EMPAT BELAS| Part 2

Start from the beginning
                                    

Senyap sahaja suara di talian. "Kau kat mana Sai?"

"Aku kat rumah lah. Tengah main game"

Senyap lagi. "Kau apahal ni Fir, monyok je. Salam aku pun tak berjawab"

"Waalaikumussalam. Aku nak jumpa kau boleh tak Sai?"

Tegak badan Saila mendengar permintaan Firash yang baginya tersangat tiba-tiba itu. Suara Firash juga tidak menunjukkan sebarang reaksi positif dengan pertanyaannya.

"Weh Fir, kau okay ke tak? Jujur"

"Tak. Aku tak okay" Hatiku dilanda kerisauan. Apa sebenarnya yang terjadi?

"Kau dah solat Isyak belum ni?"

"Dah. Sunat taubat, sunat hajat, semua dah"

Saila mengeluh sedikit. "Kau kat mana?"

"Rumah Ibu"

"Boleh drive datang sini tak ni?" Terdengar gelak halus dari hujung talian nun di Cameron. "Risau betul kau kat aku kan?"

"Aku sepak kau kang. Main-main lagi"

"Aku boleh drive la. Kau tu stay sana. Jangan lari pergi kat Faiz pula"

"Pahal petik nama Faiz pula. Ha, cepat lah datang. Dah malam sangat nanti kena halau dengan Ayah aku" Talian dimatikan. Saila bingung. Lamarannya ditolakkah? Saila mencari nombor Aishah lalu dihubungi. Terus masuk voice mail !

Matikan telefon ke macammana si Aishah ni?

Saila sambung semula permainan Zuma sehinggalah bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Pasti itu Firash. Komputer riba terus ditutup. Tudung dan niqab juga dipakai. Cepat-cepat dia ke pintu utama. Ayah yang sedang menonton televisyen memandangnya seperti tertanya ke mana dia mahu pergi berniqab sebagainya.

"Kawan Maira datang Yah. Ada hal katanya" Ayah mengangguk-angguk.

Pintu rumah dibuka. Firash melemparkan senyuman paksa. "Assalamualaikum, Pak Cik Mak Cik"

"Waalaikumussalam. Ouh, Firash rupanya. Ha jemput masuk"

Lupa pula dia, Firash juga selalu bertandang ke sini bersama Faiz sepanjang ketiadaannya di Malaysia. Sudah pasti Ayah dan Mak sudah mengenali Firash. Tidak perlu lagi dia kenalkan Firash kepada Mak dan Ayah. Lalu dia dan Firash terus sahaja kepada agenda kedatangan Firash ke mari.

Daripada mula sampai akhir diceritakan Firash. Hanya riak kecewa dan sedih yang terlakar di wajahnya. Sungguh, cinta manusia itu memeritkan. "Aku sayang dia Sai. Kau pun tahu kan?"

Saila mengangguk-angguk. "Kau dah tanya apa sebab dia tolak lamaran kau?"

"Ibu cakap, dia sudah ada orang lain"

Kebingungan menyapa dirinya sekali lagi. Tak pernah pula dia nampak Aishah dengan mana-mana lelaki. Lagi pula, Aishah langsung tidak menceritakan apa-apa tentang hal ini. Dia yakin, Aishah menyembunyikan sesuatu darinya. Kalau tidak, masakan telefonnya dimatikan dengan sengaja?

"Kau tak nak tanya dia sendiri?"

"Aku malu ah. Mentah-mentah aku kena tolak weh. On the spot"

"Nak aku tanyakan?"

Firash jeda. "Boleh ke?"

"Of course a big NO. Weh, come on Fir. Aku tahu kau boleh buat. Just take the courage and tell her that you loves her so much. Sampaikan kau nak jadikan dia isteri. Yang halal untuk kau. Milik kau selamanya In Shaa Allah"

Diam. Berfikir-fikir barangkali apa yang harus dilakukan.

"Aishah suka origami. Aku dah bagi klu kat kau. Ha, terserah kau lah"

Akhirnya Firash tersenyum. Seperti ada sesuatu yang telah direncanakan di benaknya. "Yeah, that's my Firash. Come on, fight for your love. Tapi, jangan lupa doa banyak-banyak lah. semoga Allah lembutkan hati Aishah Syafiqah. Amiin"

"Amiin. Thanks duh Sai. Kalau kau ni laki, dah lama aku peluk kau"

"Astaghfirullahalazim. Malangnya aku perempuan tulen. Hahahaha"

Baki teh di dalam cawan dihirup habis. Biskut di dalam pinggan diambil sekeping lalu disuakan ke mulut. "Aku minta diri dulu ah. Thanks much much weh. Serius. Mana Mak Ayah kau? Nak salam"

Setelah tangan Ayah disalam, Saila menghantar Firash sampai ke muka pintu. Baru sahaja Firash menuruni tangga, dia lantas berpaling semula pada Saila.

"By the way Sai. I'm not your Firash. I'm Aishah's"

Saila mencebik. Firash kenyit mata. "Argh kau, kemain eh"

Satu anak tangga dituruninya lagi. Namun badannya lagi sekali berpaling ke arah Saila. "One more thing Sai"

"Apa lagi Fir?"

"You should fight for your love too" Firash kenyit mata lagi. What the .. dia pulangkan kata-kata aku tu dekat aku balik?

KEESOKANNYA, Aishah datang dengan mata yang bengkak. Sah. Menangis nih. Tapi dibuat tidak tahu sahaja. Hanya Reen dan Inna yang bertanyakan hal itu. Tiba-tiba ada satu kapal terbang yang diperbuat daripada kertas terbang ke dalam Qalbi. Anehnya, kapal terbang itu elok sahaja mendarat di kaunter bayaran.

Saila tersenyum. Sempat juga dia mengintai ke luar Qalbi. Benar telahannya, ada seseorang yang skodeng anak dara orang.

Reen sudah bising. "Budak-budak punya kerja lah ni. Main baling kapal terbang dalam kedai orang pulak. Aku baling kasut ni kang, bersepai gigi" Hampir sahaja origami kapal terbang itu dironyokkan Reen. Mujur sahaja Aishah yang menahan. Dilihat dan dibaca pada sayap kapal terbang itu jelas tertulis.

Fly to ----> Aishah Syafiqah binti Shariff

Berkerut juga dahi ketiga-tiga mereka. Firash kelihatannya sudah sedia melarikan diri ke kedai sebelah. Isk, macam budak-budak. Aishah segera keluar dari Qalbi. Dilihat kiri dan kanan andai ditemui orang yang melemparkan kapal terbang khas untuknya. Dipandang lama kapal terbang itu. Lalu tersenyum.

"Firash" Perlahan sahaja disebut nama itu. Kakinya lalu melangkah semula ke dalam Qalbi. Kapal terbang itu dibuka. Tepat sekali tekaannya, ada tulisan yang menggantikan diri.

"Woooo secret admire" Reen dan Inna mengusik.

"Eh, cik adik semua. Pelanggan dah nak datang. Tak nak sedia lagi ke?" Saila menyampuk. Padahal sedang memberi ruang pada Aishah untuk menyelami isi surat terbang itu.

"Amboi garangnya hakak kita ni" Seloroh Inna.

Assalamualaikum Syaf. Alhamdulillah, surat ni sampai juga di tangan kau akhirnya. Aku harap apa yang aku tulis, boleh ubah hati kau untuk terima aku. Yang selebihnya aku serahkan pada Allah.

Jujur Syaf, aku sikit pun tak percaya kau dah ada orang lain. Aku kenal kau Syaf. Kau takkan bazirkan masa kau dengan percintaan tanpa ikatan yang sah. Kalau betul kau ada seseorang, mesti sekarang ni kau dah ada ikatan dengan dia. Aku yakin aku masih ada peluang untuk jadikan kau yang halal untuk aku.

Kalau kau nak tolak aku, itu hak kau. Tapi aku perlu tahu asbab yang sebenar kau menolak lamaran aku semalam. Aku dah tak kuat untuk pendam perasaan ni lama-lama Syaf. Aku betul-betul serius bila aku lamar kau semalam. Dan aku harap sangat kau boleh bagi penjelasan pada aku. Please,

Ex-Obese,
Firash.

Aishah tersenyum tatkala membaca patah akhir dari Firash. Ex-Obese. Kelakar betul. Dia termenung jauh sehinggalah tiba-tiba Reen menjerit. "Oh. My. God. Firash, asal hensem sangat ni?!"

Pandangan Aishah terus terpanah anak mata Firash. Dia menarik nafas dan beristighfar di dalam hati. Pandangan harus ditundukkan ! Sejambak bunga mawar merah dihulurkan kepadanya. Senyuman sehabis manis diukirkan oleh Firash. Sanggup dia memotong rambut dan mengemaskan personalitinya demi Aishah.

"Will you marry me?"

Nilai RM20Where stories live. Discover now