Sekali lagi , Taehyung tertawa kecil dengan sikap Rachel. Malas nak melayan, dia juga mula melantak satay ikan tersebut. Karang tak pasal-pasal Rachel pula yang habiskan. Laparlah katakan.

"Lepas ni kita nak pergi mana?"

"Tu." Taehyung menundingkan jarinya pada suatu bangunan di seberang jalan berhadapan gerau Pakcik Jeon.

Rachel mengerutkan dahinya. Dia mula menoleh untuk melihat ke arah yang dimaksudkan Taehyung. Matanya dikecilkan sedikit cuba untuk membaca nama bangunan tersebut yang tertera betul-betul di hadapan gate bangunan itu.

"Rumah anak-anak yatim? Untuk apa?" Tanya Rachel semula sambil memandang ke arah Taehyung yang masih melantak sataynya.

"Adik Jungkook kerja situ dan kebetulan saya suka budak-budak. Saya memang datang ke situ setiap hujung minggu." Rachel hanya mendiam mendengar penjelasan Taehyung.

Walaupun keliru kenapa dia juga patut dibawa ke situ, dia yakin dia akan dipaksa Taehyung juga untuk ke sana. Jadi dia diamkan saja. Beberapa saat kemudian , dia memandang Taehyung semula.

"Adik kawan awak yang nama Jungkook tu... lelaki ke perempuan?" Kepala Taehyung diangkat secara automatik apabila soalan itu diajukan.

Taehyung menegakkan badannya memandang Rachel lalu tersenyum sinis. Wajahnya didekatkan pada Rachel membuatkan Rachel kebelakangkan sedikit wajahnya.

"Jeles ke?" Rachel mengangkat sebelah keningnya. Dia mendekatkan juga wajahnya pada Taehyung dan kali ini membuatkan Taehyung mengundurkan wajahnya.

"Kalau ye kenapa?" Wajah Taehyung memerah. Dia terus mencebik dan makan semula sataynya.

"Awak jeles."

"Mestilah jeles. Awak kan nak jadi suami saya."

"You admit it , so you like me."

"Perasan. Jeles tak semestinya kena suka." Taehyung tertawa dengan balasan dari Rachel. Dia memandang Rachel dalam.

"Ego."

•••

"Abang Tae!! Dah lama tak nampak!!"

"Eh , Yeon! Abang sibuklah."

Rachel memeluk tubuhnya lalu menjeling apabila melihat Taehyung berborak mesra dengan gadis yang bernama Yeon tersebut. Adik Jungkook lah gamaknya tu.

"Aku dah agak dia perempuan." Gumam Rachel sendirian dengan rengusan kasar.

Dia mula memerhatikan sekeliling. Malas nak tengok Taehyung bersama Yeon , dia terus berjalan pergi dari situ. Entah kenapa rasa panas melihat mereka berdua mesra. Baik Rachel berjalan di sekitar rumah anak yatim tersebut. Kaki Rachel mula melangkah ke taman kecil rumah anak yatim tersebut.

"Auch! Sakitlah Kim!" Seorang gadis berumur 8 tahun mula memarahi seorang budak lelaki apabila dia sudah jatuh.

"Ops , sorry Haneul. Aku tak tahan nak pergi tandas." Balas Kim dan terus berlari pergi. Air kencingnya hampir saja nak terkeluar kalau dia tidak beredar secepat mungkin.

Haneul sekadar merengus kasar sehinggalah lengannya terasa diangkat bagi membantunya bangun dari terus jatuh ke lantai. Matanya didonggakkan memandang seseorang.

"Haneul ok?" Tanya Rachel setelah menolong budak itu bangun . Kebetulan Kim sudah menyebut nama budak itu tadi, tau lah dia nak memanggil budak itu apa.

"Err .. ok je . Terima kasih kakak. Haneul pergi dulu ya , sekarang masa nak belajar." Rachel mengangguk dan tersenyum nipis. Budak yang bernama Haneul itu terus berlari pergi meninggalkan Rachel.

Rachel mengeluh seketika. Tiba-tiba tangan kanannya ditarik secara automatik Rachel juga tertoleh pada dia yang menarik. Rachel merengus kasar melihat Taehyung.

"Awak nak apa?" Tanya Rachel geram; masih cemburu sebenarnya.

Taehyung kekal diam dan melihat pergelangan Rachel yang membiru. Dia mengetapkan bibir. Perasan dengan apa yang Taehyung lakukan, Rachel terus menarik tangannya yang ditarik Taehyung tadi.

"Maaf , saya takde niat nak berkasar dengan awak pagi tadi sampai biru macam tu." Ucap Taehyung kesal. Rachel sekadar memandang tempat lain tidak mau memandang Taehyung.

"Sikit je. Awak datang sini buat apa? Pergilah layan adik Jungkook tu." Taehyung terus tertawa dengan balasan dari Rachel. Rachel mengetapkan bibir, entah apa yang lawak tiba-tiba gelak buat apa.

"Kenapa gelak?!" Marah Rachel. Dia kembali mengetapkan bibir dan memeluk tubuhnya. Taehyung mengelap air matanya yang sedikit terkeluar akibat ketawa.

"Cik Rachel , itu bukan adik Jungkook. Itu girlfriend adik Jungkook. Dia memang selalu temankan adik Jungkook kerja dekat sini bila dia tak kerja." Rachel memandang Taehyung dengan eksperesi wajah yang sedikit terkejut.

Jadi adik Jungkook lelaki lah ya?

"Oh." Balas Rachel mengawal riak wajah yang kembali nak ceria kerana rasa lega bahawa itu adalah girlfriend adik Jungkook.

Taehyung memeluk tubuhnya lalu tersenyum memandang Rachel.

"I see , awak jeles."

"Ish tak habis-habis dengan jeles awak! Kita datang sini nak buat apa?"

"Layan budak-budaklah. Nak buat apa lagi. Jom." Taehyung menarik tangan Rachel dan kali ini lebih lembut. Tidak mahu pergelangan tangan Rachel membiru lagi kerana perbuatannya.

"Tapi saya tak suka budak." Taehyung mengeluh seketika dan menoleh memandang Rachel sebelum membalas...

"Ego."

😒 - Rachel

•••

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now