#65 ; Dating 👑

6.9K 308 0
                                    

Hari berlalu dengan pantas.

Esok hari terakhir mereka menduduki SPM.

"Arghh. Tak sangka esok dah nak habis exam" kata Iqmal.

"Kan? Esok aku kena bertolak pergi Seoul pulak tu" balas Nazri.

"Kau ingat kau sorang je ke balik luar negara? Aku pun kena tau. Berat rasanya hati ini hendak meninggalkan Malaysia" kata Irsyad.

"Eleh, berat hati nak tinggalkan Malaysia ke atau berat hati nak tinggalkan Yana?" tanya Aidil.

Irsyad tersengih.

"Dua-dua"

"Dia paling berat hati nak tinggalkan Yana tu" kata Adam.

"Of course lah"

"Untunglah budak dah ada girlfriend ni" kata Iqmal.

"Apa yang untung?" Irsyad bertanya.

"Disayangi"

"Eleh, setakat disayangi ni, kami adalah untuk menyayangi kau" Aidil memeluk bahu Iqmal.

"Hoii, apa peluk-peluk ni" Iqmal menepis.

"Ala kau ni. Kawan je kan"

Iqmal menjeling.

"Tentu aku akan rindukan korang. Huuu. Sedihnya nak berpisah" kata Nazri.

"Rilex lah. Kita masih boleh contact kan" kata Amirul.

"Rindu nak bersama dengan korang. Esok hari terakhir kita bersama"

"Berdrama pulak budak ni" kata Syukri.

"Aku bukan berdrama ok! Aku just berfelling"

Syukri membuat roll eyes.

"Syad, kau tak pergi jumpa Yana ke hari ni? Aku rasa kau tak sempat nak jumpa dia esok" tanya Aidil.

"Betul! Sebab lepas SPM habis je kita terus bertolak. Kalau nak jumpa pun dekat KLIA je lah" balas Amirul.

Irsyad menepuk dahinya.

"Alahaii, lupa lah tu" kata Nazri.

"Nasib baik kau cakap. Kalau tak, memang aku lupa nak jumpa Yana. Sekarang ni dah pukul berapa eh?" kata Irsyad.

"3 petang" jawab Adam.

"Ok lah. Aku chau dulu. Bye!" Irsyad terus berlalu dari situ.

"Nak dating jugak" kata Iqmal.

"Kau nak dating dengan siapa?" Nazri bertanya.

"Dengan awek lah!"

"Kau ada awek ke?" soal Aidil.

Iqmal tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Haa, sengihan kerang busuk dia tu menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai awek lagi" kata Amirul.

"Yeah. You're right!"

"Huh, tak ada awek tapi nak dating. Baik dating dengan kami je" kata Syukri.

"Hari-hari dah dating dengan korang. Bosan lah"

"Amboi, dah bosan dengan kami ke?" tanya Adam.

"Hehe, tak ada lah. Aku bukan bosan dengan korang. Tapi bosan tengok muka korang yang tak berapa nak macho ni"

"Ehh, kalau kami tak macho, kami tak ada fanz tau" balas Amirul.

"Kau ada fanz ke?"

"Of course lah ada! Dekat insta. Tak percaya? Pergi lah cari"

"Malas aku nak cari" kata Iqmal.

"Wey, besok kita selfie ramai-ramai nak?" kata Nazri.

"Macam lah tak pernah selfie ramai-ramai" balas Adam.

"Tu zaman bila punya gambar. Kita selfie ramai-ramai zaman sekarang lah"

"Ha, boleh jugak tu. Lagi pun, esok last kita menatap wajah masing-masing kan?" kata Iqmal.

"Ye lah"

***

Irsyad dan Sofia berjumpa di tasik seperti biasa.

"Esok last aku dekat sini. Lepas tu aku kena balik Jepun" kata Irsyad.

"Nanti tentu aku akan rindukan kau" kata Sofia sambil memandang ke arah tasik.

"Nanti kalau nak ambil keputusan, aku balik lah sini"

"Lama kot nak ambil keputusan"

"Kau jangan risau, lepas aku balik sini aku jumpa ibu dengan ayah kau. Lepas dah dapat restu dari ibubapa kau, aku minta izin dari ayah kau untuk bawak kau pergi Jepun" kata Irsyad.

"Pergi Jepun? Buat apa pergi sana?" tanya Sofia.

"Jumpa ayah aku lah. Aku nak kenalkan kau dekat ayah aku. Lagi pun ada Arsyad dekat sana. Kau kata nak jumpa Arsyad kan? Aku bawak lah kau pergi sana"

"Betul kau nak bawak aku pergi sana?"

"Betul" Irsyad mengangguk.

"Janji kau tak akan lupakan aku?"

"Ye, janji sayang"

Sofia tersenyum.

"Yaziq"

"Ye?" Irsyad memandang Sofia.

"Aku sayang kau"

Irsyad tersenyum.

"Aku pun sayang kau"

***********

Bersambung..

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now