Bab 20

14.6K 422 5
                                    

“Macam tak percaya akak dah bersama dengan abang Ajim,” jerit Lydia riang sekali. Nampak jelas Lydia adalah orang kedua paling gembira selain Ajim tentang mereka.

“Akak pun tak percaya,” ucap Syuhada riang. Yang memang ketara, agak dibuat-buat, biar lah hatinya seorang sahaja yang tahu.

“Ah ni kak, tentu kaka lupa jaket Lydia kan?”

“Ah, jaket Lydia yang akak pinjam tertinggal lah kat rumah akak“

“Tak apa, nanti ada masanya Lydia yang akan datang dan ambil. Dapat jugak datang menjenguk,” jawap Lydia. “So tell me macam mana abang Ajim purpose akak, hmm mesti old-style kan?”

Syuhada ketawa riang, “Dia bawa akak ke restaurant mewah, sungguh akak tak sangka dia akan purpose akak”

“Abang buat macam tu? Eee.. Macam tak percaya,”

Tuk!

“Aduh,”

“Balasan, berani dia kutuk abang dia sendiri,” marah Ajim yang lebih kepada merajuk. Syuhada tergelak kecil, tiba-tiba dia teringat hubungan Rafahmi dengan Rahim ketika masa kanak-kanak dahulu.

“Syuhada adalah pengantin Fahmi lah, bang,” rungut budak kecil yang berusia dalam lingkungan tujuh ke sembilan tahun. Budak perempuan yang direbuti hanya memerhati, takut.

“Eleh, kamu kecil lagi, malah boleh kahwin,” ucap si abang.

“Tak kira, Syuhada mesti jadi pengantin Fahmi, abang Rahim tak boleh!,” teriak si kecil Rafahmi. Yang membuatkan abang sulung mereka, Rafaie muncul ke halaman rumah.

“Kenapa adik-adik abang bergaduh ni?,” tanya Rafaie lembut. Terserlah sifat penyayangnya. Lalu keduanya membisu, tidak tahu mengapa muncul saja si abang Rafaie mereka. Keduanya, tak ingin bergaduh lagi.

“Tu ah, abang Rahim, dia nak rampas Syuhada dari Fahmi!,” adu si bungsu Rafahmi.

“Eleh, manja,”

“La, sebab tu je ke adik-adik abang ni gaduh, kenapa tak suruh Syu pilih antara kalian,”

“Hah”

“Abang pasti Syuhada akan pilih kamu berdua kerana adik-adik abang semua hebat-hebat, kan Syu?,” soal Rafaie sambil memeluk kedua adiknya.

“Hn!,” kini si kecil Syuhada tersenyum riang. Lalu berlari dan mendakap ketiga-tiga adik-beradik. Syuhada tersenyum-senyum peristiwa itu berlaku bagai baru semalam berlalu.

“Syu?,” panggil Ajim, lembut.

“Eh, mana Lydia?,” soal Syuhada hairan apabila mendapati hanya dia dan Ajim sahaja di bilik hospital Ajim.

“Sah lah ni, berangan aje dari tadi, Lydia pergi surau pun tak perasan,” usik Ajim, dengan posisi tangan kirinya dimasukkan ke dalam saku poket seluarnya.

“Sorry,” ucap Syuhada sambil tersenyum. “How’s your hand?”

“Good, masih berfungsi seperti biasa cuma kalau mengangkat benda berat tu, tu yang ketarnya lebih,”

Syuhada tunduk sekali lagi, rasa bersalah membelenggunya. “Maafkan Syu”

“Syu, berapa kali Ajim nak cakap ini semua bukan salah Syu,” kata Ajim yang sekarang berhadapan dengan gadis pujaannya.

“Tapi kalau Syu tak hilang gelang tu, Ajim pasti…,”

“Syu,” potong Ajim. Dia tak suka kalau Syuhada terus-terusan begini, “Biar Ajim tanya, Syu kah suruh orang langgar Ajim?”

“Tak,”

“Syu doakan Ajim ditimpa kemalangan?,”

“Tentu lah tidak,”

“So, ini bukan salah Syuhada ok?,” pujuk Ajim, tangan kanannya diletak elok di bahu kiri Syuhada.

Syuhada mengangguk, air matanya yang mengalir dikesat lembut oleh Ajim. Kalau boleh, dia ingin sahaja mendakap gadisnya ini tapi dia masih waras untuk tahu halal dan haram.

RAFAHMI yang menonton televisyen program bola sepak merasa amat terganggu dengan ketukan pintu yang bertalu-talu memberi salam dan memanggil-manggil nama sepupunya.

Oleh kerana tidak tahan dengan gangguan itu, dia dengan rungusannya pun bangkit membuka pintu..

“Kak Syu~,”

“Syuhada sekarang dalam bilik dia and perhaps or perhaps not, kejap gi dia akan turun. So suka tak suka, please stop knocking this damn door!,” marah Rafahmi lalu menghempas pintu betul-betul ke muka Lydia.

“AAAHHH!,” teriak Lydia.

Rafahmi panik lalu membuka kembali pintu untuk menjenguk kenapa kah gadis menjengkelkan ini meneriak.

Sebaik sahaja pintu dibuka, dia melihat gadis tadi terduduk di lantai dengan hidung yang berkeluaran darah. Mungkin disebabkan hentakkan pintu.

“Oi, boleh tak kau cakap tu elok-elok sikit, ingat orang ni binatang ke apa?,” marah Lydia lalu menyumbatkan beberapa helaian tisu ke hidungnya dari tas tangannya.

Syuhada yang baru turun bersama jaket Lydia, tercenggang habis melihat Rafahmi sudah berdiri di ambang pintu melayan tetamunya yang masih di luar.

“I don’t like stranger,”

Kata-kata Rafahmi yang selalu keluar dari mulutnya sewaktu ketika dahulu. Syuhada tak tahu mengapa, dia rindu dengan ayat itu. Baginya, dulu lebih baik Rafahmi menggutuknya dari terus-terusan berdiam begini. Silent treatment.

“Well, I am sorry to be a stranger to you!,” marah Lydia. Syuhada lalu menghampiri mereka berdua apabila memastikan bahawa itu betul tetamunya.

Rafahmi memeluk tubuh, tiada langsung terbit rasa simpati pada gadis yang baru dilukainya.

“Kaka!,” laung Lydia, membuatkan Rafahmi terus meninggalkan mereka.

“Maaf, Kaka lewat,” ucap Syuhada. “How’s your nose?”

“It’s alright, tapi siapa tu? Gila garangnya mengalahkan singa,” bisik Lydia. Lalu mengambil jaket huluran Syuhada.

“I can still hear you,” laung Rafahmi yang sedang melihat televisyen.

“Ah, itu Rafahmi, sepupu kaka,”

“Oh, ingat secret boy friend akak,” gurau Lydia yang langsung tidak mengundang rasa lucu pada mereka. “Err, so jumpa lagi kak. Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam,” jawap Syuhada sambil membalas lambaian Lydia yang beransur hilang.

“Another stranger, awesome,” jerit Rafahmi seorang diri. Another? Masih tak sudah rupanya.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Where stories live. Discover now