Rachel tak banyak bunyi lagi malah dia juga memeluk Taehyung. Belakang kepala Rachel diusap-usapnya Taehyung. Taehyung tersenyum sendirian , manja juga Rachel ni. Tampar pagi tu acah-acahlah agaknya , punyalah penat Taehyung fikir apa salah dia dari pagi sampai malam.

Tapi mungkin salah dia juga. Satu sebab biarkan orang lain sakitkan hati isterinya dan dua sebab dia telah menyentuh isterinya tanpa kebenaran. Lagipun Rachel bukan sukakan dia sepenuhnya lagi. Taehyung tersenyum lemah.

"Boleh tak kalau kita ke London?" Kepala Rachel diangkat memandang ke arah Taehyung. Mati terus lamunan Taehyung lalu wajah Rachel dipandangnya.

"Untuk apa? Honeymoon erk?" Terus dada Taehyung dipukulnya. Taehyung mengadu kesakitan , dadanya dipegang. Garang betul , orang usik sikit pun marah.

"Melawat papa sayalah." Jawab Rachel dengan rengusannya. Taehyung mengangkat keningnya.

"Oh ya , Tae pun tak pernah lagi melawat papa sayang tu. Boleh je , bila nak pergi ? Sayang tu selalu je sibuk , malam baru reti balik rumah sebab kerja banyak sangatkan kat pejabat tu." Sempat Taehyung memerli.
Rachel terus menjeling Taehyung. Namun dalam hatinya berdebar kencang kerana Taehyung sudah semakin berani memanggilnya sayang sekarang. Awak-saya dah ke mana taktau lah , dia pula naik janggal memanggil Tae masih awak-saya.

"Dah alang-alang saya amik cuti nanti pergi london tu , bolehlah pergi honemoon sekali kalau awak nak. Tapi tak boleh lama-lama." Mata Taehyung terus bersinar-sinar mendengar jawapan Rachel seperti tidak percaya.

"Serius ? Untuk pertama kali sayang ada masa untuk Tae." Rachel mengetapkan bibirnya geram mendengar perlikan Taehyung sekali lagi.

Dia merengus kasar lalu terus membelakangi Taehyung semula. Taehyung tertawa kecil. Tangan gatalnya kembali melingkari ke pinggang Rachel dan mulutnya didekatkan ke telinga Rachel untuk membisikkan sesuatu.

"Selamat malam sayang."

•••

"Dia kata dia nak pergi honeymoon dengan aku so aku macam ... wow! Tak sangka dia sanggup korbankan masa kerja dia yang sibuk tu cuma untuk luangkan masa dengan aku sekejap. Sekarang aku dalam perjalanan nak pergi ke pejabat dia , aku dah janji nak bawa dia makan tengah hari ni. Aku cakap dekat dia pagi tadi masa doa makan breakfast yang aku masak. Jadi aku--"

"Taehyung , Kau tak pernah gembira macam ni. Cerita pasal seseorang dekat aku sampai macam ni sekali."

"Ha?" Ayat Taehyung terhenti saat Jungkook memotongnya. Jungkook tertawa kecil dihujung talian.

"Bengap , aku harap kau tak patah hatilah nanti erk?"

"Kenapa pula?"

"Kahwin tanpa cintakan." Taehyung membuntangkan matanya mendengar jawapan Jungkook. Dia mengetapkan bibirnya namun mata masih fokus pada jalan raya.

"Tolong berfikiran klise sikit , nanti dia suka juga dekat aku. Lagipun dia yang akan jadi ibu kepada anak-anak aku nanti." Jawab Taehyung bangga menunjukkan yang dia sudah berjaya menyentuh Rachel.

Mana Rachel tak marah ? Dia sentuh Rachel dalam keadaan sedar pun nak bangga.

"Ha?! Kau dah tututu dengan dia ke?" Taehyung tertawa mendengar soalan Jungkook. Dia sekadar meng-hurm-kan saja. Malas nak buka cerita ni lama-lama.

Jungkook kawan dia pun tak bermakna semua kena cerita.

Tiba-tiba tanpa Taehyung sedar lampu isyarat yang hijau bertukar merah , Taehyung menekan break secara mengejut tetapi hampa , tidak sempat. Keretanya telah pun melanggar kereta hadapan yang telah berhenti untuk lampu merah.

"Macam mana aku boleh lalai." Taehyung terus mencampakkan telefonnya ke tepi , Jungkook yang masih dihujung talian tidak diendahkan lagi.

Dia sudah mula cemas , terus dia keluar dari keretanya untuk melihat keadaan keretanya yang telah kemek bersama kereta hadapan. Taehyung mengetapkan bibirnya geram , ni sebab lalai lah ni. Tak patut bersembang di telefon masa bawa kereta tadi.

"Hoi ! Takde mata ke?! Lampu merahlah!" Taehyung menoleh ke arah seorang perempuan yang keluar dari keretanya bersedia untuk memarahnya kerana telah melanggar keretanya.

Perempuan itu membesarkan matanya memandang Taehyung. Taehyung juga lakukan benda yang sama. Air liur wanita itu ditelan payah.

"En- Encik Kim?"

•••

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now