BAB 47

7.4K 236 20
                                    

"HAI,Encik Hayyaz", Anyz menarik kerusi di hadapan Hayyaz dan terus duduk di situ.Dia nampak riak terkejut pada wajah lelaki itu dengan kehadirannya di restoran tersebut.
Tapi dia saja buat-buat tak tahu.

" Awak buat apa dekat sini? Macam mana awak tahu saya ada dekat sini? Awak intip saya?" soal Hayyaz bertubi-tubi.Terasa terancam tahu tak bila Anyz tahu semua lokasi dia berada.

"Eh,tak ada lah.Saya tak intip pun.
Kebetulan memang saya nak makan dekat sini jugak jadi terserempak pulak dengan awak.Saya join je lah", Anyz tersengih.Mukanya selamba saja macam tak ada buat salah apa pun.

" Siapa izinkan awak join? Dan siapa izinkan awak duduk dekat meja ni?" soal Hayyaz dengan pandangan tajam menikam anak mata Anyz.

"Laa.. kenapa pulak? Tak boleh ke? Meja ni ada tulis nama awak ye? Atau meja ni awak yang buat? Awak beli ye meja ni sampai saya tak boleh duduk?" sengaja Anyz buat-buat bengap macam ni.Biarkan,sekarang dia akan jadi muka tembok.Walau apa yang dikata oleh Hayyaz,dia akan buat bodoh saja.Apa yang penting,misinya tercapai.

Mengecil mata Hayyaz memandang Anyz yang selamba saja di hadapannya.Baru dia hendak membuka mulut,mereka ditegur oleh seseorang.

"Hai,sayang" seorang gadis berpakaian gaun tanpa lengan warna hitam bercorak bunga putih menegur Hayyaz.Anyz mendongak memandang gadis itu.

Wau,seksi! Siapa dia ni? Ni makwe Hayyaz ke? Teruk betul test dia.Terdedah sana sini.Aku ni lagi okey tau.Nampak ni,pakai tudung lagi.

"Hai,sayang.Finally,sampai pun.Miss you so much", ujar Hayyaz yang sudah pun berdiri lalu terenyum lebar memandang gadis di hadapannya.

" Have a seat,dear", kerusi ditarik untuk gadis itu lalu si gadis duduk di atas kerusi tersebut.

"Miss you too,sayang.." si gadis tadi terpandangkan seorang lagi perempuan yang berada di meja itu.Dahinya berkerut memandang gadis bertudung yang sedang memandangnya tajam.

"Who is this,sayang?", soal gadis itu sambil memandang kerek pada Anyz di sebelahnya.Euw!

"Dialah Anyz.She's my ex wife", ujar Hayyaz turut sama memandang Anyz yang sudah kelat wajahnya.Dia menyembunyikan senyum sinisnya.Tahu pun!

" Ohh,so ni lah perempuan tu.I see..", gadis itu memandang Anyz dari atas ke bawah.Err.. dengan perempuan macam ni pun Hayyaz boleh suka ke? Dia yang tengok pun tak ada selera.Nothing special.

"Kejap ye,Eve? I nak pergi toilet",

" Okey,sayang", Hayyaz bangun dan terus menuju ke bilik air.Maka tinggal lah dua orang perempuan yang sedang membalas renungan sesama sendiri di dalam restoran itu.

"Jadi kaulah perempuan yang pernah jadi wife Hayyaz  tu ye? Perempuan yang tak reti nak hargai suami sendiri?" soalnya sinis.

"Ya,aku perempuan yang pernah jadi wife Hayyaz.But.. perempuan yang tak hargai dia? Itu aku tak berapa setuju",

Gadis seksi itu menjuih bibir tanda meluat.

"Em.. by the way,kau buat apa dekat sini? On our lunch date?" Evelyn sengaja menekan perkataan 'date' itu.

Anyz memutarkan matanya ke atas.Kisah pulak aku kau nak date-date dengan Hayyaz harini? Apa yang penting,dia tak akan berganjak dari meja ni.

"Suka hati akulah nak buat apa pun dekat sini.For you information,
restoran ni bukan restoran kau or bapak kau or mak kau or atuk or nenek kau or moyang kau okey? Aku ada hak nak datang sini", tegas Anyz.Sakit hati pulak lama-lama dekat sini.

Evelyn tersenyum sinis." Hei.. kau dengar sini.Jauhkan diri kau dari Hayyaz.Jangan pernah sesekali kau rapat dengan dia.Aku warning kau!"

Anyz tergelak meluat."Kau siapa nak suruh aku buat macam tu? Wife dia me? Tak kan? Setakat girlfriend dia je tak payah nak perasan sangat kau tu baguslah", Anyz memeluk tubuh lalu pandangannya dilemparkan ke tempat lain.Panas punggung betul dia duduk lama-lama sebelah perempuan beruk ni.Opss..

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang