TIGA PULUH ENAM

6K 555 44
                                    

"ASSALAMUALAIKUM anak Mak. Allahuakbar, rindunya Mak dekat Maira. Bila Maira nak balik ni?" Bersemangat sekali Puan Hamizah menjawab panggilan anak perempuannya itu. Memang dia akan sentiasa bersemangat bila menjawab panggilan Saila. Saila tersenyum. Ini mungkin kali yang terakhir dia dapat mendengar suara merdu ini. Setitis air menitis.

Saila tertawa halus untuk menenangkan gundah di jiwa. "Waalaikummussalam Mak, Maira pun rindukan Mak. Entahlah Mak, Maira makin sibuk sejak akhir ni. In shaa Allah, jika dipanjangkan umur Maira balik ya Mak" Sedikit bergetar suara Saila. Makin laju pula air mata mengalir ke pipi.

"Maira ada masalah ke? Kenapa Mak dengar suara Maira macam lain je"

"Tak ada apa la Mak. Selesema sikit ni ha. Selesema rindu" Saila tertawa dengan kata-katanya sendiri. Pandai betul dia mereka cerita. Maafkan Maira Mak. "Ada-ada je la kamu ni. Dah tahu rindu, balik lah. Nanti Mak masakkan keli goreng kegemaran Maira"

"Alaa, Mak ni. Orang nak pick-up line sikit pun tak boleh" Jeda sebentar. Terasa kelu lidahnya untuk berkata, tapi harus juga dia luahkan. "Er, Mak"

"Ya sayang"

"Maira nak minta maaf"

"Lahhh, ni kenapa ni? Ada buat salah apa dengan Mak ni ha?" Mak buat-buat marah. Arghhh, rindunya Mak dan Ayah !

"Halalkan makan minum Maira selama ni Mak. Maafkan Maira Mak banyak keluarkan air mata sebab Maira"

"Maira .. kena.."

"Terima kasih sebab lahirkan Maira ke dunia. Terima kasih sebab selalu ada bila Maira susah atau senang" Di hujung kata, dia teresak sedikit. Pasti Puan Hamizah dapat mengagak dia sedang menangis. "Maira.. cuba bagitahu Mak apa yang terjadi?"

"Okay la Mak, Maira tak boleh lama ni. Banyak kerja tak siap lagi. Assalamualaikum Mak" Lantas Badrul segera mematikan talian tanpa sempat dia mendengar Mak menjawab salamnya buat kali yang terakhir. Mungkin ..

Saila menangis sepuasnya. Berjuaraian air matanya membasahi selendang yang dipakai sehingga nampak bertompok-tompok air mata yang jatuh. Saila perasan, Badrul sibuk melihat jam tangannya. Ya, 8.15 malam itu janjinya. Semakin suntuk masanya kini. Saila menarik nafas sedalam mungkin dan dihembus perlahan. "Dah puas menangis? Ha, nak call siapa pula ni?" Saila meminta Badrul untuk menghubungi Ayah pula. Tak banyak yang dia dapat berbual dengan Ayah kerana Ayah sedang sibuk dengan hal kerjanya. Hanya ucapan minta maaf dan terima kasih sahaja yang dapat dia zahirkan padanya.

Setelah berfikir-fikir, Saila memutuskan untuk menghantar satu pesanan ringkas sahaja kepada kawan-kawan termasuklah Kak Jue, Ezzaty, Kak Jas, Aishah dan Harez. Itupun setelah dia digesa Badrul suruh cepat. Saila cuba menghubungi Inna, namun tidak diangkat. Barangkali Inna sedang solat atau membaca al-Quran. Saila kemudian membuat keputusan untuk menghantar sahaja satu not suara melalui aplikasi WhatsApp.

Orang terakhir dalam senarainya adalah Faiz. Jauh di sudut hati, terkilan rasanya apabila berkemungkinan dia akan meninggalkan Faiz untuk selama-lamanya dalam keadaan hubungan mereka masih dingin tanpa sebab. Saila berharap Faiz jawab panggilan dia. Butang memanggil ditekan Badrul. Lama Saila menunggu Faiz mengangkat panggilannya, namun tidak juga diangkat. Malah voice mail pula mengambil tempat.

Saila meminta belas Badrul untuk cuba hubungi Faiz lagi sekali. "Faiz ni siapa? Penting sangat ke dia dalam hidup kau?" Badrul kelihatan geram bercampur amarah apabila mendengarkan permintaan Saila.

"Dia.. cinta manusia pertama dalam hidup aku Bad"

Badrul senyum sinis. "Orang macam kau pun tahu cinta pertama ke? Bukan ke cinta tu ibarat permainan je bagi kau?" Malas hendak berdebat mahupun melawan semula kata-kata yang dihamburkan padanya, Saila hanya diam tanpa balasan.

Nilai RM20Where stories live. Discover now