Episode 11

328 17 2
                                    

Awal pagi lagi Datin mazna melawat elly yang sedang berpura-pura sakit akibat terjatuh . Datin mazna mengarah niena membuat bermacam-macam makanan kesukaan elly , Niena terpaksa menyediakan makanan tersebut untuk menjaga hati ibu mertuanya. Sejak akhir-akhir ini Datin mazna melayan elly sungguh baik sekali berbeza dengan layanannya sebelum ini. Hal itu adalah disebabkan oleh elly yang mengandung anak pertama shahrul iaitu bakal cucu mereka yang pertama. Datin mazna juga membawa elly membeli-belah pakaian bayi yang kesemuanya hampir mencecah ribuan ringgit. Datin mazna sering datang kemahligai Ridqi untuk menemani Elly kononnya penjagaan niena tidak serapi penjagaannya , niena dan shahrul hanya menurut.

Selepas menyediakan semua keperluan elly , niena meninggalkan mereka berdua dibanglo tersebut kerana niena mempunyai urusan di butik pagi itu. Ibu mentuanya sibuk berbual dengan Elly dihalaman luar banglo dan langsung tidak mempedulikan kepergian niena , niena pula hanya keluar rumah selepas menghubungi suaminya untuk meminta izin. Pagi itu niena mengenakan dress biru panjang dan heels berwarna putih setelah mencapai 'handbag' bonianya dia terus ke turun kebawah dan ke garaj rumah. Bunyi deruman kereta milik niena menganggu Datin mazna dan elly , kereta itu berlalu pergi meninggalkan perkarangan mahligai Ridqi kini tinggallah datin mazna bersama menantunya.

Sejak akhir-akhir​ ini Niena sering sibuk dirumah , butik miliknya hanya diurus dengan baik oleh sahabatnya sarah kerana dia yakin sarah dapat menguruskan sewaktu ketiadaannya , Niena tidak mengambil pembantu rumah baharu kerana dia lebih mengharap bik minah akan kembali. Dia lebih gemar berada dirumah mengurus suaminya dan elly yang tengah mengandung , walaupun disebab kan elly dia dilayan seperti pembantu rumah , dia tetap menerima dengan sabar kerana dia faham elly sedang mengandung. Walaupun kerana elly juga dia pernah dimarah oleh suaminya dia tetap menerima dengan hati yang terbuka , dia yakin bahawa mengandung bukanlah perkara yang mudah dan senang .niena tetap berterima kasih terhadap elly kerana sudi menerima pelawaannya untuk berkerja dengannya iaitu sebagai madunya. Kini kandungan Elly sudahpun mencecah 9 bulan beberapa hari lagi elly akan melahirkan anak kembar alangkah gembiranya mereka sekeluarga.

Mahligai Ridqi ,

Jam lonceng berbunyi tepat jam 6 petang , niena selesai dengan tugasnya untuk menyediakan makan malam , hari ini bik minah akan pulang dijemput oleh pak halim iaitu pemandu peribadi suaminya tidak sabar untuk dia berehat. selama berbulan-bulan mengambil tugas bik minah.Niena sangat senang dengan panggilan telefon seminggu yang lalu kerana bik minah akan kembali berkerja katanya. Setelah selesai dia naik kebilik untuk memanggil suaminya dan elly , suaminya berada dibilik bacaan. oleh itu niena hanya memberitahu bahawa makan malam telah pun dihidangkan. Elly pula berada dibiliknya , niena mengetuk pintu bilik berulang kali namun tiada jawapan , niena menguak pintu bilik , elly keluar dari bilik mandi dengan keadaan yang dibasahi darah , darah membasahi permukaan baju elly membuatkan niena kerisauan dan menyuruh elly duduk untuk meminta bantuan daripada suaminya tanpa membuang masa niena memanggil sharul untuk membawa elly kehospital berdekatan.

Sharul mengangkat elly masuk ke kereta , niena pula mengambil beg pakaian elly dan pakaian bayi yang telah disediakan lalu niena membawa masuk ke dalam kereta milik sharul , niena memeggang elly erat , elly mengerang kesakitan , perut nya terasa sakit sekali. Ketika hendak keluar garaj kereta yang dipandu pak halim telah pun tiba bersama dengan bik minah. Niena berpesan kepada pembantu rumahnya untuk menjaga rumah tersebut kerana mereka akan ke hospital untuk membawa elly yang sarat untuk bersalin. Bik minah dan pak halim hanya mengangguk setuju.

Hospital wanita dan kanak-kanak , likas.

Sharul meminta bantuan dikaunter hadapan , selang beberapa minit 4 orang 'nurse' dan doktor telah pun tiba bersama dengan katil dan oksigen pernafasan. Elly dibawa keruangan bersalin manakala niena dan sharul mengikut dari belakang. Doktor syuhada mengenalkan dirinya , dia memanggil niena dan sharul masuk keruangan itu , elly pula sedang mengerang kesakitan. Doktor syuhada memberitahu bahawa elly mempunyai masalah kesihatan yang berat akibat tekanan yang tinggi dan dia juga tidak dapat bersalin biasa seperti wanita yang lain hal ini boleh menyebabkan elly kehilangan nyawa ataupun kehilangan bayinya. Niena dan sharul diminta menandatangani surat pembedahan kandungan elly dan memilih nyawa mana yang harus diselamatkan tanpa membuang masa niena lebih memilih nyawa elly , elly menitiskan air mata sebelum niena keluar bilik tersebut elly memegang tangan niena erat dan memohon maaf atas segala kesalahan nya . hari ini dia sedar bahawa dendamnya pada niena harus di lupakan walaupun dia membenci niena disebab kan perbuatan abang niena, niena tetap memilih untuk menyelamatkannya , elly amat berterima kasih keatas sifat baik niena. Selama 2 jam operasi itu dijalankan , sharul yang kilihatan gusar tidak habis berdoa pada yang esa , dia tahu bahawa Allah s.w.t la sebaik-baik perancang buat keluarganya. Doktor syuhada keluar ke ruangan menunggu dan memanggil niena dan shahrul untuk masuk keruang bedah , air mata shahrul mengalir tidak kurang juga dengan air mata niena , mereka mendekati elly yang terbaring lemah.

 Doktor syuhada keluar ke ruangan menunggu dan memanggil niena dan shahrul untuk masuk keruang bedah , air mata shahrul mengalir tidak kurang juga dengan air mata niena , mereka mendekati elly yang terbaring lemah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Elly banyak kekurangan darah membuatkan dia lemah dan pucat , elly memanggil sharul dan niena , sharul mengucup lembut dahi isterinya , shahrul berterima kasih kepada elly kerana melahirkan kedua bayinya. Elly memberitahu bahawa dia amat penat dan ingin berehat , elly meminta maaf kepada niena atas segala kesalahannya , elly juga telah memberitahu semua kesilapan yang pernah dia lakukan dia berharap niena dapat mendidik anaknya menjadi seorang yang beraklak Dan berbakti dengan kedua ibubapa.

Okay author rehat kejab tolong vote dari episode pertama yer lepastu author sambung and comment 'done'. Thank you guys lot of Love 😘

WIVES [On Going]Where stories live. Discover now