Bab 47

15.2K 378 9
                                    

“So, macam mana adik dengan Haiqal?,” soal Ajim kedengaran agak tegas. Maklumlah, dua bulan yang lalu Lydia, adik perempuannya ini memberitahu yang Haiqal minat dengan adiknya.

“Fine,” jawap Lydia malas. Sebenarnya, hubungan mereka tidak lah sebaik yang dikata. Pulangnya dia dan Haiqal dari pantai dua hari yang lalu, bagai mengubah hubungan mereka.

Tak faham dia. Baru saja dia bangun dari tidurnya ketika letih menunggu matahari terbenam, Haiqal yang menemaninya seperti bermuram muka padanya. Bukanlah salahnya kerana bosan menunggu matahari terbenam.

“Tapi kenapa muka tu macam tak fine je,” balas Ajim, bagai mengerti reaksi muka adiknya. Laju dia menyuapkan roti sarapan paginya.

“Adik fine lah bang,” jawap Lydia geram, bukan padanya abangnya tetapi pada makhluk Allah bernama Haiqal Manan.

“Kalau Haiqal buat hal, just tell me ok?,”

Lydia mengeluh, mana lah dia nak kongsi masalah Haiqal dengannya pada abangnya. Silap-silap nanti, tak ada harapan lah dia menyandang gelaran isteri kepada Doktor Haiqal Manan.

“Abang, macam mana pulak dengan Faiza?,”

Ajim mengerutkan dahi, Faiza?

“Alah, budak perempuan yang tuduh abang pencuri tu,”

“Faizawatul?,”

Abang ku ini, mesti ke panggil dengan nama penuh?

“Ya lah, siapa lagi?,”

Ajim menjongketkan bahunya. Kenapa pulak adiknya ini bertanyakan kawannya sendiri padanya. Pelik.

“Kenapa?,”

“Tak ada apa,” jawap Lydia menyuapkan roti sarapannya. Nampaknya, Faizawatul belum bertindak. Dia memandang ke kirinya. Hajah Umi dilihatnya sedang menonton televisyen. Alhamdulilah, ibunya semakin sihat. “Mama dah makan ke, bang?,”

Ajim mengangguk laju, “Dah, pagi-pagi lagi mak Miah datang sedekah kuih penyaram,”

Lydia memandang ibunya, walaupun dia sebenarnya masih takut terhadap ibunya. Tetapi itu tak menghalangnya dari mengasihi dan.menjaga ibunya.

“Dah, makan cepat,” tegur Ajim, dia simpati sebenarnya melihat adiknya yang hanya mampu memandang ibunya. Dia tahu, ibunya sudah sedar akan kesalahannya. Itu yang menyebabkan Hajah Umi seperti rasa bersalah untuk menghampiri anak perempuannya.

“SORRY,” ucap Faizawatul sengaja digagapkan, memandang Ajim yang menepis sisa-sisa kotor di bajunya. Berjaya! Maaf Jim, aku terpaksa buat macam ni, aku nak kan perhatian kau.

“Ok ke?,” soal Ajim setelah menyedari Faizawatul memandangnya bagai menunggu sesuatu. “Sorry, tak nampak awak kat situ,”

“No, arr, ini salah saya juga,” mata Faizawatul terbeliak, “Awak luka ke?,” Ini mesti sebab aku langgar dia kuat sangat, tu yang dia terlanggar kat dinding dan dapat luka tu. Oh, tak!

“Ah-a, terlanggar dinding itu yang tergesel ni,” memandang siku kirinya. Tangan kirinya masih tersandung di poket.

“Maafkan saya,”

Tak ini tak ada dalam pelan aku! Ajim tak boleh cedera sebab aku.

“It’s ok, Faizawatul kan?,” soal Ajim meminta kepastian. Muka Faizawatul tersenyum senang, lelaki idamannya tahu namanya. Laju Faizawatul mengangguk membuatkan Ajim tersenyum. “Macam jodoh pulak kita jumpa ni,”

Hati Faizawatul berdegup kencang, oh, Ajim kalau kau jodoh aku dah lama aku kurung kau dalam bilik aku. Siap bagi gari lagi ho!

Faizawatul tergelak palsu, “Mesti seronok,”

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now