜😜😜 Sorry again sebab dah lama tak update. Readers, mohon jangan lari... 😊😊😊

Vote✔
Comment📝

Suamiku Mr. RomanticWhere stories live. Discover now