Bab 8

10.7K 313 11

Bosannya ia duduk di rumahnya tak ada siapa yang tahu. tak ada apa yang ingin dibuatnya, semua kerjanya dah selesai. Dipandangnya sekeliling lalu ia mengeluh. Sunyi. Handphone berdering sekali gus mengejutkannya. Dilihatnya nama Rafahmi terpapar di skrin handphonenya. Ia menarik nafas dalam-dalam lalu menekan punit handphonenya. 

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam, Syuhada"

"Kenapa call saya?"

"Mama suruh datang, ada..."

"Kan saya kata saya tenang di sini"

"Apa yang kau merepek ni, Badak?"

"Apa awak kata?"

"Mama suruh kau datang kat rumah ada majlis meraikan ulang tahun Mama malam ni. Lupa ke?"

"Oh, cakaplah awal-awal", balasnya membela diri.

"Tolonglah jangan buat aku marah pada hari special ni"

Syuhada cepat-cepat mematikan talian, ia tidak mahu mendengar sepupunya bising.

"Eh, dimatikan pulak?"

"Sudah Fahmi beritahu Syuhada?", soal Hajah Ramlah yang dari tadi hanya berdiri di belakang sebagai pemerhati. "Datang ke dia?"

"Mama jangan risaulah, budak tu kalau bab makan pasti datang punya"

"Jahat kamu ni, Fahmi"

Rafahmi hanya tergelak dituruti dengan gelakan ibunya, ibunya senang dengan reaksi Rafahmi yang sukarela ingin menghubungi Syuhada tadi. Adakah Rafahmi dah berubah pandangan terhadap Syuhada?

"Apa yang lucu sangat tu?", suara Dr. Haji Mahadi dari belakang.

“Tak adalah papa", balasnya bersahaja.

"Ah, bang. Mana hadiah saya bang?", Hajah Ramlah bergurau.

"Ah, kamu nak apa?"

"Saya nak yang ikhlas dari abang"

Dr. Haji Mahadi merapati isterinya lalu sebuah kucupan singgah di pipi isterinya. "Itu yang ikhlas dari abang"

"Abang ni, buat malu saya je depan budak-budak", Hajah Ramlah tersipu malu

Rafahmi tergelak bila melihat kerenah ibu bapanya ini. Adakah ia pun begitu bila ia seusia mereka. Tiba-tiba ia terbayang wajah Hana diikuti dengan wajah Syuhada. Eh, mengapa aku terbayangkan wajah si Badak tu pulak?

Syuhada perlahan-lahan melangkah ke halaman rumah yang pernah di dudukinya tak lama itu. Bungkusan kotak dibaluti dengan kertas hadiah dipegang erat. Dadanya berdebar kuat. Harapnya suasana nanti, tidak begitu janggal.

Baru sahaja ia ingin mengetuk pintu utama, tiba-tiba saja pintu itu terbuka luas.

"La, puan Syuhada masuklah!", sambut pembantu rumah itu dengan riangnya.

"Terima kasih"

"Syuhada! Masuklah", kini giliran Hajah Ramlah pulak menyambut.

"Ya, kak long" Syuhada tersenyum. Kehadirannya di sambut indah.

"Yo!"

Kecut perut Syuhada melihat senyuman Rahim. Sedikit-sedikit ia berundur dari tempat Rahim berdiri. "Yo juga.."

"Yo..yo jugak yang engkau terundur-undur tu kenapa?", suara Rafahmi mula berdengung di telinganya mana tak nya, dijerit hampir ke telinganya.

"Fahmi..", terhurai rindunya saat itu. "Dah lama sampai?"

"Astagafirullah alazim, ini kan rumah aku memang aku dah lama sampai"

Syuhada tertunduk malu. Mengapa ia begitu bodoh? Inilah akibatnya kalau panik.

Sepupu yang Tercinta (Novel)Read this story for FREE!