EMPAT BELAS| Part 2

7K 588 23
                                    

FIRASH datang menghampiri butik Qalbi kepunyaan Saila. Berdebar juga jantungnya untuk persediaan hari ini. Ternyata rancangan membalas dendamnya berhasil menemui sebuah jawapan yang sudah lama ditunggu. Bunga mawar kuning di genggamannya dicium.

Wangi baunya. Sewangi hati yang bakal menerima kuntuman bunga itu.

"Assalamualaikum girls !" Firash memberi salam dengan riang. Tidak mempedulikan pelanggan yang ada. Apa dia peduli, semua yang bekerja di sini mengenali dirinya yang agak bising itu kecuali pekerja baru yang menggantikan tempat Ezzaty.

Reen namanya. Bukanlah langsung tidak mengenali wanita itu, malah selalu sahaja bertemu 4 mata dengan Reen apabila terserempak dengan Ezzaty sewaktu Ezzaty masih belajar dulu. Maklum sahajalah, Ezzaty dan Reen memang sedari universiti berkawan rapat. Sedikit sebanyak memberi peluang kepadanya untuk mendapatkan kerja di butik Qalbi itu.

"Excuse me girls, mana.."

"Sai dekat atas" Inna terus sahaja memotong percakapan Firash. Sudah tahu jika kehadiran Firash di situ, pasti ingin bertemu Saila.

"Thank you Inna. Kau macam tahu-tahu je kan"

"Dah kau, pergi atas sana lah. Menyemak kat sini" Firash mentertawakan Inna. Seronok juga buat bising di kedai orang ni. Sebelum naik ke atas, sempat juga dia menjeling Aishah di kaunter.

Pintu bilik di ketuk. "Come in" Saila menjawab tanpa memandang siapakah gerangan yang mengetuk. Tahu-tahu sahaja, ada sekuntum bunga mawar kuning di atas mejanya. Pen yang setia menari di atas kertas bersaiz A4 itu diletakkan ke tepi. Pandangannya dialih pada tuan yang memberi.

Firash !

"Mimpi apa pagi-pagi datang bagi bunga ni?" Firash memusingkan kerusi yang diduduki. Berkali juga dia membuat perkara yang sama.

"Woi Fir. Kau ni apahal?" Lalu Firash memberhentikan kerusi itu dari berpusing dan terus menghadap Saila yang kebingungan.

Nafas ditarik perlahan. "Today is a big day Sai"

"Woo, someone in the cloud nine right now. Tell me, what's going on?"

"No, I won't tell you any single things. Nanti tak jadi kejutan la"

"Something big, huh? Kalau tak, tak ada maknanya kau nak bagi bunga bagai nih. Ada kena mengena dengan aku ke weh? Bagi ah klu sikit"

Firash memusingkan kerusi bagai orang yang sedang berfikir. Lama betul fikir. Sampai Saila dah boleh tukar sekuntum bunga di dalam plastik ke dalam pasu kecil dah.

"That flowers was to thank you for helping me out"

"Jap. Don't tell me"

"Yes. I'm gonna propose her"

SAILA membuka komputer riba merah miliknya dan dipasangkan tetikus tanpa wayar padanya. Sudah begitu lama rasanya dia meninggalkan permainan asyik bernama Zuma itu. Semenjak Qalbi dibuka, masa lapang semakin sempit rasanya. Baru hari ini dia berkesempatan untuk berusaha semula maju ke peringkat yang seterusnya.

Sedang dia asyik bermain Zuma, menembak telur rama-rama yang beraneka warna itu, telefon dia berdering menandakan ada seseorang yang menelefon. Saila memandang skrin telefon sebelum menjawab panggilan di talian.

Firash.

Ada berita gembira agaknya.

"Assalamualaikum bro Firash ! Any good news?" Riang Saila bertanya apabila jawapan kepada soalan yang ditanyakan sudah pasti akan mendapat jawapan yang positif.

Nilai RM20Where stories live. Discover now