Bab 3

13.5K 440 9

“Puan, mengapa puan sedih?”, tanya pembantu rumah itu.

“Tak tahulah, Bik” jawabnya. “Sudah dua minggu lebih, saya tinggal kat sini, tapi Rafahmi masih tak dapat terima saya tinggal kat sini”

Pembantu rumah hanya mengangguk lemah, dia sendiri pun sedar akan layanan Rafahmi kepada Syuhada.

“Bik, saya nak keluar sekejap ya?”, beritahunya ke pembantu rumah tu. “Ada hal”

“Baik, puan”

Bergegas Syuhada ke pintu utama rumah, sebaik saja pintu dibuka, Rafahmi berdiri dihadapan pintu yang membuat Syuhada tersentak.

“Eh, tepilah”, Rafahmi bersuara sambil menolak kasar Syuhada. “Penuh satu ruang”

“Awak...boleh tolong inform kak long yang saya keluar kejap?”, Syuhada sengaja tidak menghiraukan hinaan Rafahmi tadi.

“Kau kemana pula?”, tanya Rafahmi. Belum pun sempat Syuhada menjawab, dia pun berkata lagi “Jumpa Boyfriend ye?”, sindirnya lagi. “oppsss...tapi siapa yang guna kau ye? Kesian lelaki tu kan?”

“Saya malas nak layan awak”

Rafahmi tergelak. “pergilah. Tapi jangan sampai puncit tayar kereta tu di tengah jalan”

Syuhada bergegas masuk ke kereta. Biarlah ia beranggap hinaan itu ‘masuk kanan keluar kiri’.

“MASUK”, jawabnya apabila pintu pejabatnya diketuk.

“Hai, Syuhada”, tegur Ajim apabila masuk ke pejabat Syuhada bertemankan seukir senyuman di muka. “Nah, ambil milo ni”

“Terima Kasih, Ajim”

“Syuhada asyik mengelamuan saja kebelakangan ni. Kenapa?”, soal Ajim lembut pada gadis kesayangannya.

“Tak ada apa-apa”, tipu Syuhada. “Cuma susah sikit tinggal kat orang yang tak terima kehadiran kita nie, Jim”

“Tak terima kehadiran?”, tanyanya dengan nada sedikit tinggi. “maksud Syuhada?”

“Tak ada apalah, Jim. Malas nak cerita sebenarnya”

please~”

“Sebenarnya nak buka mulut ni yang malas, nanti-nanti je saya cerita boleh kan?”

Ajim hanya menjeling niatnya hanya bergurau, saja ingin membuat Syuhada tergerak hati untuk membuka mulut.

I promise!,”

Ajim tersenyum gembira bila Syuhada berjanji, dia tahu Syuhada tak akan memungkiri janji yang dia telah perbuat.

“Hah! Macam tu lah senyum”

Ajim tergelak, senang hatinya bila Syuhada cuba untuk menghiburkan hatinya.Syuhada pun membalas senyuman Ajim dengan senyuman yang manis dipandang mata.

“MANA Syuhada?”, tanya Hajah Ramlah kepada pembantu rumahnya. Hajah Ramlah memang kasih pada anak buahnya ini. Tapi anaknya, Rafahmi memang tak suka pada Syuhada. Kenapa lah?

“Tadi katanya mahu ke taman, puan”, jawab pembantu rumahnya.

“Buat apa?”

“Tak tahu puan. Tapi dari pemakaiannya mahu bersenam, puan”

“Oh, baguslah”

Rafahmi menghidupkan enjin keretanya lalu meninggalkan rumahnya. Sesampai di taman, dicarinya kelibat sepupu lalu terpandanglah dia Syuhada yang sedang ber’jogging’ di persisiran jalan. Dia pun mengiringi Syuhada melalui keretanya.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Read this story for FREE!