"Chief , tunang saya kat mana sekarang?" Chief mengangkat keningnya memandang Taehyung.

"Tadi dia baru je balik lepas kami soal siasat , dia kena uruskan hal syarikat dia agaknya. Mesti wartawan dah mula berkerumun nak interview dia." Makin bertambah kerutan di dahi Taehyung saat mendengar itu.

Pekerjaan apakah perempuan ni sampai wartawan pun nak datang ?

"Maafkan saya , chief tau syarikat dia dekat mana?"

"Haih , bakal isteri punya tempat kerja pun taktau ?"

"Hehe , saya pelupa orangnya." Chief mengangkat keningnya , lalu berpeluk tubuh memandang Taehyung yang sudah tersengih seperti kerang busuk.

"A&A Holding"

•••

Taehyung melangkah masuk ke dalam A&A Holding dan terus ke penyambut tetamu syarikat besar itu. Gadis likungan 20-an yang menjaga di situ melihat Taehyung atas bawah , agak pelik dengan Taehyung datang ke syarikat ini dengan berpakaian seragam polis lengkap.

"Ya? Boleh saya bantu?" Tanya gadis itu lemah lembut. Taehyung memeluk tubuhnya, wajah serius aje.

"Saya Kim Taehyung. Saya nak jumpa bakal isteri saya." Berkerut dahi gadis itu mendengar hajat Taehyung, permintaan Taehyung cuba diprosesnya.

Siapa pula bakal isteri Encik polis ni? Gila ke apa ?

"Maafkan saya , siapa yang Encik nak jumpa ?" Tanya gadis itu , sesungguhnya penyataan Taehyung membuatkan dia keliru dan buntu. Permintaan yang sangat aneh.

Taehyung merengus kasar. Dah lah dia taktau nama perempuan yang menjadi dalang semua ni, dia pula yang kena tempias. Dia kena juga jumpa perempuan yang dikatakan 'bakal isteri'nya tu.

"Siapa pemilik syarikat ni? Saya nak jumpa dia?"

"Eh? Err .. Cik Rachel sedang sibuk sekarang. Dia taknak berjumpa dengan sesi--"

Belum sempat gadis penyambut tetamu itu hendak meneruskan ayatnya, Taehyung sudah mengaturkan langkah ke lift. Rambutnya diraup ke belakang.

"Encik, jangan buat kecoh dekat sini! Encik!" Laung gadis itu sambil mengikuti Taehyung yang sudah laju ke lift. Kalau dibiarkan aje Taehyung ni pergi , habislah Cik Rachel memakinya nanti.

"Saya nak berjumpa dengan Rachel." Taehyung memandang gadis yang mengikutnya itu tajam. Tertelan air liurnya melihat wajah bengis Taehyung.

"Tapi--"

"Awak yang jangan buat kecoh dengan saya erk , Rachel 'bakal isteri' saya, jadi saya boleh buat apa yang saya suka dekat sini. Awak nak ke saya suruh Rachel pecat awak? Taknak kan? Dan lagi satu , saya ni pegawai polis , awak jangan macam-macam ya. Baik awak cakap , dekat mana 'bakal isteri' tercinta saya." Kata Taehyung panjang lebar sambil menekankan perkataan 'bakal isteri' setiap kali dia menyebutnya.

Gadis itu sudah mula kecut perut. Sungguh selama 2 tahun dia bekerja untuk Cik Rachel, dia tak pernah tahu perempuan itu ada 'bakal suami' , polis pula tu. Tak sangka taste majikan dia macam ni.

Dia sekali lagi menelan liurnya payah apabila pintu lift sudah terbuka. Taehyung menahan pintu lift , dengan penuh sabar dia menunggu jawapan dari gadis itu. Mata tidak lepas memandang gadis utu membuatkan dia tertunduk wajah.

"Tingkat 13 , belok ke kiri , bilik meeting ada di sebelah kanan. Cik Rachel ada dalam bilik meeting, tengah interview dengan seorang wartawan." Taehyung tersenyum senget, akhirnya dia dapat juga buatkan gadis itu memberitahu keberadaan Rachel.

"Terima kasih." Ucap Taehyung dan terus dia masuk ke dalam lift.

Tingkat 13 ditekannya. Seperti arahan gadis tadi, dia membelok kiri dan mencari bilik meeting di sebelah kanan. Pintu berwarna coklat dibukanya. Saat terbuka saja pintu coklat itu, mata Taehyung terpandangkan pada seorang gadis bersama seorang lelaki yang turut terkejut dengan kehadiran Taehyung.

Gadis berambut perang dan berskirt paras atas lutut itu bangun dari duduknya dan melangkah mendekati Taehyung. Taehyung sekadar kaku melihat gadis arrogant dihadapannya kini. Akhirnya, dia bertemu juga dengan perempuan ini.

"Sayang , mari saya kenalkan awak dengan Encik Oh." Gadis yang lain tak bukan, Rachel memeluk lengan Taehyung dan membawanya pada lelaki tua yang duduk di hujung bilik meeting tersebut.

Mereka berdua duduk berhadapan orang tua likungan 50-an itu. Rachel tersenyum manis lalu kakinya disilangkan. Tertelan air liur Taehyung melihat paha putih Rachel yang terdedah sedikit kerana skirt Rachel yang pendek.

Dia mengalihkan semula pandangannya ke arah lelaki tua yang merupakan Encik Oh tadi , bibir diketapkan melihat Encik Oh juga memandang paha Rachel. Orang tua gatal.

Tangan Rachel pula masih memeluk lengan Taehyung. Taehyung sekadar diam dan membiarkan.

"Akhirnya saya berjumpa juga dengan tunang Cik Rachel. Jadi... kejadian Cik Rachel malam semalam..."

"Ya. Tak salahkan? Kami berdua dah nak kahwin pun. Lagi cepat dapat anak, lagi bagus. Kan, sayang?" Taehyung memandang Rachel yang tersenyum manis. Taehyung menarik nafasnya dalam sebelum memandang semula Encik Oh yang masih lagi galak memandang paha Rachel.

"Ya." Jawab Taehyung sepatah sambil memetikkan jarinya beberapa kali di hadapan Encik Oh.

Encik Oh tersentak dan kembali ke dunia yang nyata , pemikiran kotornya tadi terus hilang lalu wajah Taehyung dipandang. Rachel memandang sekilas Taehyung dengan kerutan di dahi, pelik kerana Taehyung secara tiba-tiba saja berbuat begitu pada Encik Oh. Tali dia hanya diamkan saja.

"Oh, err.. tak sangka Cik Rachel akan memilih lelaki yang bekerja sebagai pegawai polis, berbanding anak-anak orang kaya lain yang lebih berpengaruh. Encik... may I know you?"

"Kim Taehyung." Jawab Taehyung pantas. Rachel memandang Taehyung yang berwajah serius, sekali lagi. Wajah Taehyung langsung tidak memandangnya.

Dia amati dalam-dalam wajah itu. Senyuman nipis terbentuk di bibir Rachel.

"Ya , Encik Taehyung. Siapa sangkakan Encik Polis Kim Taehyung dapat jadi bakal suami Cik Rachel. Wanita muda bekerjaya pertama di Korea Selatan." Encik Oh tertawa seakan mengejek.

Taehyung menarik nafasnya dalam. Wajahnya tenang saja. Mata Rachel yang memandangnya diperasan, namun saja buat-buat tak perasan oleh Taehyung.

"Jodoh tak kira apa pun pangkat kita kan? Kita semua sama. Saya cintakan bakal isteri saya , Rachel. Dan dia juga , kan?" Taehyung memandang Rachel secara tiba-tiba.

Rachel terkaku sebentar memandang Taehyung yang sudah tersenyum sinis. Beberapa saat kemudian , dia membalas senyuman sinis itu dengan senyuman sinis juga , wajah Rachel juga tenang sahaja.

"Ya, saya juga cintakan Kim Taehyung, bakal suami saya."

•••

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now