Bab 46

13.4K 376 15
                                    

“Astagafirullah Alazim,” istigfar Rahim panjang sebelum meraup mukanya. Syuhada memandang abang iparnya hairan.

“Fahmi ada kerja on site hari ni, itu yang terus balik ke rumah tu, Fahmi tak beritahu apa-apa ke?,”

Syuhada menggeleng, mustahil lah. Dia sendiri mendengar Rafahmi tidak melarangnya menunggu di tingkat bawah pejabatnya.

“Mari, abang hantar-,” kata-kata Rahim terputus apabila dia menarik tangan Syuhada yang beku seperti ais. “Syu, sejuknya!,”

Syuhada merasa dahi Farish, “Nasib baik Farish tak apa-apa,”

“Farish tak akan apa-apa kerna dia berbalut dengan pakaian tebal, ni Syu ni, dah beku ni, jom pergi hospital sekarang,”

Syuhada menggeleng, “Tak apalah,”

“Syu, please abang risaukan kesihatan Syu ni, nanti Farish pulak berjangkit,”

Syuhada berkira pada awalnya tetapi apabila perkara melibatkan anaknya dia risau. Dengan itu, Syuhada pun menutur.

RAFAHMI memandang aneh melihat kekosongan rumahnya. Mana pergi isterinya dan anaknya?

Telefonnya berdering memberhentikan niatnya memeriksa bilik tidur mereka.

“Assalamualaikum, kenapa bang?,”

“Waalaikumsalam,” jawap Rahim kasar di balik telefon. “Syuhada bertahan kat hospital sekarang,”

Syuhada bertahan hospital? Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang? Ya Allah, isterinya bertahan?

SYUHADA terbaring lesu melihat siling di atas. Sampai begitu sekali Rafahmi melupakannya? Memang hubungan mereka tak bisa diselamatkan lagi kah?

“Macam mana boleh kurang darah ni?,” soal Hajah Ramlah mendukung Farish yang terlena keletihan. “Fahmi mana?,”

Syuhada menggeleng, “Tak tahu,”

Untuk ke sekian kalinya, air matanya gugur kerana suaminya. Dia tak tahu. Dia tak tahu kemana kah Rafahmi dah pergia. Rafahmi yang mencintainya. Rafahmi, suaminya. Hajah Ramlah panik melihat anak buahnya yang sudah mengalirkan air mata.

“Kenapa sakit ke?,” soal Ayu, sedih dia melihat Syuhada begitu.

Syuhada menggeleng, “Fahmi-,” kata-katanya tidak dapat di utarakan. Air matanya gugur lagi.

“Ada apa kamu dan Fahmi sekarang ni? Gaduh?,” duga Hajah Ramlah, membiarkan Ayu yang mendukung Farish.

“Fahmi tak inginkan Syu lagi, ma,” tangis Syuhada. Sungguh dia tak sanggup melaluinya. Kalau Rafahmi ingin melepaskannya, lepaskan lah. “Dia tak cintakan Syu lagi,”

“Ya Allah, kenapa ni, selama ni elok je korang berdua,” Hajah Ramlah sudah memeluk Syuhada yang tersedu-sedu menahan tangisan.

“Tak tahu,”

RAFAHMI melangkah laju menuju wad yang disebut abangnya di dalam telefon tadi. Di luar wad kelihatan Dr.Haji Mahadi, Abangnya Rahim dan Kakak iparnya, Ayu mendukung Farish berhimpun.

Baru saja dia ingin menegur, kedengaran esakan Syuhada di luar wad.

“Syu sedar Syu tak sempurna di mata Fahmi, Syu sedar cinta Fahmi sudah berpaling-,”

“Syu, sabar Syu,” beritahu Hajah Ramlah.

Rafahmi menunduk ke bumi. Dia tak tahu apa yang harus dijawapnya. Memang dia sayangkan Syuhada. Kasihnya pada Syuhada langsung tak berubah. Dari dulu hingga kini tapi,

“Kamu dah dengar kan?,"

Soal Rahim memandang tajam pada adiknya, dia langsung tak percaya perubahan drastik adiknya.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now