EPILOG

11.1K 674 48
                                    

SEPANJANG Faiz mengambil masa untuk membersihkan diri, kek coklat yang dibakar olehnya sendiri dibawa ke dalam bilik. Meja kecil di sebelah katil menjadi tempat letak kek. Dua kuntum bunga ros merah, diletakkan ke dalam pasu lutsinar bersebelahan kek. Lilin aromatik dinyalakan. Dibiarkan sahaja lampu meja menyala untuk memberi sedikit cahaya kepada mereka untuk makan dan membaca nanti.

Saila mengambil tempat biasanya di atas katil bertemankan buku-buku sejarah dia dan Faiz.

Pintu bilik air dibuka. Faiz tersenyum apabila melihat keadaan biliknya berubah menjadi suasana romantis. Siap berpakaian, Faiz mengambil tempat di sebelah Saila. "Bila awak balik sebenarnya eh?" Sedari tadi dia asyik memikirkan hal itu. Baru saat ini dia berpeluang bertanyakan hal itu pada Saila.

"Since afternoon"

"You prepared all this?"

"Yes i am. And you should eat this cake. Saya buat sambil ingat awak tau"

"Kalau saya gemuk, awak akan tinggalkan saya?"

"Kalau macam tu, baik saya kahwin dengan body builder je" Faiz tergelak kecil. Ada benarnya juga apa yang dikatakan. Kek coklat yang dibuat khas untuknya dimakan. Album yang berada di atas katil itu dicapai. Dibuka lalu dia mengalih pandangan pada isterinya. "Throwback huh?"

"Long enough the past had passed by. It's time to make it fresh again. Don't you think ?"

"So, where should we start?" Sebelah tangan Faiz membelek album, sebelah tangan lagi merangkul bahu isterinya.

"Here" Jari telunjuknya merujuk pada satu gambar duit bernilai RM20 yang dilekatkan. Kata Faiz, itu duit Saila yang kononnya diberi untuk melunaskan hutangnya pada Faiz di MPH.

"Bila diingatkan, it's funny how RM20 got you messed up" Faiz mengimbau kembali kenangan pada pertama kali mereka bergaduh. Tentang duit pula tu.

"Cari apa?" Satu suara menyapa gegendang telinga. Tanpa memandang gerangan suara yang bersuara, Saila hanya menjawab ringkas.

"Cari duit tercicir"

"Dua puluh ringgit?"

Saila mengangguk laju. Mata masih lagi peka mencari kelibat wang kertas itu. Dan pada ketika itulah dia perasan sesuatu di sebalik kata-kata lelaki tadi. Dia jumpa duit aku !

"Haah. Ada nampak tak ?"

"Ouh.. aku dah masukkan dalam tabung surau"

Nak terkeluar biji mata Saila. Mulutnya ternganga luas. "Hah?! Jangan main-main!" Suara Saila naik satu oktaf.

Saila memandang Faiz. Dia sendiri tergelak bila mengingatkan kejadian yang berlaku 6 tahun yang lalu. Bila diingatkan semula, agak kasar jugalah dia bergaduh dengan Faiz. Tapi Faiz yang mulakan dulu. Faiz yang naikkan darah muda dia. So, basically, ini adalah salah Faiz.

Mata Saila memandang ke muka surat bersebelahan. Ada sekuntum bunga ros bersirap di atas sehelai kain putih.

"Ha, ini bunga ros berdarah.. lah sangat"

"Sembang pasal ros, saya lupa nak bagitahu. Ada kod rahsia lagi satu"

"Seriously Faiz? After 2 years living together, hari ni baru awak ingat?" Belakang kepala digarunya. Sengihan diberikan.

"Nak tahu ke tak nak ?"

"Nak lah"

"The first letter for white is W. Yellow is Y. Merah is M.."

Nilai RM20Where stories live. Discover now