BAB 7

5K 230 0
                                    

DUA minggu berlalu dan hari ini merupakan perlawanan futsal bagi MSU,Shah Alam yang diwakili oleh pemain-pemain dari pasukan Seif Haffaz menentang pasukan dari UiTM,Shah Alam.

Perlawanan akan diadakan tengah hari nanti tapi seawal jam sepuluh pagi lagi,sudah ramai penonton yang memenuhi ruang stadium mini di dalam kampus mereka.Semua kelas telah dibatalkan disebabkan perlawanan futsal pada hari ini.

Anyz mendekati Haffaz yang sedang memanaskan badan di tepi padang.Mereka ada sesi latihan lagi sementara menunggu waktu perlawanan yang sebenar bermula.
Haih,hairan juga Anyz dibuatnya.Tak penat ke apa dari dua minggu lepas lagi asyik berlatih je.Lepastu sesi latihan mereka pula bukannya sejam dua,tapi sampai ke lima enam jam tau.Kadang-kadang tidak rehat pula tu.Macam mana Haffaz boleh tahan?

Nampak sahaja Anyz yang berdiri di tepi padang,Haffaz terus tersenyum.Dia mendekati gadis itu.

"Awalnya datang?",

"Salah ke?",

" Eh,tak.Mestilah tak salah.Saya tanya je", Haffaz tersengih.

"Hm,awak.Goodluck tau tournament tu nanti.Buat sehabis baik.Harumkan nama kampus.Tapi apa yang penting,jangan sampai injured,okay?", pesan Anyz sekadar untuk menyuntik semangat buat Haffaz.

" Okay,sayang! Saya akan buat yang terbaik biar dapat harumkan nama kampus dam yang paling penting dapat harumkan nama tunang saya ni", usik Haffaz dengan senyum nakal.

"Eh,saya pula? Awak tak perlu buat apa pun,saya memang dah bangga dengan awak",

Haffaz tersenyum.Kembang kempis jugalah lubang hidungnya bila dipuji sedemikian.Tu baru sikit je tu.

" Tapi awak okay ke ni? Saya tengok muka tu pucat lesi je? Dah rehat ke belum?", soal Anyz risau.Ye la,cuba tengok muka Haffaz ni.Merah,lepastu pucat sangat.Tengok pun dah tahu yang dia sedang letih.Haih,masalah betul lah.Nasib baik lepas dari perlawanan ni,Haffaz dah boleh berehat.

"Belum lagi ni.Dari pagi tadi lagi non stop.Tapi tak apalah,lepas ni boleh rehat kejap dalam beberapa minit,lepastu baru tour",

"Ohh,dah makan ke belum?",

" Sudah,sayang",

Anyz tersenyum.Malu betul dia kalau Haffaz memanggilnya 'sayang'.Rasa macam tak cukup nafas je dia nak bernafas.

"Faz!! Coach panggil!", jerit seorang lelaki yang memakai jersi sama seperti Haffaz.Jadi Anyz merumuskan itu mungkin rakan sepasukan Haffaz.

" Okay!",

"Okaylah,sayang.Saya kena pergi dulu.Sambung latihan agaknya ni.Take care okay? Jangan lupa tengok saya dari atas tau? Love you", ujar Haffaz sebelum dia berlari ke arah rakan sepasukannya tadi.

Anyz mengerling jam di tangan.Lebih kurang 20 minit lagi sebelum perlawanan bermula.Bangku-bangku di tepi padang ini juga sudah hampir penuh.Lebih baik dia ambil tempat dulu sementara masih ada tempat kosong di bahagian hadapan.Kalau nak tunggu Yuyu datang,alamatnya memang tempat paling belakanglah dia dapat.

Selepas membeli secawan minuman sejuk bersama roti gulung bersosej,Anyz terus mengambil tempat di bahagian paling hadapan.
Nasib baik masih ada kosong.
Sementara menunggu perlawanan bermula dan ketibaan Yuyu yang sememangnya terhegeh-hegeh,dia membelek telefon bimbitnya.

Layan Instagram sekejap.

Dalam masa itu,ketia dia sedang leka membelek telefon bimbitnya,dia didatangi seseorang.Sangkanya Yuyu tapi bila angkat muka,bukan main terkejut lagi bila tengok wajah lelaki yang cukup dia kenali sedang berdiri sambil tersenyum buatnya.

"Anyz,right?", soal lelaki itu.Wajahnya yakin tak berapa nak yakin sangat.

"Fakhrul?",

" Hah! Betul lah ni Anyz,kan? Ya Allah,rindunya aku dekat kau.Lama gila kita tak jumpa.Mana kau hilang?", soal Fakhrul.Jelas terpamer kegembiraan di wajah itu.Tanpa dipersila,dia terus duduk di sebelah Anyz.

"Mana ada aku hilang.Aku ada je dekat sini.Cuma batang hidung kau tu je yang aku tak nampak.Lepas habis sekolah,kau terus hilang.Mana nak jumpa?", jawab Anyz turut sama teruja bila dapat bertemu kembali dengan Fakhrul.Lama juga rasanya mereka terpisah.

" Aku bukannya hilang.Tapi lepas habis SPM je,ayah aku suruh tinggal dekat UK dengan Pak Su aku.Alang-alang dah tinggal sana,dia suruh aku belajar sana terus", terang Fakhrul.
Tak hairanlah jika Fakhrul melanjutkan pelajaran ke luar negara sebab Fakhrul memang pandai dan datang dari keluarga yang berharta.

"Ohh,habis kau balik sini sebab apa? Cuti sem ke? Dan macam mana kau boleh ada dekat sini?",

" Yup,aku cuti sem.So,dah lama tak balik Malaysia jadi aku baliklah sini.Kebetulan,kawan aku belajar dekat UiTM dan dia ajak aku tengok dia main futsal dekat sini.Aku join lah.Dan kau buat apa dekat sini?",

"Aku belajar dekat MSU ni",

" Ohh,tapi sejak bila pula kau suka tengok futsal? Setahu aku,kau mana suka tengok orang main bola?", Fakhrul kehairanan.Dia dah lama ke  Anyz jadi dia tahu sangat dengan perangai Anyz ni.

"Memang pun.Tapi aku datang sini sebab..",

" Anyz!!", Yuyu tersengih-sengih di hadapan Anyz.Sedar yang dia dah lewat setengah jam dari yang sepatutnya.

Menjegil biji mata Anyz memandang gadis itu.Dah lah lambat lepastu boleh lagi tersengih-sengih macam kambing minta daun! Erhhh..

"Hah,datang pun! Ingatkan dah sesat ke dalam gua manalah tadi", perli Anyz.

" Eh taklah sampai ke dalam gua.Cuma tadi aku terlupa jalan ke kampus je", Yuyu sengih lagi.Ya,alasan je tu.Padahal dia yang bersiap lambat tadi.

"Alasan!",

Sengihan di bibir Yuyu terhenti bila dia lihat seorang lelaki yang agak tampan berada di sebelah Anyz.Tadi dia lihat Anyz berbual dengan lelaki itu jadi mesti ini kenalan Anyz.

" Anyz,siapa ni?", soalnya sambil matanya tidak lepas dari memandang lelaki itu.Hm,ada style!

"Oh,ni Fakhrul Aimran.Kawan aku dari sekolah rendah lagi.Kawan paling lama ni", Anyz memperkenalkan mereka berdua.

" Oh,hai Fakhrul.Saya Ain Ayuni tapi panggil Yuyu je.Saya kawan Anyz", ujar Yuyu sambil melemparkan senyuman buat lelaki itu.Fakhrul membalas juga senyuman Yuyu.

Hm,manisnya senyuman dia.Desis hati Yuyu.

"Err,duduklah sekali", lawa Fakhrul.Saja nak bermanis mulut dengan Yuyu.Kalau tak,nanti dikata sombong pula.

Yuyu tersenyum lagi sebelum dia duduk di sebelah Anyz.Mereka menyambung borak sehinggalah perlawanan futsal bermula.

Sedari masa pertama lagi,Anyz hanya memerhatikan Haffaz yang memakai jersi bernombor 8.Ke mana sahaja lelaki itu berlari mengejar bola,pasti matanya akan ikut sama.Kadang kala dia berasa kagum dengan lelaki itu yang tidak pernah kenal erti penat untuk berusaha.

" Amboi,lekanya kau tengok orang main bola? Sampai tersenyum-senyum lagi tu", tegur Fakhrul.Dari tadi dia perhati je Anyz ni.Entah zaman bilalah dia ni suka sangat tengok orang main bola.Kalau dulu,tengok bola pun dia tak kuasa tau.

Anyz tersengih.Namun sengihannya tidak kekal lama bila dia lihat Haffaz tiba-tiba sahaja berhenti dari mengejar bola.Lelaki itu memegang kepalanya.Dari jauh dia nampak Haffaz sedang memicit-micit kepala.Kemudian,dia sempat menyambung beberapa langkah sebelum dia terbaring di atas padang.

Keadaan sunyi seketika sebelum pengadil di tengah padang itu bergegas lari mendapatkan Haffaz.Dia memanggil beberapa orang para medic ke tengah padang bersama dengan pengusung dan Haffaz terus diusung ke tepi pedang.Permainan dihentikan buat seketika.

Bagaikan baru tersedar,Anyz terus berdiri.

"Ya Allah,Haffaz!", dan dia terus berlari mendapatkan Haffaz di tepi padang.Dia lihat ramai orang yang sedang mengerumuni tunangnya itu dan tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang,dia terus menerpa pada Haffaz yang masih kaku di atas usungan.

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang