#25 ; Sayang Fitri 👑

8.4K 470 1
                                    

Sofia, Afieq dan 7 Prince Hots pergi menziarahi. Mereka membacakan doa untuk arwah Fitri.

Sofia memegang batu nisan kubur arwah Fitri.

"Fitri, kenapa kau tinggalkan aku?" air mata Sofia mengalir.

"Fit, aku rindu kau" air matanya terus mengalir.

Tiba-tiba bahunya disentuh.

"Yana, bersabar lah. Jangan sedih" kata Adam.

Sofia tidak mempedulikan kata Adam. Dia masih menangis.

"Fitri.."

"Aku tahu kau kuat, Yana. Please jangan menangis" kata Aidil.

Afieq memandang simpati ke arah Sofia. Dia memeluk Sofia.

"Aku tahu perasaan kehilangan seorang kawan. Kau kena redha atas kehilangan Fitri. Dia dah lama pergi" kata Afieq.

"Tapi kenapa Fit? Kenapa mesti Fit yang jadi mangsa? Sebab aku, dia terbunuh!"

"Kau tak boleh salahkan diri kau sendiri. Mungkin ini ajal dia" kata Syukri.

Sofia terdiam. Dia berhenti menangis. Afieq meleraikan pelukkannya.

"Ini semua takdir. Kau kena terima pemergian Fitri" balas Irsyad.

"Dah, jom balik" kata Afieq.

Sofia berdiri. Dia memandang kubur Fitri. Kemudian, mereka bergerak pulang ke rumah.

***

Sofia baring di atas katil. Dia melihat gambarnya bersama Fitri di dalam telefon pintarnya.

"Aku rindu kau, Fit"

Sofia memeluk telefon pintarnya. Dia memejamkan matanya.

"Aku sayang kau"

Akhirnya, dia tertidur.

***

"Fitri!"

Fitri menoleh ke arah Sofia. Dia tersenyum. Sofia mendekati Fitri.

"Terima kasih sebab kau dah banyak tolong aku sepanjang kita berkawan" kata Sofia.

"Tak apa lah. Aku ikhlas kawan dengan kau"

Sofia memandang Fitri.

"Aku sayang kau. Please jangan tinggalkan aku"

"Aku pun sayangkan kau. Aku janji tak akan tinggalkan kau" balas Fitri.

Sofia tersenyum.

"Janji eh?"

"Janji" Fitri tersenyum.

***

"Fit!!" Sofia terjaga dari tidurnya.

Dia meraup mukanya. Sofia melihat jam di telefon pintarnya.

"6:30?! Baik aku pergi solat cepat"

Sofia bergegas ke bilik air.

Selepas solat subuh, Sofia turun ke dapur.
Semasa sedang turun, dia terlanggar seseorang.

"Eh, sorry abang Kim" kata Sofia.

"It's okay" Hakim tersenyum.

'Senyuman dia mengingatkan aku pada Fitri'

"Awal abang Kim bangun. Dari mana ni?"

"Abang memang selalu bangun awal. Kena pergi kerja. Abang dari dapur tadi" balas Hakim.

"Abang Kim kerja apa?" soal Sofia.

"Abang jadi ceo dekat syarikat daddy"

"Ouh, okay. Kerja bagus-bagus ya. Aliya turun dulu" kata Sofia.

"Okay"

Sofia turun ke bawah. Hakim naik ke tingkat atas. Dia terserempak dengan Adam dan Irsyad.
Adam senyum ke arahnya. Irsyad membuat muka dinginnya. Hakim membalas senyuman Adam.

"Morning, aunty!" kata Sofia.

"Morning. Awalnya Puteri bangun"

"Hehe. Puteri nak tolong aunty buat sarapan boleh?" tanya Sofia.

"Ouh, boleh je"

Sofia menolong Aunty Nia membuat sarapan. Tiba-tiba Adam dan Irsyad muncul.

"Morning, Aunty Nia!" kata Adam dan Irsyad serentak.

"Morning, Dam. Morning, Syad. Mana yang lain?" soal Aunty Nia.

"Masih bermimpi" jawab Irsyad.

"Awal betul korang berdua bangun. Memang selalu bangun awal ea?" tanya Sofia sambil tangannya membancuh air kopi.

Adam dan Irsyad mengangguk.

"Ha, kita sarapan dulu. Nanti lepas sarapan baru kejutkan diorang semua tu" kata Aunty Nia.

"Okay!"

**********

Vote!

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now