Episode 5

315 12 0
                                    

Mahligai Ridqi ,

Walaupun majlis yang dibuat kecil-kecilan namun menu yang dihidangkan sebanyak 20 jenis lauk-pauk. Tema perkahwinan Elly Dan Sharul iaitu fairy tale membuatkan tetamu yang berkunjung tidak habis-habis memuji kecantikan tema mereka. Semua saudara mara mengenakan pakaian ala ala 'prince and princess's menambahkan lagi kecantikan tema tersebut. Pelamin yang dihiasi lampu-lampu Serta bunga-bunga yang dari dasarnya dilihat segar membuatkan tema mereka dilihat betul betul seperti berada di taman fantasi . Gaun Elly Dan sut shahrul pula direka khas oleh Jovian mandagie pereka fesyen yang terkemuka , gaun Elly berwarna putih dihiasi permata seperti seorang Cinderella bersama putera kayangannya membuatkan tetamu yang berkunjung terpesona melihat mereka. Tidak kurang juga Niena yang ketika itu mengenakan gaun merah hati yang direka khas oleh Bernard chandran. Bernard chandran Bukan nama asing di Malaysia, rekaan Bernard juga diminati oleh artis antarabangsa seperti Lady Gaga dan Estelle. Rekaannya pernah dipakai Lady Gaga untuk karpet merah Brit Awards dan Estelle memakai rekaannya sewaktu membuat persembahan bersama Kanye West.selesai melafazkan nikah , banyak persembahan tarian yang dipersembahkan oleh penari penari cilik , upacara memotong kek sudah pun selesai dengan itu tamat lah sudah majlis resepsi mereka.

Upacara perkahwinan itu hanya memakan masa sehari. Dengan itu semua tetamu telah beransur pulang Dan kini halaman rumah telah pun seperti asal bersih Dan luas.Pengantin pula berada dibilik utama sedang beristirehat selepas kepenatan seharian. Niena awal pagi lagi pergi kebutiknya.

"wah wah dah balik dah puan besar kita"kata Sarah kepada pekerja pekerja butik Dan Niena pulak hanya tersenyum tipis lalu masuk keruangan pejabatnya seperti menyembunyikan sesuatu.

sarah adalah sahabat baik Niena dari zaman kolej lagi dengan itu segala riak wajah Niena dapat diteka oleh sarah , Sarah juga merangkap pembantu peribadi Niena oleh itu mereka lebih memahami antara satu dengan yang lain.Niena memanggil sarah masuk keruangannya Dan memyuruh Sarah kemaskan handbeg kerana sebentar lagi mereka akan keluar entah kemana.

"Hey kau kenapa ? ada nak kongsi dengan aku eh."Tanya Sarah kepada Niena. selalunya Niena akan mengajak Sarah keluar makan untuk berkongsi sesuatu ,
Sarah adalah orang yang paling Niena percaya sejak dari dulu lagi. Sarah juga adalah tempatnya mengadu hampir semua ceritanya dikongsi dengan Sarah. Sarah pulak sering menjadi pendengar yang baik Dan pandai penyimpan rahsia . Selalunya Sarah akan memberi kan Komen positif untuk niena agar lebih tenang. Niena membawa Sarah Kali ini kepantai tanjung Aru 3 disana jelas tidak ramai pengunjung , tempatnya juga sunyi . Pemandangan nya cukup membuatkan hati yang melihat tenang Dan damai. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan pengunjung terbuai , bunyi ombak yang menenangkan juga boleh membuatkan hati menjadi lebih tenang. Pokok-pokok rhu pula melindung pengunjung dari terkena panas matahari.mereka duduk diatas kayu seperti pokok yang telah tumbang akibat dimakan anai. Perhadapan dengan laut yang terbentang luas sesekali burung burung pula terbang bebas. Kaki menguis pasir pantai lalu Niena melihat Sarah , jelas terpancar dimatanya dia sedang bersedih.

"Aku Tanya ni kau kenapa , dari tadi senyap je Kat kereta." Tanya Sarah sekali lagi.
"Esok . . suami aku akan berbulan madu dengan isteri dia .Pilihan aku , bodohnya aku tanpa fikir panjang aku kahwin kan mereka hm" Niena menjawab soalan Sarah.
" Kau tak bodoh niena , kau cuma terlalu sayang suami kau. Tidak ada perkahwinan yang bahagia tanpa pengorbanan niena. Kau mesti tabahkan hati kau atas pilihan kau" Sarah memberi semangat kepada Niena . Lalu mereka berpelukan , Sarah menepuk-nepuk belakang dada Niena . Segala fikiran buruknya terbuang , semuanya atas nasihat sarah terhadapnya. Niena menerima takdirnya selepas ini kerana dialah yang telah memilih untuk suaminya berkahwin lagi iaitu diatas kebahagian suaminya sendiri , dia yakin suaminya pasti mempunyai zuriat.

WIVES [On Going]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt