#37 ; Special 👑

8.3K 422 2
                                    

Sofia sedang membuat kerja di tempat duduknya. Tiba-tiba Adam datang ke tempatnya.

"Hai friends!" tegur Adam.

Dia mengambil sebuah kerusi lalu duduk di hadapan Sofia.

Sofia memandang Adam sekejap kemudian dia menyambung membuat kerja.

"Hey, asal tak balas teguran aku?"

"Merajuk dengan kau" matanya masih pada buku.

"Ha? Merajuk dengan aku? Kenapa? Aku ada buat salah ke? Apa salah aku?" Adam menyoal dengan pelbagai soalan.

Sofia memandang Adam.

"Kau pergi mana rehat tadi? Sampai hati kau tinggalkan aku sorang-sorang" kata Sofia.

"Kau rehat sorang-sorang ke?"

"Hehe, tak lah. Aku rehat dengan Yaziq" Sofia tersengih.

"Aku tahu"

"Kau tahu? Macam mana kau tahu?" tanya Sofia.

"Aku nampak kau dengan Syad dekat kantin tadi. Mula-mula aku nak tegur kau, tapi bila aku ternampak perempuan gila tu datang dekat kau, tak jadi aku nak tegur"

"Perempuan gila mana pulak yang datang dekat aku ni?"

"Ala, perempuan yang nak minta tanda tangan aku tu"

"Kau panggil dia perempuan gila?"

Sofia ketawa.

"Ye lah. Tiba-tiba je nak minta tanda tangan aku. Gila lah" kata Adam.

"Kau ni, tak baik lah kata dia gila"

"Em, whatever lah. Kau dah tak merajuk lagikan dengan aku?"

Sofia memandang Adam.

"Entahlah" Sofia menjongketkan bahunya.

"Alaa, jangan lah merajuk lagi dengan aku. Nanti aku tak ada kawan"

"Banyak lah kau tak ada kawan! 7 Prince Hots tu bukan kawan kau?"

"Hehe, kawan aku jugak. Tapi, kau kawan special aku" kata Adam.

"Kenapa aku kawan special kau?"

"Sebab kau perempuan"

"Hek eleh, sebab tu je?" kata Sofia.

"Ye lah. Lagi pun, kau kena bersyukur tau sebab kau lah perempuan pertama yang aku ajak kawan"

"Sebelum ni kau tak ada kawan perempuan?"

"Tak ada. Kau tahu kan perangai aku macam mana? Aku bukan pun suka nak layan perempuan yang datang dekat aku" jawab Adam.

"Memang kau tu. Ego lebih"

"Eh, aku ego ke?"

"Ye lah.Liana tu nak dekat kau, kau tak layan. Nanti tak ada sapa-sapa suka dekat kau, baru kau tahu" kata Sofia.

"Kau kan ada" Adam tersenyum.

Sofia membuat muka menyampah.

"Eii, pergi lah berambus. Menyampah aku layan kau"

"Kau dah tak merajuk lagi kan dengan aku?" tanya Adam.

"Tak. So, kau boleh berambus lah ya"

"Ye lah. Aku nak blah lah ni. Tapi, sebelum tu aku nak cakap sikit dengan kau" kata Adam.

"Apa?"

"I Love You!"

"Eii, geli aku"

Adam ketawa. Dia berlalu ke tempat duduknya.

"Huu, untungnya"

Sofia memandang Emily.

"Untung?"

"Ye lah"

"Apa yang untung?" soal Sofia.

"Adam cakap 'i love you' dekat kau"

"Eii, sorry lah ye. Bagi aku tak untung pun. Geli tahu tak"

"Aku tahu lah Sofia" kata Emily.

"Tahu? Tahu apa?"

"Adam suka kau"

"Suka? Sebagai kawan je kan"

"Tak. Maksud aku, dia suka kau lebih daripada kawan" balas Emily.

"So, kau nak kata yang Adam jatuh cinta dengan aku?"

Emily mengangguk.

"Merepek je lah kau!"

"Betul. Aku tengok pandangan dia dengan kau pun aku dah tahu. Layanan dia dengan kau pun dah terbukti lah dia suka kau"

"Tak ada lah. Memang 7 Prince Hots tu layan aku macam biasa je lah" kata Sofia.

"Tu 7 Prince Hots. Bukan Adam. Kau dengar kan yang dia kata kau tu special?"

"Ye, tapi dia kata kawan special"

"Kau tak tahu maksud tersirat di sebalik special tu ke? Lagi pun, kau sorang je kawan perempuan dia. So, tak hairan lah kan kalau dia dah fall in love dengan kau" kata Emily.

Hm, betul jugak kan.

Sofia terdiam. Dia kembali fokus membuat kerjanya.

*********

Bersambung..

7 Jejaka Hots [C] ✅Where stories live. Discover now