TUJUH

8.5K 566 16
                                    

APLIKASI burung biru itu dibuka. Diskrol dengan penuh kekhusyukan. Satu bebenang langsung sahaja menarik minatnya untuk membaca bebenang tersebut. Bebenang dibuka dan terpampanglah kata-kata nasihat buatnya.

Bila orang tegur kau, kau cakap hidayah tak sampai lagi. Bila orang bagi nasihat kat kau, kau cakap dosa masing-masing. Kau tak sedar, sebenarnya hidayah dah sampai lama kat kau.

Kau tak sedar, sebenarnya dosa mereka juga bertambah andainya kau dibiarkan dalam lautan dosa.

Selama ni kau nampak orang solat. Kau nampak orang bertudung. Kau dengar azan. Kau dengar orang baca al-Quran.

Sahabat.. Itu semua adalah hidayah sebenarnya. Cuma kau yang menyangkal hati sendiri. Diri kau sendiri yang tidak mahu berubah.

Dibaca dengan tekun. Sesekali terasa sakit di dada, kerana kata-katanya yang seakan merujuk pada dirinya. Pintu bilik dibuka dari luar. Terpacul Inna dengan 2 bungkus makanan di tangannya. Telefon pintar diletak ketepi.

"Eh, sekejapnya satisfy craving?" Inna terus tergelak bila mengingatkan kejadian tadi. Lucu sungguh jejaka sebentar tadi. Nak jadi gentleman, tapi tak jadi la pula. Geli hatinya bila ingatan itu kembali bertandang.

"Kau dah kenapa gelak tak henti-henti? Jumpa hantu Kak Limah ke on the way balik sini?" Inna masih lagi dengan gelak tawanya.

Tak boleh jadi ni. Mana boleh Inna ketawa sorang-sorang. Aku pun nak ketawa jugak."Kau nampak tak selipar aku yang comel ni?" Saila mengangkat selipar arnab separas wajahnya. Inna angguk. Masih lagi dengan tawanya. Entah apa yang lucu sangat.

"Jangan sampai selipar aku ni singgah kat kepala kau weh. Aku serius ni" Gelak yang diletuskan cuba ditahan. Nafasnya ditarik perlahan. Dan dihembus. Inna mengulang perbuatan itu berkali-kali. Sebelum bercerita kena ada feel dan ketenangan. Nanti tak pasal-pasal dia tergelak lagi sekali.

"Okay, macam ni cerita dia...." Cerita Inna diselang selikan dengan ketawa. Saila sekali turut ketawa. Sakit perutnya ketawa banyak sangat.

"Ye ye je kau kenalkan diri dengan nama Najwa. Tapi serius lawak habis weh. Ni kalau ungkit 7 keturunan, confirm lawak tu ada lagi" Saila memegang perut menahan tawa.

"Okay. Enough pasal aku. Sekarang aku nak cakap pasal kau" Inna mengangkat kening berkali-kali. Acah saspen la kononnya.

"Asal aku pula?" Saila bertanya hairan. Tiba-tiba hal dia pula yang diungkitkan.

"Aku keluar tadi, ramai yang tanya aku kat mana aku beli baju ni. Kau jual, in shaa Allah gempak weh"

"Tak nak lah. Anggap itu hadiah limited edition dari aku untuk Najwa. Yucks, geli tekak aku panggil kau Najwa" Tubuh Saila dipeluk kejap. "So sweet of you my darling Humaira"Air mata yang keluar disapu. Terharu dengan pemberian serta layanan istimewa Saila terhadapnya. Sungguh, hubungan persahabatan itu indah.

3 MINGGU berlalu. Hilang sudah keinginannya untuk bertemu dengan lelaki pemurah yang misteri itu. Mungkin sudah tertulis lelaki itu hanya hadir sekali dalam kamus hidupnya.

Tangga didaki untuk ke bilik pensyarah. Due date hari ini, hari ini lah dia hantar. Kalau due date hari esok, pasti esok lah Saila terkocoh-kocoh untuk menghantar. Last minute worker la katakan. Tapi tetap hasilnya mantap dari yang biasa.

Fuhhhh .. bismillah.

Assignment diletakkan di dalam bakul berisi assignment rakan-rakan yang lain. Kafe menjadi destinasi seterusnya apabila sudah tiba waktu makan tengahari. Fail yang berisi hasil contengan kerjanya diletakkan di atas meja. Termenung seketika sambil melepaskan lelah yang tersisa.

Nilai RM20Where stories live. Discover now