"Nice outfit , I like it." Rachel tertawa lalu dia memusingkan badannya di hadapan Taehyung. Taehyung mengerutkan dahinya , pelik dengan wanita di hadapannya ini.

"Apa maksud awak ? Awak suka?"

"Ya , saya suka pakai baju awak ni ... and without pants." Rachel tersenyum sinis. "Kalau tak sebelum ni , saya pakai singlet dan seluar pendek yang awak cakap 'too much skin to skin' sebagai baju tidur."

Terus Taehyung mengalihkan pandangannya ke tempat lain kerana malu. Sempat tangan Taehyung naik untuk menarik baju Rachel yang sudah terlondeh menampakkan bahu Rachel.

"Baguslah awak suka. Jom makan." Ujar Taehyung bagi menukar topik. Namun tak sempat Taehyung nak beredar untuk ke dapur semula untuk mengambil pinggan , Rachel menahan Taehyung dengan memegang lengannya .

"Lagi satu soalan , awak dah nampaklah ya?" Membulat mata Taehyung mendengar soalan tersebut. Wajahnya kembali memerah.

"Nampak apa?"

"Jangan buat-buat taktau , Encik Polis gatal. Awak dah nampak kan?"

"Kalau nampak pun kenapa? Awak isteri saya. Saya ulang , Awak isteri saya! Ingat tu." Taehyung terus menarik tangannya dari terus dipegang Rachel dengan rengusan kasar. Dia terus ke dapur meninggalkan Rachel yang terpinga-pinga.

Tiba-tiba je Taehyung menjadi serius dan naik angin apabila menyebut ayat fakta tersebut. Rachel mengerutkan dahinya.

Pelik.

•••


"Rachel , saya keluar sekejap erk?" Tanya Taehyung setelah dia membuka pintu bilik mereka berdua untuk menjenguk Rachel. Perempuan tu awal-awal lagi sudah masuk ke bilik setelah makan , bukan tau kemas pun.

"Hm." Jawab Rachel yang berbaring di atas katil sambil menutup matanya menggunakan lengan.

Taehyung mengeluh seketika melihat wanita itu , Rachel nampak macam sakit tapi malas Taehyung nak bertanya. Takut terlebih protective (?) pula , mungkin perasaannya saja.

"Kalau nak apa-apa , Makcik Lee dah ada kat bawah. Dia baru je sampai tadi. Saya pergi dulu."

Terus Taehyung menutup pintu semula dan berlari anak menuruni anak tangga. Matanya tertancap pada Makcik Lee yang sudah ke dapur untuk mengemas.

"Makcik Lee , Cik Rachel ada dekat atas. Tengok-tengokkan dia ya. Dia macam tak sihat pun ada."

"Baik Encik Taehyung."

"Eh?" Taehyung membulatkan matanya mendengar panggilan yang diberikan Makcik Lee. Sampai begitu dia dihormati orang tua tu.

"Panggil saya Taehyung je. Saya pergi dulu makcik." Makcik Lee tersenyum nipis dan mengangguk kecil tanda faham.

Terus Taehyung melangkahkan kainya keluar dari rumah tersebut. Almari kasut dibukanya untuk mengambil kasut adidas berwarna hitam. Kasut tersebut disarungkan ke kakinya sebelum dia berjalan ke keretanya bersebelahan kereta Rachel. Saat pintu keretanya dibuka , matanya tertancap pada seorang lelaki yang berdiri betul-betul di hadapan pagar Villa Rachel.

"Tu... Park Jimin." Seperti yang sudah dikenali Taehyung , lelaki itu adalah abang kepada Rachel.

Tetapi dia tak pernah pula bercakap dengan lelaki yang bernama Jimin tu , dia hanya melihat lelaki itu dari jauh memandangkan lelaki itu juga tidak mahu menegurnya. Tup tup hari ini dia datang ke sini , nak jenguk Rachel lah kot.

Jimin berjalan masuk ke dalam Villa Rachel selepas guard yang diupah Rachel membuka pagar. Perlahan Jimin berjalan ke arah Taehyung yang masih kaku memandangnya dengan wajah yang sedikit pelik. Sehinggalah dia betul-betul di hadapan Taehyung , Jimin tersenyum nipis.

"Hy- hyung nak jumpa Rachel ke? Dia ada dekat bilik." Taehyung bersuara dengan suara yang terketar-ketar. Rasa pelik nak panggil Jimin 'hyung' tapi apa boleh buat , Jimin dah jadi abang ipar dia.

"Aku bukan nak jumpa Rachel tapi aku nak jumpa kau , Kim Taehyung. We need to talk."  Taehyyng menelan liurnya payah. Kenapa pula Jimin nak jumpa dia.

"Urm , Kenapa ? Masuklah dulu."

"Tak payah , kita bercakap dekat sini je." Taehyung mengeluh kesal bila Jimin membalas semua ayatnya dengan dingin sekali. Dia perlahan mengangkat wajahnya untuk memandang Jimin.

"Nak cakap pasal apa?" Tanya Taehyung dan kali ini dengan nada dingin juga. Jimin tersenyum nipis.

"Nah." Jimin menghulurkan invitation card perkahwinannya bersama Eunbi. Taehyung mengerutkan dahi namun lambat-lambat dia mengambil juga kad tersebut dan meneliti isinya.

"Minggu depan , bawa Rachel datang. Aku tau yang dia takkan datang melainkan kau yang akan buat dia datang." Taehyung mengangkat wajahnya kembali memandang Jimin yang sudah bersandar pada kereta Taehyung.

"Kenapa tak bagi je kad ni kat dia?"

"Dah bagi , tapi dia takkan datang. Kau tau , dia benci Eunbi." Jimin mengeluh lalu dia memeluk tubuhnya. Wajah Taehyung dipandang.

"Aku ada dua permintaan , satu bawa dia datang ke majlis kahwin tu. Aku rindukan adik aku , kami dah tak rapat macam dulu. Aku yakin yang kau je boleh rapat kami berdua semula. Dan dua , aku minta kau ubahkan Rachel."

"A- apa dah jadi sebenarnya? Kenapa aku ?" Taehyung mengerutkan dahinya.

Sungguh dia tak faham apa yang dah jadi. Sejak berkahwin dengan Rachel , macam-macam benda buatkan dia tertanya-tanya. Taehyung mengeluh kesal.

"Suatu hari nanti , kau akan tau cerita keluarga kami. Tapi aku minta , jaga Rachel dan sayang dia macam mana aku jaga dan sayang dia walaupun benci mana pun dia dekat kau. Aku taknak kau ragu-ragu lagi dengan dia. Aku sentiasa jaga dia dan dia masih bersih bukan yang macam kau ragu-ragukan macam semalam. Aku yang hantar dia balik setiap kali dia mabuk sebab aku selalu suruh orang aku ekori dia dan telefon aku kalau ada apa-apa. Malangnya , dia tak pernah ingat apa-apa lepas dia sedar dari mabuk."

Jimin mendekati Taehyung lalu menepuk bahunya beberapa kali. Senyuman nipis diukirkan buat Taehyung.

"Belajarlah tentang Rachel Park sementara dia masih sah kepunyaan kau sekarang." Taehyung mengetapkan bibirnya. Entah kenapa semua ayat yang dilontarkan Jimin seakan-akan memberikan dia satu rasa yang dia taktau apa rasa itu.

Taehyung tersenyum dan mengangguk kecil.

"Aku... aku akan pegang ayat kau selagi Rachel kepunyaan aku."

•••

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now