ENAM BELAS| Part 2

7.1K 576 21
                                    

BATU nisan dipegang. Kubur yang terbentang di tanah perkuburan itu dipandang. Setiap memori bersamanya seakan terbayang di ingatan. Satu persatu bagaikan ulang tayang cerita lama yang sudah hampir dia lupakan.

Air mata yang seakan membuak-buak untuk mengalir dan jatuh ditahan. Tidak elok sekiranya dia menangis meratapi insan yang sudah tiada. Perasaan menyesal menjalar terus mengetuk hati.Kalaulah dia diberi peluang, pasti akan diungkap kata sayang dan maafkan segala kesilapannya dahulu. Tapi seribu kali sayang, orang yang disayang sudah pergi dahulu menghadap Ilahi tanpa sempat dia luahkan segala terbuku di hati.

Manusia, bila ada di sisi tidak pula dihargai. Bila sudah tiada, mulalah tercari-cari lalu menyesali. Tanpa melengahkan masa, dia membaca Surah Yaasin kepada arwah. Semoga arwah tenang di sana.

Sepulangnya dari tanah perkuburan seorang diri, Saila terus masuk ke bilik lalu mengunci pintu bilik. Berita tentang kehilangannya masih lagi memberi impak yang besar kepada dirinya. Bukanlah dia tidak redha dengan segala yang telah terjadi, tapi dia perlukan masa untuk mengadaptasi.

Blaus yang tersarung di tubuh, ditanggalkan dan digantikan dengan t-shirt lusuh kepunyaannya. Baju yang banyak menyimpan kenangan bersama arwah. Serasanya, baru semalam dia meluangkan masa bersama arwah. Begitu cepat masa berlalu. Dia mengiring ke kanan menghadap jendela yang terbuka luas. Sebak di hati terlalu cepat memberi reaksi positif dengan mengeluarkan mutiara jernih melalui mata. Saila mengerekotkan tubuhnya.

Dan dia menangis semahunya.

Ini akan menjadi kali terakhir dia menangis kerana arwah. Pujuk hatinya.

SEMINGGU dia membiarkan Qalbi diuruskan Inna dan yang lain tanpa keberadaannya di Qalbi. Hari ini dia sudah semakin membaik daripada berita itu. Kewujudan dia di Qalbi pada awal pagi mengejutkan mereka barangkali. Kerana begitu cepat dia sembuh dari berita yang baru diterima pada seminggu yang lepas.

"Semua berjalan lancar kan?" Saila bertanya. Inna dan yang lain serentak mengangguk. Mungkin masih tertanya tentang keadaan dirinya. Adakah dia benar-benar sudah tenang atau masih lagi dalam proses penerimaan.

Bahu Inna dipegang. "Don't worry. I'm okay"

Langkah kaki terus diatur menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Seperti biasa, Saila buatkan secawan nescafe untuk diminum bagi memulakan hari yang baru. Bulan ini masih belum ada design yang baru. Saila berfikir sendiri. Buku lakaran diambil dari laci yang teratas. Satu lakaran cuba dilukiskan. Saila tersenyum. Nampak gayanya dia harus mengarang satu puisi dahulu sebelum 'mengarang'lakaran.

Jauh benar Saila termenung. Satu keluhan kecil dilepaskan. Mawar putih yang berada di dalam pasu kaca sudahpun layu. Melihat bunga yang sudah layu itu, mengingatkannya kepada orang yang memberi.

Lukhman Faiz.

Seorang yang begitu tegas pendiriannya. Mawar putih yang berganti setiap hari sehingga seminggu yang lalu, kini sudah bertukar warnanya menjadi sedikit kekuningan. Seminggu sudah tidak berganti. Buku berkulit merah pekat yang dikhaskan untuk menulis puisi, diambil dan dipeluk ke dada.

Kenapa Faiz tiada saat aku perlukannya? Lama termenung dan berfikir, Saila sedar, dia masih tiada hati untuk berada di Qalbi. Keghairahan melakar sudah hilang entah ke mana. Semangat usahawan semakin pudar warnanya. Sebelum melangkah keluar, sempat Saila bertanya Aishah. "Aishah bila langsungkan perkahwinan?" Terus sahaja Aishah berpaling ke arahnya lalu tersenyum malu.

"In shaa Allah sebulan lagi"

"Preparation semua dah siap?"

"Alhamdulillah dah hampir separuh siap" Saila mengangguk-angguk. Dia mendekati Inna pula.

Nilai RM20Where stories live. Discover now