BAB 50

9.6K 266 7
                                    

MATA yang berat untuk dibuka digagahkan juga untuk tercelik.Dia mengerling jam loceng di atas meja kecil di sebelahnya.

4.16 pagi.

Sahur.

Ya,harini sudah masuk bulan Ramadhan.Satu Ramadhan.
Alhamdulillah kerana dia masih diberi peluang untuk menyambut bulan mulia ini pada tahun ini.

Hayyaz duduk di atas katil lalu menggeliat kecil.Belakang tengkuknya digaru perlahan dengan mata yang masih terkelip-kelip memandang dinding.Rasa malas pulak nak bangun tapi Sahur tu kan perkara sunat.
Takkan nak tolak macam tu je pahala sunat kan?

Beberapa minit tercongok di atas katil,dia akhirnya bangun dan menuju ke bilik air.Setelah buat apa yang patut,dia mengatur langkah turun ke tingkat bawah sambil otak berfikir hidangan apa yang dia nak masak untuk sahur pertama hari ni.

Lauk semalam ada lagi ke? Ke dah habis? Aku simpan dalam peti sejuk ke tak? Hah sudah! Tak pasal-pasal basi pulak lauk tu nanti.

Ketika dia melalui ruang tamu,dia terdengar bunyi bising yang datangnya dari dapur.Lantas dia menghentikan langkah.Kening bertaut dengan dahi berkerut.

Kenapa ada bunyi pulak dari dapur tu sedangkan dia tak masuk dapur lagi.Setahunya dia duduk seorang je dekat rumah ni.Hah,jadi dari mana datangnya bunyi tu?

Hayyaz menelan air liur.

Okey,bulan puasa tak ada momok ye.

Belum sempat dia mahu mendekati pintu dapur untuk memeriksa dari mana datangnya bunyi tadi,kelihatan Anyz sudah keluar dari situ sambil membawa dua mangkuk kecil di tangannya.Terkejut jugak Hayyaz dibuatnya.

"Eh,awak dah bangun ke? Saya tak siap masak lagi ni", kata Anyz sambil meletakkan mangkuk yang dibawa tadi di atas meja makan.

Hayyaz diam dan hanya membatu.
Kepala yang tidak gatal digaru sedikit.

Macam mana dia boleh terlupa yang sekarang ini dia sudah ada isteri?

Haih,sebab itulah dia pelik bila terdengar ada bunyi di dapur tadi.Aduh,parah kau ni Yaz.Umur baru 24 takkan dah nyanyuk kut?

" Kenapa berdiri dekat situ? Meh duduk sini dulu.Saya siapkan yang lain ye?" Anyz melemparkan senyuman lalu dia bergerak semula ke dapur untuk menyiapkan hidangan sahur mereka.

Hayyaz hanya menurut lalu duduk di atas kerusi.Kepala digaru lagi.Anyz masak sahur untuk dia? Okey ni bukanlah satu benda yang terlampau pelik sangat pun sebab masa perkahwinan mereka yang pertama pun Anyz pernah masak jugak sahur untuk mereka.

Ya,pernah.

Sekali.

Ya,sekali.

Tapi untuk kali ini,dia nampak keikhlasan gadis itu menyediakan sahur untuknya.Betul ke ikhlas ni? atau sebab mereka baru je kahwin sebabtulah nak tunjuk baik? Yelah mereka baru seminggu bergelar suami dan isteri.Kiranya masih mood konon nak tunjuk baiklah kan? Tengoklah dah lama-lama nanti.Segala belang,segala taring dan segala tanduk semuanya dah keluar.

Sementara menunggu Anyz,Hayyaz menuang dulu air kosong ke dalam gelasnya.Nasi yang berada di dalam mangkuk juga diisi ke dalam pinggannya dan juga pinggan Anyz.Seketika kemudian dia berhenti dan berfikir.Lama pinggan gadis itu direnung sebelum dia meletakkan semula nasi yang diisi ke dalam pinggan Anyz ke dalam mangkuk nasi tadi semula.

Bahu dijongket ke atas dengan muka sinis.

Anyz yang nak makan jadi pandai-pandailah dia isi sendiri.Dia ingat dia siapa? Bidadari ke sampai dia yang nak kena isikan nasi? Never!

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang