Episode 8

300 10 1
                                    

Jam 12 tengah hari

Kepalanya terasa sakit , pelan pelan elly mengangkat tubuhnya tetapi terlalu berat untuk dia mengangkat, elly mengosok matanya berkali-kali , tanpa seurat benang elly tertidur semalaman. Melihat disebelahnya suaminya masih tidur lena. suaminya pula hanya memakai seluar kecil 'boxer'. Elly tersenyum dan memeluk erat tubuh suaminya. Dengan Terkejut shahrul bangun lalu mencapai pakaian mandi , sharul berlalu entah kemana. Terkebil-kebil elly apabila melihat kelakuan suaminya .

Bilik muzik ,

"Abang minta maaf elly , abang tak sedar semalam kita sampai ketahap ini , mungkin sebab wain yang kita minum semalam." Tergagap-gagap shahrul menerangkan.
"Abang , elly tak marah pun , ellykan tanggungjawab abang , kita dah kahwin pun."jawab elly tenang.
"Tapi abang belum bersedia , abang belum cintakan elly." Kata shahrul sayu.
"Takpe elly paham , lepasni abang cubalah cintakan elly , elly tunggu abang sampai cintakan elly ya".kata elly sambil mengusap lembut pipi suaminya.

3 hari 2 malam mereka dieropah , banyak tempat menarik yang mereka kunjungi , kini tiba masanya untuk mereka pulang ke malaysia , selama 3 hari sharul cuba menyayangi isteri keduanya itu. Shahrul cuba untuk mencintai Elly walaupun tidak sebesar cinta dia kepada niena. Shahrul sempat membelikan niena sebentuk cincin. Walaupun dia bersama elly tetapi hatinya tetap bersama isterinya yang pertama.

Mahligai Ridqi ,

Bunyi enjin kedengaran diluar rumah niena yang ketika itu sedang membaca majalah bangun lalu menjenguk keluar rumah , sungguh terperanjat apabila dia melihat bahawa suaminya pulang kerumah . tanpa sebarang kata niena memeluk suaminya erat , elly hanya melihat perbuatan mereka , jelas sekali bahawa pelukan shahrul terhadap niena ikhlas sepeti cintanya kepada sharul, shahrul juga menyarungkan cincin yang baru dibelinya dieropah. Elly terasa mual , sejak dari kapal terbang elly cuba menahan rasa mual tersebut. Kini rasa itu sudah tidak tertahan , elly masuk ketandas dan muntah berkali-kali. Tanpa mempeduli rasa mual itu elly mandi.

Sebulan kemudian ,

Niena dan elly menyediakan makanan tengah hari bersama , hari ini shahrul pulang awal sedikit dari hari biasa. Elly terasa mual lalu kedapur dan muntah berkali-kali, kepalanya terasa pening mungkin kerana penyakit gastric yang sering dia alami. Niena mendekati elly , dia mengusap belakang elly perlahan .

"Elly okay tak ni ? Kita pergi hospital jom." Tanya niena yang risau melihat elly pucat kelesuan.
"Elly okay , tak perlulah akak susah susah gastric jer kot." Jawab elly sambil berganjak pergi seperti benci disentuh oleh niena.

Suara shahrul kedengaran , elly menjenguk lalu mendekati suaminya , elly mengambil kot yang dipakai suaminya lalu menyangkut di ruang pakaian. Shahrul duduk disofa sambil menghirup kopi yang baru dibancuh Niena , belum sempat elly duduk disebelah shahrul , elly pengsan tidak sedarkan diri. Shahrul meminta untuk niena membawa telefon pintarnya sekali ke kereta , niena hanya menurut. Selesai shahrul mengangkat elly kedalam kereta , shahrul terus membawa kereta . . . Laju ke hospital terdekat.

Hospital Likas , sabah.

Niena dan shahrul duduk diruangan menunggu. Shahrul duduk bersama isteri kesayangannya untuk menunggu Elly. Tampak jelas diwajah shahrul bahawa dia sedang kerisauan. Niena pula menunggu dengan penuh sabar. Doktor membuka pintu wad , shahrul berdiri diikuti oleh niena dibelakangnya.

"Encik shahrul ? Oh taniah encik , encik jangan risau puan elly tak apa cuma dia mungkin kepenatan maklumlah anak pertama" kata doktor melayu tersebut.
"Anak pertama ? Elly mengandung ? Biar betul doktor" tersenyum riang shahrul apabila mendengar khabar gembira tersebut.
"Ya anak pertama , tak kan encik tak tahu ?.anak pertama ni encik , encik kena jaga puan baik-baik , puan mesti selalu berteman , tak boleh buat kerja berat" Kata doktor itu jelas.
"Terima kasih doktor , baiklah. boleh saya berjumpa dengan isteri saya" kata sharul
"Oh silakan" jawab doktor itu pendek.

Niena hanya mengikuti sharul ke wad tersebut , tidak kurang dengan niena , niena juga sungguh bahagia mendengar khabar gembira tersebut .

WIVES [On Going]Where stories live. Discover now