#12 ; Tenangkan Adam👑

10.1K 550 6
                                    

"Hoi! Lepaskan lengan dia lah, betina!"

Mereka bertiga serentak menoleh ke arah suara itu.

Dengan serta merta, Julia melepaskan genggamannya. Geng 7 Prince Hots menghampiri mereka bertiga.

"Apa kau buat dekat dia ha?!" jerit Adam pada Julia.

Julia dah kecut perut.

"Er.. Aku.. Aku tak.. Buat.. Apa.. Apa.. Pon" jawab Julia gagap.

Geng 7 Prince Hots yang lain hanya memerhati.

"Yana, kau okay? Lengan kau sakit lagi ke?" soal Syukri.

"Err. Aku tak ada apa-apa lah. Okay je"

Adam memandang tajam ke arah Liana dan Julia. Mereka berdua hanya menundukkan kepalanya.

"Aku tak paham lah dengan korang berdua ni. Apa yang kau tak puas hati ha?! Suka sangat cari pasal dengan Yana" Adam menghentak meja dan menyebabkan semua terkejut.

Mata Adam sudah menjadi merah. Dia kalau marah, matanya akan bertukar warna merah.

Satu kelas hanya mendiamkan diri.

"Dam, sudah lah tu. Bertenang. Jangan marah sangat. Mata kau dah merah tu. Seram aku tengok" Aidil menenangkan Adam.

"Kau diam! Aku tak habis lagi dengan betina ni!" marah Adam pada Aidil.

Mata Adam semakin merah.

"Yana, tenangkan lah dia" bisik Amirul pada Sofia.

"Asal aku pulak?"

"Dia akan tenang kalau perempuan yang tenangkan dia. Buat je la!" balas Nazri dalam nada berbisik.

"Aku takut lah tengok dia"

"Kau nak takut apa? Tenangkan je lah" kata Irsyad dengan dingin.

Sofia terdiam. Dia memandang Adam. Adam sedang merenung tajam ke arah Liana dan Julia dengan mata yang merah.

'Kenapa aku jugak yang kena tenangkan mamat panas baran tu? Haish'

"Adel! Tak payah lah marah perempuan tu sangat. Aku okay je lah ni. Dah, pedulikan perempuan tu" Sofia cuba untuk menenangkan Adam.

Adam meraup mukanya. Matanya kembali seperti biasa. Ahli 7 Prince Hots memandang Sofia.

"Kenapa pandang aku? Aku buat salah ke?" soal Sofia.

"Kau panggil Adam apa tadi?" tanya Iqmal.

"Adel"

"Kenapa Adel?" Amirul bertanya.

"Hm, nanti lah aku cakap. Korang berdua sila lah berambus" kata Sofia pada Liana dan Julia.

Liana dan Julia beredar ke tempat duduk mereka. Beberapa minit kemudian, cikgu pon masuk ke dalam kelas.

***

Sofia sedang membaca buku di sebuah pondok sementara menunggu Emily.

"Hai, Yana!" tegur Aidil.

Irsyad, Aidil, Amirul dan Iqmal duduk di hadapan Sofia. Adam duduk di sebelah kanan Sofia manakala Nazri dan Syukri duduk di sebelah kiri Sofia.

"Er, korang nak apa ni?" soal Sofia.

'Hish, kenapa lah diorang ni asyik ikut aku je?'

"Nak hati kau boleh?" kata Aidil sambil tersenyum manis.

"Dil, sudah-sudah lah tu dengan ayat manis kau. Tak berkesan pon dekat aku" balas Sofia.

"Nanti berkesan lah tu"

"Dil.. Aku ajak jumpa Yana bukan untuk kau nuat ayat manis dekat dia. Jangan nak menggatal sangat boleh tak?" kata Adam dengan tegas.

"Okay"

Adam memandang Sofia.

"Aku nak tanya kau"

"Tanya apa?" kata Sofia.

"Kenapa panggil aku Adel?"

Mereka bertujuh memandang ke arah Sofia.

**********

Vote! Tq~

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now