DUA PULUH LIMA

5.9K 539 52
                                    

"ASSALAMUALAIKUM. Kami dari jabatan agama islam mendapat laporan ada maksiat yang berlaku di dalam rumah ini"

Hampir sahaja jantungnya berhenti berdegup. Separuh hati Saila lega kerana dia selamat dari syaitan bertopengkan manusia. Separuh lagi hatinya merasakan dunia bebasnya akan berakhir sebentar lagi. Saila bangun berdiri walau kaknya masih gentar. Digenggam penumbuk menyalur kekuatan yang sudah semakin menyerah. "Ustaz, kami tak buat apa-apa. Laporan yang ustaz terima salah sama sekali" Lembut Saila berkata. Semoga nasib menyebelahi dirinya untuk kali ini juga.

"Betul kamu tak buat apa-apa?" Ustaz bertanya kepada Badrul. Badrul langsung memandang Saila. Dengan seribu satu makna melalui raut wajah Badrul, dapat dia rasakan Badrul akan membuat cerita mengenai apa yang berlaku antara mereka berdua. Saila cuba meraih simpati. Berharap akan ada sekelumit simpati dari Badrul walau itu ternyata cuma mimpi. "Kami .. hampir terlanjur ustaz" Badrul meraup wajahnya berkali-kali berserta tangisan yang dibuat-buat.

Hebat kau Bad. Hebat ! Hancur luluh hati Saila saat ini. Berkecai menjadi serpihan permulaan sengsara. "Tipu! Dia yang nak rogol saya ustaz!" Tidak berfikir panjang, Saila menjerit. Tak mampu lagi dia berlembut. Dia juga harus mempertahankan haknya. Air mata yang hampir mengalir ke pipi disapu kasar dengan selendang hitam yang dipakainya.

"Bawa bersabar cik" Ustaz yang sama bertanya soalan tadi cuba menenangkan Saila.

"Ustaz nak saya sabar? Lelaki ni cuba memperkosa saya ustaz!" Kali ini tangan Saila menolak dada Badrul serentak mepertahankan dirinya.

"Apa awak cakap ni Saila. Awak yang merelakan tadi" Namun lakonan Badrul seolah-olah dia yang merelakan, kelihatan logik barangkali pada pandangan ustaz-ustaz di hadapannya. Buktinya, langsung tiada seorang pun antara mereka yang cuba menyebelahi dirinya yang teraniaya.

"Shut up Akmal Badrul! Enough with your acting!" Bagaikan orang gila Saila berteriak. Menjerit-jerit mempertahankan dirinya sendiri sedari tadi.

"Berani buat, tak berani tanggung" Terdengar seseorang dalam kalangan ustaz yang menerjah mereka berdua tadi bersuara.

"Apa ustaz cakap? Berani buat tak berani tanggung? Sebab saya tak buat lah saya tak nak tanggung! Kenapa dengan semua manusia atas bumi ni? Kenapa awak semua nak jatuhkan kaum lemah seperti saya? What have i done to you?!" Akhirnya menitis jua air mata yang ditahan. Terasa sesak di dada. Dugaan ini terlalu berat untuk dia tempuhi. Tidak untuk kali yang kedua. Kalau kali pertama Faiz yang muncul menyelamatkan dirinya, kali ini pula jabatan agama yang muncul menyelamatkan. Namun selamatkah dia andai diselamatkan mereka? Pasti dia dan Badrul akan dikahwinkan sebentar lagi.

Aku ..
Daripada aku berkahwin dengan Badrul, baik aku ma--

Enjin kereta kedengaran dari halaman rumah. Pasti itu Mak dan Ayah. Saila makin gelisah. Apa yang dia harus lakukan setelah perkara ini diketahui Mak dan Ayah? Saila mendengar dengan teliti. Bukan enjin kereta sahaja yang berbunyi, ada bunyi motor yang mengiringi. Siapakah?

"Ada apa ramai-ramai kat sana tu bang?" Puan Hamizah menunjuk ke arah pintu dapur. "Entah la. Mari kita pergi tengok"

Topi keledar yang dipakai dibuka dan diletakkan di atas motor Suzuki. Sarung tangan hitam dan jaketnya ditanggalkan.

"Mak Cik, ada apa ramai-ramai kat sana?" Faiz bertanya.

"Entah lah Faiz. Mak Cik pun tak tahu. Nak pergi tengok la ni. Mari lah ikut sekali" Faiz mengangguk. Ketiga mereka menghampiri kerumunan yang ramai itu.

"Assalamualaikum" Encik Abdul memberi salam.

"Waalaikumussalam" Jawab kelima-lima orang yang datang bersama ustaz tadi serentak. Encik Abdul menghulurkan tangan dan bersalam dengan mereka. "Ada apa ustaz datang ke rumah saya?"

Nilai RM20Where stories live. Discover now