BAB 57

9.2K 274 11
                                    

"ANYZ,kenapa tak makan? Dah berbuka dah ni", tegur Tok Wan bila lihat cucunya itu hanya meneguk segelas air masak saja untuk berbuka puasa.

Hayyaz di sebelah Anyz turut menoleh memandang isterinya dengan kerisauan di dada.Sejak kebelakangan ni,Anyz selalu sangat buat dia risau.Tak nak makanlah,
muntahlah apalah.Bila ajak pergi klinik,macam-macam pulak alasannya.

Anyz menggeleng perlahan." Tak ada seleralah,Tok Wan",

"Apa pulak tak ada seleranya? Tok Wan masak lauk kegemaran Anyz ni.Ayam masak lemak cili api.
Biasanya kalau Tok Wan masak mesti Anyz bertambah-tambah", kata Tok Wan.Hairan dengan sikap cucunya seorang ini yang tak pernah-pernah nak tolak masakannya.

" Entahlah.. tapi macam tak boleh masuk je dengan selera Anyz",

"Eh? Pulak dah dia ni.." Tok Wan menggelengkan perlahan kepalanya dan kembali menyuap nasi ke dalam mulut.Hairan,hairan..

"Janganlah macam ni,sayang.
Makanlah sikit ye? Tak eloklah tak makan apa-apa macam ni,sayang tu dah lah puasa.Kena isi perut tu jugak", pujuk Hayyaz lembut.

Anyz menggeleng kepala." Tak naklah.. tak ada selera langsung ni.Anyz minum air je lah ye?"

"Tak bolehlah macam tu.Nasi ni kena makan jugak,sikit pun jadilah.Abang suap eh?" Hayyaz tersenyum untuk memujuk isterinya.

Mendengarkan kata-kata Hayyaz itu,Anyz terus mengangguk sambil tersenyum.Walaupun tak ada selera,tapi kalau Encik Suami nak suap,siapa je yang tak nak kan?

Dalam dua suap,Anyz sudah menolak tangan Hayyaz yang mahu menyua suapan ketiga ke dalam mulutnya.
Mulutnya ditekup dengan sebelah tangan dan bergegas berlari ke sinki dan mengeluarkan isi perutnya tadi.

"Ya Allah! Muntah lagi.." Hayyaz segera mendapatkan Anyz di hadapan sinki.Rambut panjang Anyz yang hampir menutupi muka gadis itu dipegang agar tidak terkena muntahnya.Belakang badan Anyz juga digosok perlahan.

"Dah? Nak muntah lagi tak?" soal Hayyaz bila Anyz sudah menghadap tubuhnya.Mukanya ketika ini usah katalah.Bukan main cemas lagi.

Anyz tidak menjawab.Rasa loya masih belum hilang dari tekaknya.Dia menggosok dadanya.Belum sempat Hayyaz hendak membuka mulut,isi perutnya dikeluarkan buat kali kedua.Lemah lutut Hayyaz ni melihatnya.Kalau orang yang kerap sangat muntah ni,air dalam badan boleh hilang bukan?

"Sayang.. Ya Allah,okey tak ni? Jomlah abang bawak pergi klinik", kata Hayyaz,masih lagi menggosok belakang tubuh Anyz.

Anyz menggeleng.

" No,sayang! Please laa dengar cakap abang.Malam ni kita pergi klinik jugak.Abang dah cakap tadi kan,kalau dekat rumah Tok Wan sayang tak okey jugak,abang dukung sayang pergi klinik", tegas Hayyaz.Benda macam ni bukannya boleh dibuat main.Bahaya!

"Abang.. Anyz tak nak pergi.Anyz nak rehat kat rumah je", kata Anyz perlahan.

" Sampai bila tak nak pergi? Nak tunggu ada penyakit dulu ke baru ada hati nak pergi?" tegas Hayyaz.Kuat suaranya dari tadi dan membuatkan Anyz terdongak memandangnya.
Ya,kali pertama dia dimarahi semasa perkahwinan kedua mereka ini.

Anyz diam dan matanya berkaca memandang wajah merah Hayyaz.Dia tahu Hayyaz tiada niat nak tinggikan suara,dia tahu yang Hayyaz risau.Jelas rasa itu terpamer di wajahnya.Tapi dia tengah loya-loya macam ni lepastu kena marah,ni yang kecil hati sikit ni.

Hayyaz meraup wajahnya.Sedar yang dia telah meninggikan suaranya pada Anyz.Lalu tubuh kecil itu lantas ditarik ke dalam pelukannya.Ubun-ubun Anyz dikucup beberapa kali.

"Abang mintak maaf,sayang.Abang mintak maaf.Abang tak ada niat pun nak tinggikan suara.Abang cuma risau.. Abang takut kalau sayang sakit.Sebabtu abang ajak sayang pergi klinik.Kita pergi ye?" pujuk Hayyaz.Lembut.Air mata Anyz disapu dengan jemarinya.

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang