Bab 22

12.8K 424 12
                                    

“Abang masih tak setuju dengan semua ni,” marah Ajim, kini mereka bertiga berada di meja makan di sebuah kedai makan. “Kenapa dalam banyak-banyak lelaki si Rafahmi jugak yang kamu pilih?”

“Bang, perlahankan sikit lah suara tu, malu kat kaka Syuhada,” bisik Lydia. Ini adalah rancangannya, semalam semasa menurunkan Syuhada di halaman rumah, Lydia mencadang ingin membuat perjumpaan mereka berempat di kedai makan.

“Jim, tenang lah lagi pun ini salah Syu,” Syuhada menenangkan.

“No, ini pasti budak ni merungut-rungut kat Syu kan?,”

Syuhada tersenyum, benar lah tekaan Ajim. “Rafahmi is not a bad choice”

“Tu kan, kak Syu pun dah bagi green light, yang abang lebih-lebih ni kenapa?,” Lydia mula berani melawan, kerana Syuhada di pihaknya.

“Tak, bukan maksud Ajim yang Rafahmi pilihan tak baik tapi you know the reason why, Syu,” risau Ajim. Dia tahu, sangat tahu yang Syuhada masih belum melupakan Rafahmi.

“It’s alright,” bilang Syuhada dengan menayangkan senyuman, cuba menyakinkan Ajim dan dirinya yang semua akan elok.

“Reason apa?,” soal Lydia lalu menerima cubitan kecil di tangan halusnya. “Ouch, sakit lah!”

“Assalamualaikum, sorry lambat,” sapa Rafahmi yang baru sampai dengan masih memakai baju kemeja kerjanya. Maknanya, dia baru pulang dari kerja.

Salam dijawap.

“Fahmi you sit next to me,” perintah Lydia menepuk-nepuk kerusi kosong di sisinya. Rafahmi yang tak banyak songeh pun menurut.

Rafahmi duduk dengan bosannya hingga lah jamuan mereka sampai ke meja. Dia rasa hairan mengapa Ajim makan dengan susah payah menggunakan hanya tangan kanan padahal tangan kiri biar dimasukkan ke poket seluar.

“Ok tak, Jim?,” soal Syuhada apabila melihat kepayahan Ajim menyimpan nasi ke sudu.

“Ok,”

“What happen to your left hand?,” soal Rafahmi.

“Ah, ini dah tak boleh berfungsi dengan baik due to accident recently”

“Oh,”

“Abang selamatkan gelang kaka Syu yang jatuh kat jalan raya beberapa minggu yang lalu, tapi tu yang malang sampai kena langgar kereta,” bisik Lydia tapi masih dapat didengar oleh Ajim dan Syuhada. “Romantik isn’t it?”

“It’s been an honour to safe my girl friend’s precious thing,” senyum Ajim, manakala Syuhada untuk sekian kalinya di himpit rasa bersalah.

Romantik?

Tanpa disedari, Rafahmi mengumpal sendiri tangannya. Jadi ini sebabnya kenapa Syuhada berpaling darinya. Syuhada hanya simpati padanya bukan betul-betul ada perasaan.

Namun, perasaan geram itu hanya mampu membara di hati, tiba-tiba Rafahmi dapat merasakan lirikan Lydia yang curi-curi merenungnya selama ini.

Untuk memaksa hatinya dari menyuarakan kata hatinya, dia perlu mengubah topik.

“So, cik Lydia, I know you like me,” soal Rafahmi memandang Lydia yang mukanya dah memerah, “It’s predictable, kerna sebelum ni encik Ajim tak pernah pun mengajak makan malam macam ni”

“Ar.. Kau ni memang terus-terang ya?,” jawap Lydia yang masih tersipu-sipu. Meluat abangnya melihat, Lydia sedikit lega, ingatnya Syuhada sudah membongkarkan rahsianya. “Yes, cik Fahmi. I akui I really like you just be honest, tak nak jadi hyprocrite”

Syuhada dan Ajim hanya memandang mereka kosong, biar lah mereka asal tak buat benda salah di sisi agama Islam, sudah.

“Really? Aku tak suka lah kalau ada perempuan yang kata dia suka kat aku tapi akhirnya she’s with another man,” wajah Rafahmi memang tertatap pada Lydia tapi lirikan matanya bertembung dengan mata Syuhada.

“Don’t worry, Mr.Rafahmi. I am not like that,”

Rafahmi tersenyum, boleh tahan perempuan ni. Hati Syuhada pedih, apabila melihat senyuman Rafahmi yang terang-terang bukan untuknya.

Sekali kali lagi, dia hanya mampu menunduk.

APABILA sampai di rumah, pintu utama pun dikunci. Rafahmi masih tegak berdiri di belakang Syuhada.

‘Dia ingin ke dapur agaknya,’ fikir Syuhada lalu membuat langkah ke biliknya. Kejadian tadi masih menyakitkan hatinya. Rafahmi memang serius ingin mencipta hubungan dengan Lydia.

Kerana secara tidak sengaja, dia terpandang Rafahmi dan Lydia saling bertukaran nomber telefon, sewaktu dia dan Ajim berada di depan kaunter pembayaran.

Tiba-tiba dia merasakan Rafahmi memeluknya dari belakang, agak erat. Seakan tidak ingin melepaskan Syuhada pergi melangkah walau satu sentimeter pun.

“Fahmi, apa yang awak buat ni?,” Syuhada seakan marah, dia tahu ini salah di sisi agama tapi pada masa yang sama dia ingin berada di dakapan Rafahmi seperti ini.

“Please, let me stay like this,”

“Fahmi, nanti Kak long, abang long nampak, ini tak elok,”

Semakin Syuhada membantah, semakin erat pelukan dikemaskan oleh Rafahmi. Kepalanya diletakkan di bahu kanan Syuhada.

“Just stay,”

Syuhada tidak mampu berbuat apa-apa, dia tak dapat melawan kudrat lelaki ini. Hatinya jugak pilu dengan semua ini. Tambahan mendengar esakan lembut Rafahmi, yang pada masa yang sama membuatkannya mengalirkan air mata juga.

“Are you happy?,” soal Rafahmi seakan berbisik.

“Fahmi, ini tak baik,” beritahu Syuhada, suaranya serak-serak basah kerna menangis tapi cuba dikawal agar tak diketahui Rafahmi.

“Jawap, Syuhada. Kau gembira dengan semua ni?,” tanya Rafahmi sekali lagi, mengeratkan pelukannya. Tolong jawap tak. Tolong…

“Ya, saya gembira,” jawap Syuhada lantang.

Lama mereka dalam keadaan macam tu, akhirnya Rafahmi melepaskan pelukannya. Masih di dalam posisi memandang belakang Syuhada.

“Walaupun payah, sangat-sangat payah untuk aku ucapkan,” suara Rafahmi agak berketar. Syuhada sudah tidak tahan membendung perasaan ini.

“Semoga kau bahagia bersama Ajim,”

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now