BAB 16

5.6K 262 0
                                    

SEUSAI majlis akad nikah pagi itu,Anyz masuk berehat seketika di dalam bilik sebelum dia menukar baju dan bersama dengan tetamu-tetamu di bawah.Penat betul rasanya walaupun ini sekadar majlis akad nikah saja.Bukan penat fizikal saja,mental dan hatinya juga penat.Penat dengan soalan-soalan yang diajukan oleh beberapa orang tetamu kepadanya.

"Eh,kenapa kahwin dengan Hayyaz pulak?"

"Dah beralih arah ke?"

"Haritu bertunang dengan Haffaz,ni kahwin dengan Hayyaz?"

Soalan demi soalan diajukan buatnya.Pening kepala dia nak jawab.Mustahil kalau dia nak berkata jujur dengan mengatakan perkahwinan ini atas dasar paksaan seperti novel-novel dan drama melayu sekarang ini.Sudahnya,dia hanya tersenyum saja dan semua persoalan itu dijawab oleh Hayyaz.Lantaklah.. lagipun semua yang bertanya tu saudara-mara Hayyaz juga jadi pandai-pandailah dia jawab sendiri.

Dia merebahkan badannya yang keletihan itu di atas katil.Sempat dia membelek bilik tersebut.Cantik.
Semuanya dihias dengan langsir,cadar dan kain yang berwarna biru muda.Sesuai pula dengan baju akadnya.Lepastu ditambah lagi dengan haruman bau bunga ros yang disembur di dalam bilik itu.Disembur atau bau itu datangnya dari kelopak-kelopak bunga ros yang bertaburan di dalam itu.Entahlah.

Ya,dia tak nafikan bilik ni memang dihias cantik.Tapi entah kenapa dia tiada hati pun nak teruja dengan semua ini.Bukan dia tak hargai hasil kerja orang yang telah bersusah payah buat semua ni tapi seperti yang dia cakap tadi,dia tiada hati langsung.

"Apalah ditaburnya bunga-bunga atas katil ini? Buatnya nanti gatal-gatal tidur atas katil ni macam mana?", sempat lagi dia mengomel.Bukan nak beryukur ke apa.Eh,Anyz.. Anyz..

Ketika kelopak matanya hampir-hampir saja terkatup rapat,pintu bilik dibuka dari luar.Dia membuka sedikit matanya.Nak intai siapa yang masuk.Nampak saja Hayyaz yang berada di dalam bilik itu,terus dia menutup rapat matanya.Buat-buat tidurlah apa lagi.

Tapi situasi macam ni lah yang buat nafasnya tak cukup oksigen.
Aish,mamat ni pun satu.Sibuk je nak masuk bilik ni juga.Tak nampak ke orang tengah nak berehat ni? Baru nak tenang sikit,dia dah masuk.

Dia nampak lelaki itu sedang membuka songkok dan meletakkannya di atas meja solek.Kemudian lelaki itu menoleh memandang katil.Okay kalau dah pandang katil tu memang sah-sahlah dia pandang aku sekali kan? Hoho..

Anyz masih maintain dengan lakonannya.Konon tidur tapi terkelip-kelip mengintai Hayyaz.

Eh,kejap! Aduh,kenapa dia pandang aku lama sangat ni? Kenapa macam tak berkalih je mata dia dari pandang aku? Ehh,kau si lelaki! Jangan buat hal tau! Aku tak tidur ni! Aku nampak kau nak buat apa!

Terjerit-jerit hati kecilnya.Dia nampak lagi Hayyaz masih tidak berkalih memandangnya.Cuma sesekali saja mata lelaki itu beralih.Tu pun dia pandang pintu bilik air.

Eh? Pintu bilik air? Hah,sudah.Kau dah kenapa ni?

Dek kerana terlalu takut,Anyz mengubah posisi baringnya.Hati-hati je dia tukar.Kononnya tak sedarlah tu dia tengah menukar posisi.Elok dari baring menelentang tadi terus ditukar baring mengiring dan membelakangi suaminya.Bahaya ni bahaya.Dah rasa macam tengah duduk dalam perangkap harimau je ni.

"Em,Anyz.Awak dah tidur ke?",

Alamak! Kenapa dia tanya macam tu? Dia tahu ke aku tak tidur lagi?

Dia dengar Hayyaz seakan melepaskan satu keluhan kecil sebelum dia dengar pula tapak kaki sedang diatur mendekati katil.

Alamak! Syuh.. syuh.. Kau buat apa datang sini?

Tilam bersaiz Queen itu dirasakan berombak-ombak.Alamak..dia nak tidur sini ke? Aduh,pergilah sana! Tak amanlah woi!

"Anyz.. Anyz..",

Ohh,ternyata Hayyaz sekadar mahu mengejutnya.Elemek,buat saspen je tadi! Ingatkan Hayyaz datang nak peluk dia dari belakang ke apa.

Hm,macam jauh sangat je kau fikir ni Anyz.

"Anyz,bangun kejap.Kenapa tidur dengan baju gaun macam ni?", soal Hayyaz perlahan.Ada boleh pula Anyz tidur terus dengan baju gaun labuh yang selambak dengan manik-manik ni? Tak rimas ke? Kut ye pun mandilah dulu,salin baju ke apa.

Ala.. macam mana ni?

"Anyz.. awak..". Hayyaz menyentuh hujung bahu Anyz.Dia sentuh sikit je,nak sentuh banyak-banyak kang buatnya dia kena seligi dengan Anyz,hah naya je hidup.Baik jangan sentuh lebih-lebih.

Anyz berpura-pura bergerak.Kepolak matanya dibuka perlahan-lahan.
Disepetkan matanya agar kelihatan seperti terkesan dengan silauan matahari dari tingkap di sebelah.Hoho.. hebat bukan lakonannya?

Anyz bingkas bangun dari pembaringan.Masih lagi dalam kepuraan.Kononnya terkejutlah tu bila buka mata nampak Hayyaz depan mata.

" Awak buat apa kat situ?", soalnya.Padahal dah berapa lama kau sedar lelaki tu kat sebelah kau?

"Sini?",

" Hah,situ!",

"Saya buat apa? Mana ada buat apa-apa",

" Habis kenapa kejut saya tidur? Orang nak tidurlah.Ngantuk ni", omel Anyz.Ye laa,ngantuklah sangat.
Macamlah kau tidur dari tadi.

"Oh,saya kejut awak sebab nak suruh awak bangun mandi dulu.Apalah tidur pakai baju macam ni? Tak rimas ke?", tegur Hayyaz perlahan.

"Malaslah nak mandi.Baru je mandi pagi tadi", Anyz membetulkan tudungnya yang dirasakan sudah senget- benget tu.Ye laa dah main pusing-pusing atas katil tu.Macam ayah kau punya katil pulak ye?

" Laa.. itu kan pagi tadi,sebelum majlis akad tu.Ni mesti dah berpeluh tadi,kan? Pergilah mandi dulu.Tak pun pergi salin baju.Tu beg baju awak saya dah bawa masuk", Muncung Hayyaz terhala pada sebuah beg luggage yang berada di hadapan wardrobe.

"Isy,ye laa..", Dengan langkah malas, Anyz pergi ke hadapan wardrobe tadi.Baju untuk dipakai selepas ini sudah berada di tangannya.Saat itu baru dia sedar.Sedar yang ada makhluk bernyawa lain yang masih berada di dalam bilik itu.Yaa,masih ada.Tu ada kat atas katil.Tercongok macam orang tak ada perasaan je.

" Eherm!" Anyz berdeham.Saja nak tarik perhatian Hayyaz.Eh,bukan menarik perhatian untuk menggoda ye? Tidak sama sekali!

"Eherm! Eherm!", Dia nii,aku berdeham sekali tak dengar pula dia.

" Kenapa tu?", soal Hayyaz dengan sebelah kening terangkat tinggi.Dia dengar je dehaman Anyz kali pertama tu,cuma dia ingatkan yang Anyz memang saja nak berdeham.

"Em,saya nak tukar baju", ujar Anyz ringkas.Sangkanya Hayyaz ni akan faham tapi rupanya..

" Oh,okay.Jadi?", muka blur ditayangkan.Apa? Betul lah kan apa yang dia jawab? Habis nak jawab apa? Meh saya tengokkan? atau tukar je lah depan ni? Hah.. lagi kotor bukan?

"Jadi?", soal Anyz lagi.Mengharapkan lelaki itu akan faham.

" Jadi? Jadi apa?",

Anyz berdecit pula.Muka ganas pun tapi lambat tangkap juga ye dia ni?

"Jadi,boleh tak awak tolong keluar sekejap? Saya nak tukar baju ni.Nak tengok free show ke apa?", sindir Anyz.Hah,main sindir-sindir lagi.Kau ingat Hayyaz ni jenis yang dungu sangat? Kau tengok apa dia jawab.

" Free show? Wah,bunyi macam menarik je tu.Elok juga ye? Lagipun dah lama saya tak tengok show dekat mana-mana.Tak sangka kat sini boleh tengok.In my room pula tu", sengaja ditekankan perkataan 'room' itu dengan muka ulat bulu naik daunnya.

Euw! Otak kotorlah dia ni!

Anyz buat muka meluat.Orang serius dia main-main pula!

"Mana?", usik Hayyaz lagi.Seronok ye usik bini sendiri ni.

" Mana apa?", berbalik pula dungu Hayyaz tu pada Anyz.

"Free show yang awak cakap tadi?",

Tajam mata Anyz memandang lelaki itu yang sememangnya sedang menahan tawa sekarang ini.Nasib baik tak ada barang-barang yang boleh dibaling berdekatannya sekarang ini.Kalau tidak memang dah lebam biji mata lelaki tu.

" Ee,gatal!!" tanpa berlengah lagi,Anyz terus masuk bilik air.Pintu bilik air dihempas kuat tanda protes.Lagi-lagi bila dari dalam bilik air itu dia dengar Hayyaz terkekek-kekek ketawa di luar.

Eeee! Menyampah! Meluat! Benci!

Seif Hayyaz ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang