TIGA PULUH TIGA

6.2K 530 19
                                    

RINGAN terasa bahu dan kepala setelah tercurah segalanya yang membelenggu fikiran.
Saila dan Kak Jue akhirnya membuat keputusan untuk pulang setelah tamat sesi curahan hati. Disebabkan hari ini orang agak berpusu ke kafe ini, maka ada baiknya mereka tak berlama di situ. Bimbang juga ada yang kata mereka berdua tiada keprihatinan terhadap mereka yang masih tidak mempunyai tempat duduk. Dan disebabkan itu juga, kereta diparkir sedikit jauh dengan kawasan kafe. Terpaksalah dia dan Kak Jue melintas jalan dahulu sebelum sampai ke kereta.

Saila berjalan seiring dengan Kak Jue. Tiba-tiba telefon di dalam tas tangannya bergegar menandakan ada seseorang yang menghubungi dia. Genggaman tangan dengan tangan Kak Jue dilepaskan. Sambil menggagau dalam tas tangan, Saila berjalan perlahan mengikuti Kak Jue dari belakang.

Nah, jumpa pun! Telinga Saila tiba-tiba menangkap bunyi deruman kereta semakin dekat dan ..Sepantas sesaat berlalu, dia kini berada di dalam dakapan seseorang. Jantungnya pantas berdetak. Abnormal rentaknya. Nafasnya juga tidak teratur. Seluruh kaki bagaikan menggeletar tak mampu berdiri.

Aku hampir .. dilanggar !

Fikiran Saila kosong. Apa yang terjadi sebentar tadi sungguh memberi kesan yang sangat dalam kepada dirinya. Pelukan yang tadinya erat, terus terasa longgar serta merta. Bahu Saila digoncang perlahan. "Sai? Do you hear me?" Berbalam pandangan Saila. Dia memandang gerangan yang bertanya.

Nazran.

Cepat-cepat Saila mengundur beberapa langkah. Kerana kakinya masih tidak kuat, hasilnya dia hampir sahaja terjatuh sungkur ke lantai. Mujur ada Kak Jue yang menahan dari belakang. Nazran duduk bertinggung lantas pandangannya menyapa mata Saila. "Sai. Are you okay?"

Diam. Peluh merenik di dahi. Peristiwa 3 bulan yang lalu hadir menjengah kotak minda. Bagaikan pita rakaman yang memainkan tayangan tanpa tersekat.

"Apa you cakap ni? Kalau you lapar, makanlah roti"
"Roti tak sedap. Tapi you nampak sedap" Tangan Nazran mengusap lembut rambut Saila. Saila pejam mata. Takut. Itu yang dia rasakan kini.

"Alang-alang you dah sedar, let's make it fast" Nazran kembali mendekatkan wajahnya ke wajah Saila. Saila menolak sekuat hati sehingga Nazran terdorong ke belakang.

Mengingatkan kejadian itu. Baru dia tersedar. Dia berhadapan sekali lagi dengan Nazran. Lelaki yang hampir sahaja meragut kesucian dirinya. Entah kenapa, dia menggigil tiba-tiba. Genggaman tangan Kak Jue digenggam lebih kuat.

"Awak kenal Sai?" Kak Jue bertanya Nazran yang masih memandang Saila penuh kesayuan. Nazran hanya mengangguk lemah lantas ditundukkan pandangannya menekur lantai. Sedar akan perbuatannya dulu yang telah membuatkan Saila jadi takut bila bertemu dengannya. Langsung dia tidak menyalahkan Saila kerana pasti itu adalah balasan untuk tindakannya yang tidak ditapis dengan pemikiran otak terlebih dahulu.

Saila menggagahkan diri untuk bangun. Lagi lama dia terduduk di sini, pasti lagi lama Nazran di sini. "Apa kau nak Naz?"

Nazran pun bangun. "Saya nak minta maaf "

Saila tersenyum sinis. "Maaf ? Setelah apa kau cuba buat, kau nak minta maaf ? Senangnya" Kak Jue tampak terkejut dengan perubahan diri Saila yang mendadak. Saila juga tak tahu kenapa. Tapi bila pandang saja muka Nazran, hati ini sebal. Terasa membara berkecamuk. Kak Jue menggosok belakang Saila. Mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu dan sekali gus dia dapat rasakan suatu ketenangan yang menjalar perlahan ke seluruh tubuh.

"Saya tahu, saya tak layak minta maaf. Kesalahan saya sangat besar pada awak. Saya faham kalau awak tak nak maafkan saya. Tapi.."

"Kalau dah tahu jawapannya, kenapa minta maaf juga?" Sarkastik Saila menangkas kata-kata Nazran. Kata-kata yang keluar dari bibir lelaki ini sudah sukar untuk dia percaya. Sudah lama musnah dek kesilapannya dulu.

Nilai RM20Where stories live. Discover now