“Fahmi tak tahu,”

“Apa yang kamu tak tahu?,” marah Dr.Haji Mahadi.

“Fahmi, kenapa korang berdua ni, akak tengok korang tak pernah gaduh pun selama ni, tetiba je macam ni,” pujuk Ayu, kepala Farish diusap lembut. Hajah Ramlah menyuruhnya keluar untuk membiarkan Syuhada senang meberitahu masalahnya.

“Kamu ada perempuan lain?,” duga Rahim.

Laju Rafahmi menggeleng, “Tak, Fahmi tak akan curang pada Syu,”

“Habis?,”

Kenapa?

Kenapa?

Kalau dia tak beri jawapan, pasti mereka akan menyangka tuduhan abang Rahimnya benar. Tak, dia tak curang.

“Mung…kin Fahmi dah bo…san dengan-,”

Satu tamparan hinggap ke muka Rafahmi, hampir-hampir dia tersungkur dek kerana tamparan yang tak disangkakannya. Dr.Haji Mahadi memandang benci anaknya.

“Papa tak pernah ajar anak papa menjadi orang durjana seperti ini,” jerit Dr.Haji Mahadi. Orang yang lalu lalang sudah memandang hairan pasa mereka.

Rafahmi tunduk lagi, bosan? Benar kah? Dia buntu! Tak tahu!

“Patut lah Syu ingin menfailkan penceraian,” tipu Rahim memeluk tubuhnya. Dr.Haji Mahadi juga mengerti renungan Rahim.

Cerai?

Tak!

Dia tak sanggup! Dia tak sanggup berpisah dengan Syuhada

“Apa?,” soal Rafahmi memandang abangnya. Berharap semua ini hanya gurauan semata-mata. Tetapi mata abangnya menunjukkan sebaliknya. “Tak, Fahmi tak sanggup!,”

“Tak sanggup?,”

“Fahmi cintakan Syuhada, anak kami macam mana?,”

“Bukan kah kamu dah bosan?,” duga Ayu, juga memainkan peranan. “Look, kamu tak boleh seksa Syuhada tergantung tak bertali nanti,”

Rafahmi seakan baru tersedar betapa dia memerlukan Syuhada di sisinya. Mengapa dia terleka? Mengapa dia buta untuk melihat sempurnanya kehidupannya selama ini?

SYUHADA tidak menghiraukan bunyi pintu yang menunjukkan ada tetamu yang datang. Baginya, semua itu tak bermakna jika bukan suaminya.

“Syu,”

Syuhada segera menoleh, betapa rindunya dia dengan panggilan itu. Betapa rindunya dua kemesraan mereka.

“Fahmi?,”

Jantung Rafahmi berdegup kencang, hatinya pilu memandang Syuhada yang duduk di atas katil dengan wajah yang lesu.

“Kemana kam-,” belum sempat Hajah Ramlah bertanya, Dr.Haji Mahadi sudah menariknya ke luar meninggalkan pasangan suami isteri ini berbicara dari hati ke hati.

Perlahan Rafahmi duduk di birai katil isterinya.

“Sihat?,”

Syuhada hanya mengangguk, dia cuba sedaya upaya untuk menahan air matanya dari terus mengalir.

“Syu,”

Kini, Rafahmi memandang tepat mata Syuhada. Segera ditariknya tangan yang berada digenggaman suaminya. Gementarnya juga disembunyikan.

Rafahmi terkejut dengan reaksi isterinya.

“I’m so sorry,”

Diam.

“I shouldn’t-,”

“Fahmi, awak tak perlu paksa diri,”

Fahmi?

“What?,”

“Awak tak cintakan saya lagi, jadi awak tak perlu paksa diri,” akhirnya tumpah juga air matanya. Rafahmi tergamam melihat isterinya menangis, baru dia sedar perbuatannya ini akan melukakan kedua pihak.

“Syu, Fahmi sangat-sangat sangat sangat mencintai Syuhada,” lafaz Rafahmi tetapi tidak mengubah apa-apa kesan pada Syuhada.

“Kalau awak cintakan saya, awak tak akan lupakan kami, awak tak akan biarkan kami kesejukan menunggu awak berjam lamanya, awak tak akan-,” kata-kata Syuhada terputus. Air matanya laju keluar, “Awak tak akan bosan dengan saya,”

“Syu, demi Tuhan, Fahmi sayangkan Syu dan anak kita sepenuhnya, Fahmi tahu kealpaan Fahmi melekakan Fahmi dari kehidupan sempurna yang Fahmi miliki bersama Syu dan Farish,” sekali lagi dia mengenggam tangan Syuhada. “Please Syu, Fahmi tak sanggup lalui hidup tanpa Syu dan Farish,”

Syuhada mengesat kasar air matanya, “Fahmi, awak belajar lah hidup tanpa kami,”

“Syu,”

Laju tangan Rafahmi merangkul tubuh isterinya, “Jangan seksa Fahmi macam ni,”

Esakan Rafahmi membuatkan hatinya lembut, setahunya Rafahmi hanya mengeluarkan air mata apabila keadaan terdesak seperti pada mereka mula-mula dulu.

“Fahmi-,”

“Tolong Syu, maafkan Fahmi ni, tak perlu cakap sayang pun tak apa, nak suruh Fahmi berhenti kerja pun tak apa-,”

“Fahmi, denga-,”

“Nak pukul Fahmi pun tak apa, nak-,”

“Rafahmi Mahadi,” sebut Syuhada. Membuatkan Rafahmi berhenti membebel di pelukan isterinya. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukannya.

“Syu,”

“Saya sedia maafkan awak,”

“Really? Ya Allah, terima kasih Syu,” tubuh isterinya dirangkul. “Thanks, sayang,”

“But please no more ‘sayang’, nampak macam kita ni tak natural,” beritahu Syuhada jujur. “Pakai nama je,”

Rafahmi tergelak kecil, benar! “Ok, and I’m happy to have you back,”

“Hah, daaa you always have me,”

“But really, I am sorry,”

“And I am sorry too, terlebih emosi tadi,”

“Kan Syu selalu macam tu,”

“Mana ada,”

Syuhada sudah memuncungkan mulutnya.

“Oh, I miss us,”

Syuhada tersenyum, “Sama,”

“Hah, dah berbaik korang ni?,” rempuh Hajah Ramlah memasuki wad perbadi Syuhada. Dr.Haji Mahadi pun dah tak sanggup menahan isterinya ini untuk tidak memasuki wad Syuhada.

Geram dia memandang isterinya yang bermuka seperti orang tak bersalah, tadi di luar wad. Habis badan suaminya ini dipukul-pukulnya. Hey, macam budak-budak.

“Alhamdulilah, dah, tapi memang Syu tak akan failkan penceraian kan?,” soal Rafahmi serius.

“What?!,”

Rahim dan Ayu sudah tergelak, “Mana ada Syu pernah minta cerai,”

“Saja nak buatkan kamu sedar,” beritahu Ayu tersenyum jahat, Farish segera diserahkan pada Syuhada.

“Abang dan kaka ni kan, buat lemah jantung je lah!,”

Syuhada hanya memerhatikan saja suaminya berperang dengan abang iparnya dan isteri. Kepala Farish diusap lembut. Alhamdulilah, akhirnya hubungan rumah tangganya selamat juga.

Dr.Haji Mahadi dan Hajah Ramlah juga mampu menghembuskan nafas lega mereka. Macam-macam hal.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now