Kedua bahu Rachel dipegangnya untuk menghadap Taehyung. Taehyung menggeleng beberapa kali dihadapan Rachel dengan senyuman sinis.

"Nampak macam awak yang teruja nak kahwin dengan saya. Do you like me?"

"Tolong jangan perasan." Kedua tangan Taehyung ditepisnya dengan jelingan maut Rachel. Taehyung tertawa kecil. "Saya cuma taknak suami kepada Rachel Park tak dikagumi oleh semua mata-mata. Tu je."

"Apa maksud awak?"

"Ya maksud saya , awak tengoklah baju awak yang simple dan awak berjalan dengan saya ke mana saja. Semua orang kebanyakkan kenal saya. Takkan saya nak biarkan reputasi saya jatuh? Look , Kim Taehyung... orang tau awak seorang polis pun orang dah pandang rendah sebab awak yang jadi suami saya."

"Kenapa tak katakan bahasa kasar yang saya miskin? Saya cuma orang biasa dan tak kaya macam awak. Kenapa tak cakap macam tu?" Mulut Rachel terus terdiam melihatkan riak wajah Taehyung sudah berubah.

Rachel mengetapkan bibir , dia dah salah cakap.

"Maaf , saya bukan nak maksudkan macam tu."

Pap!

Hampir gugur jantung Rachel dengan perbuatan Taehyung yang tiba-tiba merentap tangannya. Rachel memandang mata Taehyung dalam. Dia tahu Taehyung marahkannya.

"Kalau macam tu , saya pun nak ubah awak supaya jadi isteri idaman saya."

"Tae- Taehyung kita nak ke mana?"

Taehyung melangkah pantas keluar dari butik tersebut. Rachel pula terpaksa mengejar Taehyung dibelakang apabila tangannya masih tidak dilepaskan Taehyung. Taehyung membawanya keluar dari shopping compleks yang besar itu.

"Taehyung! Kereta saya dekat sana." Ujar Rachel apabila kaki mereka telah melepasi kereta milik Rachel. Taehyung memandang Rachel sekilas dengan senyuman sinisnya.

"We gonna walk."

"Apa?! Tapi kenapa?!"

"Sebab orang miskin, berjalan. Oh ya." Taehyung memberhentikan langkahnya lalu menghadap semula Rachel. Rachel mengedipkan matanya beberapa kali melihat wajah bengis Taehyung.

"Ka-kalau awak marahkan saya pun janganlah buat muka macam tu." Rachel mula menunduk. Sekarang dia betul-betul kecut perut melihat wajah Taehyung.

Wajah ini berbeza dengan malam semalam sewaktu Taehyung meluahkan perasaannya, malah lebih berbeza saat Taehyung bergurau senda dengannya. Wajah yang membuatkan bulu roma Rachel naik.

Tanpa berkata apa-apa , beg tangan di pegangan Rachel direntap Taehyung. Membulat mata Rachel memandang Taehyung yang sudah membuka beg tangannya. Kad pengenalannya diambil dan diletakkan di pocket seluar Taehyung. Lalu Taehyung berpatah balik ke kereta Rachel.

Perbuatan Taehyung dipandang kaku oleh Rachel. Taehyung mencampakkan beg tangan Rachel ke dalam kereta tersebut lalu dia kembali semula pada Rachel. Tangan Rachel direntapnya kembali dan langkah mereka kembali diaturkan.

"Kim Taehyung , duit saya ada dalam beg tangan tu."

"No need . Saya ada duit. Cukup-cukup makan dan berbelanja apa yang patut untuk kita berdua. Sekarang , anggap je lah kita tengah berlatih memahami antara satu sama lain sebelum kita kahwin."

"Tapi--"

"Lagipun dalam beg awak tu , banyak kad kredit je berbanding duit. So better shut up."

"Tapi--"

"Takde--"

"Taehyung dengar!" Rachel merentap tangannya kembali dari Taehyung geram.

Taehyung menoleh memandang wajah Rachel yang sudah memerah dan berpeluh akibat langkah Taehyung yang begitu laju. Taehyung menarik nafasnya dalam memandang mata Rachel. Dia memeluk tubuhnya.

"Tapi apa?" Akhirnya, barulah Taehyung ada hati nak bertanya. Rachel mengetapkan bibirnya.

"Tapi awak nak buat apa dekat saya? Saya tau awak marahkan saya. Saya dah cakap maaf. Awak nak apa lagi?"

"Kalau semua boleh selesai dengan maaf, jadi apa guna polis dan undang-undang?" Taehyung tersenyum sinis. Rachel pula sudah menggigit bawah bibirnya.

Rachel tidak mengenali Kim Taehyung dihadapannya ini . Benar-benar Taehyung yang berbeza dari yang dia kenal sebelum ini.

"Nothing much. Saya cuma akan mengajar awak macam mana nak pakai pakaian yang cukup kain , makan berjimat , cara orang hidup susah , dan cara orang bersyukur."

Belum sempat Rachel ingin menjawab , Taehyung sudah kembali menarik tangan Rachel untuk pergi.

•••

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now