Puan Kim mengurut-urut kepalanya, pening dengan perangai Taehyung dan malu dengan sikap Taehyung yang selamba di hadapan Rachel. Rachel tertawa kecil.

"Err .. Rachel duduk dulu ya , makcik pergi buatkan air ?" Rachel mengangguk laju. Terus Puan Kim memandang tajam ke arah Taehyung. "Kamu pergi naik pakai baju! Malu sikit depan tetamu!"

"Alah , bukan siapa pun , bakal menantu mak juga, bakal isteri Tae."

"Ish kamu ni!" Puan Kim sekali lagi menghadiahkan pukulan di belakang Taehyung namun sempat Taehyung menyorok di belakang Rachel.

Rachel terpaksa pasrah di situ. Dia cuba mengawal tawanya yang lagi sikit nak meletus kerana geli hati dengan dua beranak ni.

"Tunggu ya, makcik ke dapur." Kali ini terus Puan Kim ke dapur meninggalkan Taehyung dan Rachel. Dalam diam , dia tersenyum kerana akhirnya Taehyung ada juga calon isteri.

Rachel memeluk tubuhnya. Aroma badan Taehyung jelas menusuk ke rongga hidungnya, mata tak mau memandang Taehyung yang masih berada di belakangnya.

"Kenapa awak tak pakai baju?" Tanya Rachel tenang. Dapat dia rasakan nafas Taehyung dibelakang telinganya. Bermakna, mereka sangat dekat sekarang.

"Sebab nak bagi awak show free."

"Saya tanya betul-betul ni." Taehyung tertawa kecil, Rachel sekadar menggulingkan biji matanya.

"Mak saya tengah siram pokok bunga , saya sergah . Jadi tersiramlah kat saya sekali."

"Ohh." Jawab Rachel sepatah. Dia menjeling sedikit Taehyung yang masih dibelakangnya.

"Sampai bila awak nak duduk belakang saya? Pergilah pakai baju, ingat seksi?"

"Memang seksi pun.Awak tu yang taknak tengok, orang dah bagi free-free pun taknak tengok." Terus Taehyung memusingkan Rachel menghadapnya.

Rachel terkejut dengan perbuatan Taehyung namun dia tidak pula menutup mata ataupun menolak Taehyung. Sebaliknya matanya dikakukan memandang wajah Taehyung.

"Kiss sekali , baru saya pergi." Taehyung tersengih. Terus Rachel mengangkat keningnya memandang Taehyung.

"Awak ingat~~~" Rachel mengusap dada Taehyung yang terdedah dengan satu jarinya. Terus wajah Taehyung merona merah dengan perbuatan Rachel.

"Awak ingat awak buat macam tu boleh buat saya gugup? Is not me but you, idiot." Rachel mengenyitkan matanya pada Taehyung. Dia tersenyum sinis.

"Nak kena? Pergi pakai baju cepat. Kalau tak saya pukul awak macam mana mak awak buat tadi." Rachel menjeling Taehyung. Dia membelakangi Taehyung semula.

Taehyung mengeluh lega apabila Rachel sudah membelakanginya, setiap kali Rachel berbuat benda-benda begitu mampu buat dia segugup yang mungkin. Dia merengus kasar.

"Nak pergilah ni." Balasnya dan terus dia menghentakkan kakinya untuk naik ke biliknya.

"Kim Taehyung..." Taehyung memberhentikan langkahnya, terus dia menoleh semula ke arah Rachel. "How old are you?"

Eh perempuan ni, tak habis-habis lagi nak tau umur Taehyung berapa. Penting sangat ke?

"30." Jawab Taehyung singkat dan terus berlalu pergi. Rahang Rachel terus jatuh mendengar jawapan singkat itu.

Namun beberapa saat kemudian, mengetapkan bibir.

"Nasib hensem."

•••

"Mak awak dah terima kalau saya kahwin dengan awak. Awak macam mana?"

"Saya dah ok sejak awak lamar saya Cik Rachel." Taehyung memberhentikan keretanya apabila sudah sampai betul-betul di hadapan Villa Rachel.

Rachel memandang Taehyung.

"Ok." Jawab Rachel. Dia terus membuka pintu kereta Taehyung untuk keluar namun pantas Taehyung menahan Rachel dengan memegang tangan Rachel.

Rachel kembali menoleh memandang Taehyung keliru.

"Awak kahwin dengan saya sebab nak jaga syarikat awak dan sebab ayah awak je kan?"

"Ya , why?"

"Jadi kalau kita bercerai pun awak tak kisah?" Rachel menarik nafasnya dalam. Dia kembali duduk dengan betul di tempat duduknya lalu memandang wajah Taehyung.

"Dari dulu saya tak pernah terfikir pasal nak kahwin, Encik polis. Saya cuma fikir pasal kerjaya saya. Macam saya cakap, kalau awak tak tahan dengan saya, awak boleh ceraikan saya. Jujur saya cakap, saya takkan ada masa untuk jadi isteri mithali untuk awak. Saya cuma minta awak kahwin dengan saya sekejap je , cerai atau tak itu keputusan awak."

"Kalau saya taknak ceraikan awak?" Mata Rachel terus memandang Taehyung. Wajah mereka amat dekat dan suasana sangat sunyi, yang kedengaran hanyalah nafas masing-masing.

"Macam saya cakap, saya tak kisah. Kita bukan buat marriage contract." Perlahan Taehyung melepaskan genggamanya yang dari tadi memegang lengan Rachel. Dia memandang ke stereng keretanya semula tidak mau memandang Rachel.

"Kalau ada apa-apa, awak boleh contact saya. Selamat malam." Rachel terus keluar dari kereta Taehyung. Taehyung memandang semula Rachel.

"Cik Rachel..."

"Apa lagi?"

"Saya cintakan awak." Mata Rachel membesar mendengar luahan itu. Beberapa saat kemudian dia tertawa kecil.

"Kenapa tiba-tiba?"

"Suka hatilah." Rachel merengus kasar. Terus dia menutup pintu kereta Taehyung.

Langkahnya terus diaturkan masuk ke dalam Villanya. Taehyung mengeluh seketika melihat bayangan Rachel yang semakin hilang masuk ke Villa besar itu. Pantas dia menekan pedal minyak untuk keluar dari kawasan Vill tersebut.

"Saya cintakan awak."

And I'm not joking what I said just now Rachel Park , love at first sight is real.

Taehyung tersenyum nipis.

•••

[√] Suami Mithali ° kth Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon