Episode 7

295 10 0
                                    

Lapangan terbang Geneva , switzerland.

Setiba mereka disana , mereka dijemput oleh josh iaitu pemandu kacukan melayu eropah itu. Josh adalah pemandu upahan niena sewaktu niena bercuti di eropah 2 tahun lepas berjalanan mereka mengambil lebih kurang 30 minit untuk ke hotel bern , ketedral.

"Encik , Dah sampai. Josh mengejut pasangan yang tengah tidur itu.
"oh thank you" serentak pasangan itu menjawab.

Setiba mereka dipintu hotel mewah 5 bintang itu mereka disambut oleh seorang lelaki yang memakai pakaian kemas , rambut pula disikat rapi berserta tag nama iaitu "dorn". Lelaki yang digelar dron itu mengangkat bagasi pakaian mereka menuju kesebuah bilik yang bernombor "1829" satu-satunya bilik ditingkat kedua teratas. Bilik itu sungguh cantik dan mewah , bilik tersebut mempunyai 2 tingkat , ditingkat teratas berlantai kaca yang membolehkan sesiapa yang berada dibawah dapat dilihat dengan jelas. Tingkat itu lengkap dengan ruang tamu dan ruang makan berserta bilik pakaian , bilik alatan muzik , bilik mandi dan mempunyai satu ruangan kosong yang hanya mempunyai meja bulat berserta jambangan mawar diatas meja , ruangannya gelap dan hanya dihiasi dengan lilin yang pelbagai bentuk dan berbau wangi. Tingkat kedua pula berdinding cermin , mempunyai bilik khas yang dihiasi katil mewah serta lampu chandelier yang menampak kan lagi kemewahan bilik tersebut .terdapat juga kolam renang kaca yang luas membuatkan sesiapa sahaja yang datang pasti ingin berenang di kolam tersebut. Elly mengosok matanya berkali-kali dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, sungguh cantik struktur pembinaan hotel ini.

Jam 8:00 malam,

Elly berenang dan menghayati suasana bilik hotel tersebut selepas seharian tidur akibat terlalu penat dengan perjalanan dari malaysia ke Eropah yang mengambil masa lebih kurang 18 jam didalam kapal. Elly terasa tenang , tiba tiba elly terdengar bunyi lonceng berkali kali ditekan , melalui CCTV di setiap pelosok bilik hotel itu kecuali bilik tidur , elly dapat meneka bahawa seorang gadis cantik yang berkerja di hotel itu datang dengan membawa sebuah beg besar. Elly mencapai pakaian mandi lalu menaiki lif untuk ketingkat atas bilik.

"Hello miss , saya Arianne pekerja hotel disini , boleh panggil Arin dan ditugaskan khas untuk makeup miss , jangan terkejut encik shahrul mahu sesiapa yang ditugaskan dibilik "1829" ini harus bercakap dalam bahase melayu". sapa Arianne dengan pelatnya.
"oh hai Arianne , kenalkan i Elly mari masuk." Elly membalas sapaan Arin.

Sifat shahrul yang romantik itu membuat kan Elly betul betul jatuh cinta dengan lelaki tersebut walaupun agendanya dulu hanya untuk merampas harta kini fikiran elly bertukar dan hanya ingin menyingkirkan Niena didalam hidup shahrul . Elly dihias cantik , solekan Arin juga banyak menyumbang untuk kecantikan Elly pada malam tersebut , rambutnya yang ikal dihurai cantik , Elly memakai dress merah hati yang labuh pada malam tersebut , baju yang menampakkan belahan dada nya serta menampakkan pahanya yang putih itu cukup membuatkan sesiapa yang melihatnya tergoda. Lonceng bilik berbunyi sekali lagi kali ini insan yang ditunggu Elly menapak dihadapan pintu , bertapa gembiranya Elly melihat bahawa shahrul dengan sut hitam merahnya yang sungguh kacak pada malam itu. Sesampai sahaja shahrul dibilik tersebut Elly merangkul lengan suaminya rapat. 2 orang pelayan membawa mereka disebuah bilik yang dihiasi lilin , seorang menghidangkan makanan dan seorang lagi memainkan piano. Shahrul mengambil sesuatu didalam kocek seluarnya , sebuah kotak kecil berada tepat diatas tangannya , lalu shahrul membuka kotak tersebut dan menghadiahkan Elly sebuah rantai yang direka khas dihiasi permata berbentuk hati. Shahrul mengkalungkan rantai tersebut dilehar Elly , ketika itu juga elly memeluk erat tubuh suaminya. Shahrul memegang tangan elly dan tangan kanannya memegang pinggang elly kemas tanpa sedar mereka menari mengikuti alunan muzik tersebut.


WIVES [On Going]Место, где живут истории. Откройте их для себя