18

173 17 1
                                    

Harina tersenyum saja dari semalam. Selepas Omma memberitahunya tentang dengan siapa Kevin akan bertunang. Terkejur memanglah terkejut, dalam masa yang sama dia gembira. Gembira kerana Kevin bukan bertunang dengan perempuan lain tetapi dirinya.

Dia siap berguling-guling di atas katil sambik bergayut di telefon dengan Kevin malamnya.

Pantulan imejnya di cermin meja solek dipandang. Pipinya ditepuk berkali-kali.

" Kenapa aku tak dapat nak kekalkan my poker face ? I can't keep on smiling like this. Malulah kalau Omma dengan Kevin tengok. Nanti mesti kena usik je. " pipinya ditepuk lagi.

Ketukan di pintu membuatkan Harina tergesa-gesa mencapai beg yang terletak di atas katil. Lupa pula pasal U.

Buka saja pintu, Omma tersenyum memandang Harina. Harina pula apa lagi, terus saja dia memeluk dan mencium pipi ommanya itu. Mereka beriringan ke ruang makan.

" Majlis pertunangan tu, kita buat dua minggu lagi tau. Selepas habis je your final exam. Kalau ikutkan Kevin, dia nak buat minggu depan tapi takut mengganggu study Hari dengan Kevin pula nanti. Tak apa kan ? " Omma memulakan bicara sebaik saja mereka duduk di meja makan.

Biskut yang dicelupkan ke dalam air kopi panas disuapkan ke mulut terlebih dahulu. Kemudian barulah Harina menjawab.

" Hari mana-mana je. Kevin tu, macam tak sabar kan ma. Dua minggu tu bukan jauh mana pun. Dahlah tak ada rasa bersalah langsung. " Dalam omelannya, ada kutukan untuk Kevin. Perasaan marah masih bersisa sedikit dengan Kevin.

" Mestilah tak sabar. Nanti kena kebas dengan orang lain, aku juga yang melopong. " Dengan selambanya Kevin melangkah masuk ke ruang makan. Kerusi dihadapan Harina ditarik dan dia terus duduk.

Pinggan dihadapannya disuakan kepada Harina yang asyik menyuapkan biskut yang dicelup ke dalam kopi itu ke dalam mulut.

Kening diangkat apabila melihat pinggan disuakan ke arahnya.

" What ? "

" I want the nasi goreng. Sendukkan cepat. " ujar Kevin, menghirup air milo panas yang baru disediakan oleh omma tadi. Kevin memang tidak pandai minum kopi. Bagilah kopi apa pun, dia tak akan minum. Yang dia nak, milo. Tak pun minuman coklat dan susu. Mengada sungguh budak Korea sekor ni.

" Senduklah sendiri. Kan dekat tu. Kau ada tangan, gunakanlah. " tolak Harina.

Kevin mencebik. Pinggan ditarik semula dan diletakkan dihadapannya tanpa mengambil nasi goreng tadi. Mulalah wajahnya disedihkan.

" Kau memang tak pernah nak baik sikit dengan aku. Kita dah nak tuang, sajalah nak manja-manja. Nanti kalau dah kahwin, entah macam manalah agaknya. "

Serba salah pula Harina dibuatnya. Dah dia terbiasa kasar dengan Kevin. Itu yang susah nak lembut tu.

" Yelah yelah. Give me your plate. " Harina mengalah. Tanpa Harina sedari, Kevin tersenyum penuh makna ke arah Omma.

SHIRA tersenyum bangga sambil memeluk erat lengan Syed Iskandar. Pandangan mata siswa siswi yang pelik memandang mereka berdua tidak dihiraukan.

Amiran dan Kimi tidak jadi mahu memanggil Syed Iskandar apabila Shira laju saja membawa, lebih kepada menyeret Syed Iskandar ke arah yang bertentangan dengan mereka. Pelik juga kenapa Syed Iskandar rela ditarik ke sana ke sini oleh Shira. Selalunya laju saja Syed Iskandar menuju ke arah mereka selepas memberikan pelbagai alasan kepada Shira.

" Pelik lagi dipelikkan. Mamat tu dah hilang akal ke ? Dibiarnya Shira tu heret dia sana sini. Macam kambing kena cucuk hidung. " Kimi menyatakan kepelikkanya.

Saranghae-yo ( DISCONTINUED )Where stories live. Discover now