Bab 1

23.4K 569 14

“Assalamualaikum Rafahmi,

Saya rasa elok kita berpisah, semua ini bukan kerana kesalahan awak, ini kerana saya, saya sudah mempunyai penganti awak. Saya berharap awak reda dengan keputusan saya. Saya akan sedaya upaya memadam kenangan-kenangan kita yang dahulu pernah kita cipta bersama, kenangan pahit manis bersama walau berdarah sekali luka di hati awak cubalah untuk melupakan saya dan jangan cari saya.

Ikhlas,

 Hana ’’

Hampir gugur jantung Rafahmi bila membaca surat yang dikirimkan kepadanya. Titisan air matanya mula mengalir. Perpisahan ini semua bukan kehendaknya. Perlahan-lahan surat itu melepaskan diri dari genggaman tangan Rafahmi yang lalu akhirnya berjaya melayang ke kaki Syuhada.

Syuhada mengutip lalu membaca surat yang berada di kakinya tadi. Dia merasa simpati apabila melihat lelaki yang di cintainya menitiskan air matanya. Rafahmi hanya mampu melihat Syuhada yang berada dipermukaan pintu. Syuhada yang turut hiba membuat keputusan untuk berdiam diri.

“Kau nak apa?!”, soalnya geram sambil mamandang Syuhada sekali lagi. Syuhada hanya membisu seribu kata sambil memikirkan jawaban yang sesuai untuk disampaikan.

“Saya minta maaf”, pintanya lemah. “Saya akan...”

“Sudah!” jerit Rafahmi. “Aku nak kau keluar dari bilik aku!”

“Tapi Kak Long panggil..” serunya lemah.

“Aku dah suruh kau keluar baik-baik kau tak nak”, katanya sambil merenung tepatku mata Syuhada. “kau nak aku heret baru kau keluar?”

“Dengar dulu...”

“Degil ya?”

Rafahmi menghampiri Syuhada lalu menolak Syuhada dari biliknya, ia pun menutup rapat pintunya. Syuhada jatuh tersungkur di permukaan pintu. Namun, sikit pun ia tidak merasa sedih. Dia cukup faham akan kesedihan sepupunya itu...sepupunya yang tercinta.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Read this story for FREE!