#16 ; Ajak Keluar 👑

9K 517 0
                                    

"Liya!" panggil Puan Atiqah.

"Ye, mama"

"Pergi kedai kejap. Tolong mama belikan barang ni" pinta Puan Atiqah.

"Okay, boleh"

Puan Atiqah menghulur senarai barang dan duit kepada Sofia. Sofia menyambutnya.

"Hati-hati pergi kedai tu"

"Baiklah"

Sofia keluar dari rumah.

"Hui, Yana. Nak pergi mana tu?" tegur Amirul.

"Pergi kedai. Nak beli barang" jawab Sofia.

"Ha, jom lah aku teman kan"

"Eh, tak apa lah. Bukan jauh sangat kedai tu"

"Hish kau ni. Degil betul! Biar je lah aku teman kan" kata Amirul.

"Kau tu pulak keras kepala"

"Keras kepala dengan degil sama je kan?"

"What ever lah, Aiz! Dah, jom lah. Nanti ramai pulak orang dekat kedai tu" kata Sofia.

"Pergi kedai naik apa?" soal Amirul.

"Naik kaki je lah! Kedai dekat je pon"

"Kan panas ni, cik adik oii" balas Amirul.

"Ehh, jangan nak jadi budak bandar sangat ea. Bukan panas sangat pon. Tak mati lah wey"

"Er, ye lah. Ha, jom"

Sofia dan Amirul berjalan ke kedai.

***

"Thanks, Aiz. Sebab teman aku pergi kedai" kata Sofia.

"Welcome. It's okay"

"Ha, mana kawan kau yang lain?" soal Sofia.

"Ada dekat dalam rumah. Malas nak keluar" jawab Amirul.

"Kau pulak buat apa dekat sini?"

"Aku saja je nak jalan-jalan. Bosan duduk rumah" balas Amirul.

"Ha, aku pon bosan duduk rumah. Jalan jom!"

"Kau ajak aku jalan dengan kau ke?"

"Ye lah. Dah tu, aku ajak sapa je selain kau dekat sini"

"Ouh, boleh je. Kau pergi siap dulu. Nanti aku datang" kata Amirul.

"Eh, nak naik apa?" soal Sofia.

"Naik kereta lah! Tak kan nak jalan kaki kot pergi pekan" jawab Amirul.

"Kereta siapa?"

"Kereta aku lah"

"Kau ada kereta ke?"

"Ish, boleh tak kalau kau jangan banyak tanya? Pergilah siap cepat! Aku tunggu" kata Amirul.

"Hehe. Okay"

Sofia masuk ke dalam rumah. Amirul pula sudah pulang ke rumahnya.

Selepas bersiap, Sofia menunggu Amirul di ruang tamu.

"Mama! Adik nak keluar kejap boleh?" tanya Sofia pada Puan Atiqah.

"Dengan siapa?"

"Dengan Amirul, jiran sebelah" jawab Sofia.

"Wow! Date dengan jiran sebelah ke?" celah Afieq.

"Ish! Bukan date lah. Pergi jalan je"

"Hahaha, untung lah dapat date. Dengan jiran sebelah pulak tu" kata Amirul.

Sofia menjeling tajam ke arah Afieq.

Ponn! Ponn!

Tiba-tiba, bunyi hon kereta.

*********

Vote!

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now