Bab 9

9.3K 329 2

“You patut beritahu awal-awal Rafahmi Mahadi!”

“I’m sorry luka yang you toreh dulu, sungguh dalam tahu tak?”, kini giliran Rafahmi membentak.

“So what’s your intention to bring me to your parents’ house last night?”, bidas Hana. “Don’t tell me you nak Syuhada cemburu, Fahmi”

“Eh, Syu tak ada kena-mengena lah Hana”

“So why?”

“The reason is saya tak ada rasa cinta kat awak macam dulu lagi, Hana”, jelas Rafahmi. “I terima you pun atas dasar simpati”

“Fahmi, you kejam! How could you...”, Hana teresak-esak. Tak ingin mempamerkan mukanya waktu dia menangis pantas dia menutup mukanya dengan kedua belah tangan.

“Ya, memang I kejam, tapi tak adil bagi kita jika kita teruskan hubungan ni”

“Fahmi, I sayang you”, pujuk Hana lagi tak berputus asa. “You kena kahwin dengan I. You milik I seorang”

“Please Na, malu kat orang, kita kat public ni”

“Fahmi..”

SYUHADA memandang skrin komputernya nampak gaya macam seratus peratus tumpuan yang diberikan. Tapi hakikatnya, fikirannya menerawang mengenangkan si pujaan hati, Sedang asyik dia mengulit angan, pintu pejabatnya terbuka luas.

“Hey, perempuan gemuk! Apa ubat yang you guna hah?!”, pekik Hana. “Give me, my Fahmi back”

“Kenapa awak ni Hana?”, hairan Syuhada terus-terus masuk, serang orang macam tak ada akal je gayanya.

“Gemuk, jangan nak buat muka innocent kat sini, you mesti guna ubat untuk buat Fahmi tinggalkan I”

“Excuse me, rasanya awak sendiri yang telah menyatakan awak dah ada orang lain! So this is not my nor Fahmi’s fault”

“Sejak bila you baca surat I ni! Hey, gemuk, I really hate perempuan macam you ni. Kalau tak ada orang nak guna tu, jadilah anak dara tua. Jangan rebut kekasih orang!”, kini suara Hana lebih besar hingga orang di luar bilik pejabat mula bertolehan. “Dasar perempuan gemuk!”

“Security...,” Syuhada tak tahan dihina terus-terusan begini lalu ia mengambil keputusan memanggil pengawal keselamatan.

Hana merasa martabat dirinya direndahkan bila diperlakukan begitu, kerana geram yang melampau sangat. Pantas dia menyerang Syuhada. Habis, tudung Syuhada tertanggal akibat rambutnya ditarik-tarik Hana.

Ajim yang baru sampai ke tempat kerjanya merasa pelik mendengar riuh rendah yang berlaku datangnya dari bilik Syuhada. Terus ia mendapati dua gadis yang dalam pergaduhan.

“Eh, Kenapa korang berdua ni?”, soal Ajim sambil berusaha meleraikan Hana dari Syuhada.

“Perempuan ni kena diajar”, teriak Hana. “Kau ingat aku tak nampak ke masa Sabtu lepas kau dengan Fahmi berpegang-pegang tu!”

“Ya Allah, Hana aku tak buat apa-apa”, rayu Syuhada, rambutnya masih dipegang Hana.

“Hey, sudahlah,” suara Ajim agak kuat. “Kalau tak aku report polis”

Kerana takut dengan ancaman Ajim, Hana akhirnya melepaskan pegangan rambut Syuhada. Keadaan mereka tak ubah seperti orang yang terselamat dari ditimpa gempa bumi.

“Kau keluar sekarang, kau tak dialu-alukan disini!”, arah Ajim sambil menunjuk pintu keluar pejabat.

“Aku tahu lah! Hey gemuk, perhitungan kau dengan aku belum selesai!”, ucap Hana lalu beredar keluar, pintu dihentak dengan kuat macam tak ada apa yang berlaku.

Syuhada terduduk di lantai, dia tercari-cari tudungnya berserta pin tudungnya. Ajim turut hiba melihat keadaan sahabatnya ini, kalaulah dia sampai lebih awal.

Bengkak di lengan Syuhada lebih memilukan hati lelakinya. “Syu”

Syuhada mengesat laju air mata yang berlinangan, “Kenapa?” suaranya diceriakan.

“Jom rawat luka tu”

“Mana ada luka...”, sembunyi Syuhada.

Ajim menarik perlahan lengan Syuhada dengan lembut, dengan beberapa saat saja, kotak first  aid sudah di sebelahnya. Dengan berhati-hati dan bersungguh-sungguh merawat Ajim merawat luka Syuhada.

“Jim...,” sayu suara Syuhada berbicara.

“Hmm..?”

“Tak layak kah perempuan macam Syu bahagia?”

Ajim terhenti dari menyapu ubat ke lengan, dia mendongak untuk melihat Syuhada. “Syu layak mengecapi kebahagiaan”

“DASAR perempuan gemuk,” masih terngia-ngia suara Hana di minda Syuhada. Langit malam menjadi tumpuan untuk menghilangkan rasa sedihnya.

Seseketika berbunyi pulak telefon bimbit Syuhada. Nama Kak Longnya tertera di skrin. Tanpa melengahkan masa dia pun menekan punat telefon.

“Syu, syu tak apa-apa?,” tanya Hajah Ramlah dengan nada yang cemas. Syuhada tersenyum.

“Syu ok, kenapa tiba-tiba tanya?,” Syuhada cuba berdalih dahulu.

“Hana datang kan, Syu jangan cuba nak tipu,” bidas Hajah Ramlah. “Syu kena beritahu Kak Long every details”

“Kak Long..”

“No reason, now! Kak Long tunggu ni..,”

Baru sahaja Syuhada ingin bersuara kedengaran ada bunyi orang berjalan seakan tidak ingin didengari dengan kata lain orang yang menyilap masuk.

“Syu, Syu?”

“Ya Kak Long?,” jawab Syuhada. Hatinya ingin menyakinkan semua itu hanya lah khayalan atau mungkin hanya binatang jinak seoerti kucing.

“Syu, Kak Long bukannya apa, Kak Long tak mahu Syu dicederakan, padahal Syu tak salah, kejap,” Hajah Ramlah terdiam seketika. “Mungkin Rafahmi tahu pasal ni. Kak Long akan telefon kamu nanti”

Talian dimatikan.

Syuhada terdiam, aduh. Pasti sepupunya ini akan tambah benci padanya. Sekali lagi, kedengaran bunyi tapak kaki. Minta-minta lah jauh kan masalah, Ya Allah, doa hati kecil Syuhada.

Tiba-tiba, kelihatan kelibat orang berbaju hitam melintasi jendela biliknya. Kelihatannya seperti pencuri. Ya Allah, apa ni?

Syuhada tergamam, melihat sesusuk tubuh sudah berdiri di hadapannya dengan memegang sebilah pisau.

“Jangan cakap apa-apa,” teriak lelaki bertopeng serba hitam. “Kalau tak mahu dicederakan, baik kamu duduk diam-diam”

Ya Allah, ujian apakah ini?

Sepupu yang Tercinta (Novel)Read this story for FREE!